Anda di halaman 1dari 3

SUARA TaHa MEKAH…AKU DATANG

MAKLUMAT PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada semua ahli TaHa Cilik yang berumur 7 hingga 12


tahun sahaja dengan syarat:
a. Mempunyai akaun TH.
2. Terhad kepada satu penyertaan sahaja bagi setiap ahli TaHa Cilik.
3. Peserta perlu memuatnaik video kandungan kreatif di media sosial
(Facebook, Instagram, Tiktok) bermula 1 Jun sehingga 11 Julai 2022.

SYARAT PERTANDINGAN

1. Peserta perlu memuatnaik video berdurasi tidak lebih 2 minit di


media sosial (Facebook / Instagram / Tiktok).
2. Peserta perlu menghasilkan video kreatif bertemakan Mekah…Aku
Datang yang menceritakan tentang impian peserta untuk
menunaikan ibadah haji.
3. Video yang dimuatnaik perlu disertakan dengan caption yang
kreatif dan hashtag #SuaraTaHa #MekahAkuDatang #KelabTaHa.
4. Peserta juga perlu tag seorang rakan atau keluarga yang
merupakan ahli TaHa Cilik di ruangan caption.
5. Pastikan video dimuatnaik sebagai posting yang dapat dilihat
umum dan akaun media sosial yang digunakan ditetapkan
sebagai Public.
6. Peserta perlu menghantar pautan (link) video yang dimuatnaik di
media sosial ke emel kelabtaha@lth.gov.my dan sertakan
maklumat berikut;
Nama :
No. Akaun TH :
No. Telefon :
Link Video :

7. Penyertaan perlu dimuatnaik di media sosial dan dihantar ke emel


Kelab TaHa selewat-lewatnya pada 11 Julai 2022, jam 12.00 tengah
malam.

HADIAH DAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN

1. Hadiah pertandingan:
PEMENANG HADIAH
TEMPAT PERTAMA RM 500 + Cenderahati Kelab TaHa
TEMPAT KEDUA RM 300 + Cenderahati Kelab TaHa
TEMPAT KETIGA RM 200 + Cenderahati Kelab TaHa
SAGUHATI x 10 RM 100 + Cenderahati Kelab TaHa

2. Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan yang memenuhi


syarat, kandungan video yang menarik dan caption yang kreatif.
3. Pemenang akan diumumkan melalui media sosial TH selepas 31
Julai 2022.
4. Keputusan pemenang adalah muktamad. TH berhak meminda
tarikh pengumuman pemenang tanpa notis.

NOTIS PRIVASI

1. Dengan penyertaan pertandingan ini, peserta telah bersetuju


untuk TH memproses maklumat peribadi yang dihantar bagi tujuan
pertandingan. Ini termasuk mendedahkan nama peserta kepada
masyarakat umum apabila peserta menjadi pemenang dengan
menerbitkan nama dan lain-lain maklumat peribadi peserta tanpa
pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
2. Pihak TH berhak menolak penyertaan yang tidak memenuhi syarat
atau yang diterima selepas tarikh tutup pertandingan.
3. Dengan penyertaan pertandingan ini, peserta dianggap bersetuju
dan faham dengan terma & syarat.

Anda mungkin juga menyukai