Anda di halaman 1dari 7

Simpulan Bahasa

buah tangan hidung tinggi ringan tangan tangan terbuka

Encik Ramesh seorang yang suka mengambil berat tentang jiran-jirannya. Selain
itu, Encik Ramesh juga seorang yang _________________. Beliau gemar
membantu jiran-jirannya yang berada dalam kesusahan. Oleh sebab itu, jiran-
jiran Encik Ramesh amat senang dengan sikapnya dan menerima bantuan yang
dihulurkan dengan _________________. Encik Ramish juga sering menerima
kunjungan daripada jiran-jirannya. Semasa berkunjung, mereka membawa
_________________ sebagai tanda terima kasih atas pertolongan yang
diberikan oleh Encik Ramesh kepada mereka. Encik Ramesh juga tidak pernah
bersikap _________________ walaupun sering dipuji oleh jiran-jirannya itu.

berbesar hati rambang mata buah tangan cahaya mata

makan angin durian runtuh

Encik Arjay dan Encik Soren sudah hidup berjiran selama lebih dua puluh tahun.
Mereka berdua mempunyai isteri dan _________________ masing-masing.
Mereka sering bertukar-tukar _________________ jika mereka
_________________ ke sesuatu tempat. Baru-baru ini, Encik Arjay mendapat
_________________kerana memenangi sejumlah wang tunai dalam sebuah
pertandingan. Encik Arjay ingin mengadakan majlis makan malam di rumahnya.
Dia mengajak Encik Soren sekeluarga untuk hadir. Encik Soren sekeluarga
_________________ menerima pelawaan daripada Encik Arjay. Mereka
_________________ kerana Encik Arjay menghidangkan pelbagai jenis
makanan yang lazat pada malam itu.

Gambar menunjukkan maklumat tentang pekerjaan anak-anak Encik Malik.


Aank sulung Encik Malik bekerja sebagai doktor di Hospital Labuan. Beliau
bertanggungjawab untuk merawat pesakit-pesakit. Anak keduanya pula bekerja
sebagai polis trafik di Kuching. Beliau sentiasa memastikan kelancaran jalan
raya. Anak ketiga Encik Malik merupakan seorang guru Sains yang bertugas di
SK Mutiara manakala anak bongsunya ialah seorang tentera yang menjaga
keamanan negara.

Semua anak Encik Malik menjalankan tugas mereka dengan baiknya.

Gambar menunjukkan cara-cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan


kekeluargaan. Ibu bapa harus mengambil berat tentang pelajaran anak-anak
supaya anak-anak mendapat ilmu pengetahuan yang diperlukan. Ibu bapa juga
hendaklah meluangkan masa bercuti bersama-sama keluarga. Seterusnya, ibu
bapa perlu memberikan sokongan moral kepada anak-anak terutamanya semasa
menyertai sesuatu pertandingan.

Kesimpulannya, semua anggota keluarga bertanggungjawab untuk mempereratkan


hubungan kekeluargaan untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia.

Peribahasa
bagai aur dengan tebing ambil angin

ringan tulang bagai isi dengan kuku

Swee Lan, Kumari dan Hasnah tinggal di Taman Melati. Mereka bersahabat sejak
kecil lagi. Hubungan mereka _________________________. Setiap petang
mereka akan berbasikal sekeliling kampung untuk ________________.

Selain itu, mereka sering bekerjasama dalam menjalankan apa-apa aktiviti.


Sikap mereka yang ______________________ itu menjadi bualan penduduk
taman. Mereka dijadikan contoh kepada anak-anak muda di taman perumahan
mereka. Mereka sering mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan di
taman perumahan mereka. Sikap _____________________ yang ditunjukkan
oleh mereka menyebabkan ibu bapa mereka berasa gembira.

ambil angin bagai isi dengan kuku putih seperti kapas

Sara, Hui Yin dan Dewi berkawan baik sejak kecil lagi. Hubungan mereka
____________________________. Setiap petang, mereka akan berjumpa di
taman rekreasi yang terletak berdekatan dengan taman perumahan mereka
untuk ____________________________.

Pada suatu petang, sedang mereka berjalan-jalan, mereka ternampak


seorang wanita yang berpakaian __________________________ sedang
mencari sesuatu. “Hui Yin, Dewi lihat di sana. Nampaknya wanita itu kehilangan
sesuatu. Mari kita bantu.” kata Sara.

Sedang mereka mencari, Hui Yin ternampak sesuatu yang bersinar. Dia
mendekati cahaya tersebut dan menemui segugus kunci. “Dah jumpa! Dah jumpa!”
jerit Hui Yin keriangan.

besar hati malang tidak berbau menatang minyak yang penuh


biar lambat, asalkan selamat ambil berat berseri bagai purnama

Pada suatu pagi, sebuah basikal menegur sebuah motosikal yang ditemunya
ketika berhenti di lampu isyarat.

Basikal : Wah, cantiknya badanmu, motosikal!

Motosikal : Terima kasih, basikal! Tuan saya sentiasa


___________________ tentang diri saya. Saya berasa sangat
bertuah. Kamu pun apa kurangnya, tampak
____________________________________.

Basikal : Ya, motosikal. Saya juga berasa _________________________


kerana tuan saya menjaga saya dengan baik. Dia sentiasa
memeriksa badan saya agar dapat bergerak dengan lancar kerana
___________________________.

Motosikal : Betul kata kamu, basikal. Kita sungguh bertuah kerana mempunyai
tuan yang bertanggungjawab dan cermat. Mereka menjaga kita
seperti __________________________________.

Basikal : Tuan saya juga sentiasa menunggang saya dengan berhati-hati. Dia
sering mengamalkan pepatah
____________________________________ untuk memastikan
keselamatan dirinya.

Motosikal : Itulah yang sepatutnya, basikal. Saya perlu beredar sekarang


kerana tuan saya hendak pergi bekerja. Saya harap kita akan
berjumpa lagi.

Basikal : Baiklah. Seronok dapat berbual dengan kamu, motosikal.

dalam tangan buka mata di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
ada bakat di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

ada hati aur dengan tebing buah fikiran


Zhang Wei :Sekolah kita akan mengadakan pertandingan video
pendek. Saya __________________________ untuk
menyertai pertandingan tersebut. Tentu kawan-kawan kita
akan _____________________ apabila saya menyertainya.

Rajan :Betul kata kamu, Zhang Wei. Saya juga hendak


menyertainya. Saya akan meminta
_____________________ ayah saya. Dia mahir dalam
perkara ini.

Zhang Wei : Saya yakin kemenangan


____________________________ kamu. Tambahan pula,
kamu memang _______________________ dalam
penghasilan video.

Rajan : Kamu pun ada kurangnya. Kalau kita berpegang pada


perumpamaan
________________________________________sudah
pasti kita akan berjaya.

Sedang mereka berbual, Enck Gunalan keluar dari rumah.

Encik Gunalan : Pak cik berasa bangga kerana kamu berdua mempunyai
semangat cinta akan negara, bak kata pepatah
___________________________________. Pak cik
berharap kamu berdua akan menjadi seperti
_________________________________ semasa
pertandingan video pendek itu nanti.

sampai hati anak jati bulat hati bagai ikan pulang ke lubuk
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri
sendiri

masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

Li Jun ____________________________ Kampung Raja. Beberapa hari lepas


dia telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke luar negara
disebabkan keputusan peperiksaannya yang cemerlang. Dia berasa sangat
gembira.

Keluarga Li Jun memujuknya untuk belajar di university tempatan agar


lebih dekat dengan keluarga. Akan tetapi Li Jun sudah
____________________________. Dia mahu menimba pengalaman merantau
di tempat orang.

“_______________________________ abang mahu meninggalkan


saya,” kata adik Li Jun.

Walaupun berasa berat hati, ibu bapa Li Jun tetap membenarkan Li Jun
menyambung pelajaran ke luar negara demi masa depan anak mereka.

“Ayah berharap kamu pandai menjaga diri dan menyesuaikan diri ketika
berada di sana_______________________________________________,”
kata ayah Li Jun.

“Saya akan sentiasa mengingati pesan ayah,” balas Li Jun.

Beberapa tahun berlalu, kini Li Jun pulang dengan segulung ijazah. Ibu
bapanya berasa sangat gembira dan besar hati. Kepulangan Li Jun
__________________________.

Li Jun sangat rindu akan keluarganya an tanah airnya. Dia menceritakan


pengalaman pahit dan manisnya ketiga berada di luar negara. Benarlah kata
pepatah
___________________________________________________________
________________________.

Aku sebuah pinggan


Aku sebuah pinggan. Aku diperbuat daripada kaca. Badanku dihiasi corak bunga
yang ringkas tetapi sangat cantik.

Aku digunakan dalam kehidupan seharian manusia. Badanku sentiasa dicuci


dengan bersih agar tiada kekotoran. Apabila digunakan, badanku sering
berminyak dan diselaputi sisa makanan.

Namun begitu, aku akan dibasuh dengan menggunakan pencuci yang sesuai
agar kesan minyak pada badanku dapat dihilangkan.

Selepas dicuci, aku akan dikeringkan dengan tuala bersih. Kemudian, aku
akan disusun dengan teratur di dalam kabinet dapur. Aku gembira kerana dapat
berkhidmat untuk tuan aku. Kebersihan pada diriku akan menjadikan kesihatan
manusia terjamin.

Aku sepasang penyepit makanan

Aku sepasang penyepit makanan. Aku diperbuat daripada buluh. Aku diraut
sehingga diriku runcing dan cantik.

Aku digunakan untuk menyepit makanan. Aku biasanya digunakan oleh kaum
Cina semasa mereka makan. Setelah aku digunakan, tuanku akan membasuh aku
menggunakan cecair pencuci agar diriku bersih dan tidak berbau.

Setelah mencuci, tuanku akan mengeringkan aku agar tidak dijangkiti kulat
atau kuman. Aku gembira kerana dijaga dengan baik.

Aku bangga kerana dapat memberi khidmat kepda tuanku.

Anda mungkin juga menyukai