Anda di halaman 1dari 4

Kata hubung

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan
perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
2.     Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
Kata Hubung Kata Hubung
Gabungan Pancangan Kata Hubung Berpasangan
agar, apabila, bahawa,
jika, hingga, selama,
atau, dan, lalu, maka, kerana, kalau,
tetapi, serta, kecuali, sementara, ketika,
sambil, malahan, walaupun, semoga, baik.....ataupun,    baik......baik,                      bukan
kemudian supaya saja.....bahkan juga, jangankan.....pun

contoh ayat
1. menggabungkan dua ayat
            Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinang.
2. Menggabungkan dua rangkai kata
            Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
3. Menggabungkan ayat-ayat
Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan
menderita.

LATIHAN KATA HUBUNG


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Rosli menunggang basikal dengan berhati-hati ______ jalan itu sangat licin.
A  tetapi
B  bahawa
C  supaya
D  kerana

2  Kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal ______ sebuah lori.


A  atau
B  hingga
C  dan
D  kecuali

3  Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja ______ menanti kedatangan ketuanya
untuk bermesyuarat.
A  sementara
B  manakala
C  jika
D  kerana
4  Kakinya bengkak _____ disengat  oleh seekor lebah.
A  kerana
B  agar
C  tetapi
D  kalau

5  Aiman menutup suis komputer ______ keluar dari makmal komputer.


A  dan
B  lalu
C  sambil
D  serta

6  Kenneth membaca majalah kesukaanya _______ mendengar radio.


A  sambil
B  manakala
C  atau
D  hingga

7  Saya tidak akan menyertai perkhemahan itu _____ ibu bapa tidak memberi kebenaran.
A  jika
B  tetapi
C  walaupun
D  meskipun

8  Chin Leong mendapat 92 markah dalam peperiksaan Matematik ______ dia masih tidak
berpuas hati.
A  tetapi
B  kerana
C  kalau
D  malahan

9  Tangan kita perlu sentiasa dicuci _____ tidak dijangkiti kuman.


A  jikalau
B  ketika
C  lalu
D  agar

10   Banjir ______ gempa bumi merupakan bencana alam yang sering berlaku di sesetengah
negara.
A  seraya
B  dan
C  hingga
D  kecuali
11  Seng Yuk membuat laporan polis ______ mendapat kad pengenalannya hilang.
A  sebelum
B  setelah
C  sungguhpun
D  kecuali

12  Setiap murid boleh memilih sama ada menyertai kelab Badminton _____ Kelab Olahraga
sebagai aktiviti kokurikulum mereka.
A  dan
B  atau
C  serta
D  tatkala

13  Puan Laila bukan sahaja tekun bekerja ______ dia juga seorang suri rumah tangga yang baik.
A  malahan
B  dan
C  bahawa
D  kerana

14  Klinik itu beroperasi 18 jam setiap hari _____ hari Ahad.


A  kecuali
B  atau
C  dan
D  selepas

15  Vishu minum empat gelas air _____ terlalu dahaga.


A  meskipun
B  tetapi
C  kerana
D  supaya

16  Pekerja bengkel itu sedang membaiki kereta _____ pengurusnya sedang melayan pelanggan.
A  bahawa
B  manakala
C  atau
D  sambil

17  Mesyuarat tergempal itu berlanjutan ______ ke tengah malam.


A  selepas
B  sebelum
C  lalu
D  hingga

18  _______ Ji Han miskin,  namun demikian dia tetap berusaha bersungguh-sungguh demi
mencapai cita-citanya.
A  Sungguhpun
B  sekiranya
C  Selepas
D  Ketika

19  John sekeluarga tidak dapat keluar dari tempat letak kereta itu _____ mereka belum
menjelaskan ticket bayaran.
A  selagi
B  lalu
C  selepas
D  atau

20  Pokok itu tumbang _____ hujan turun dengan lebat.


A  melainkan
B  semasa
C  seraya
D  agar

Anda mungkin juga menyukai