Anda di halaman 1dari 1
PERSATUAN IBU BAPA DAN Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi 71500 Tanjung Ipoh Negeri Sembilan Darul Khusus No. Tel/Faks : 06-4818380 / 06-4843099 Ruj. Kami: SKAT.100-13/1/4 Jid.5 ( ) Tarikh +23 Jun 2022 Kepada Pejabat Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Kompleks Kerajaan 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. (up: IR Nor Halim Bin Aludin) Tuan, PERMOHONAN MELEBARKAN TURAP JALAN DAN LAMPU ISYARAT DI HADAPAN SK AMPANG TINGGI Saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas. 2. Pihak PIBG SK Ampang Tinggi ingin membuat permohonan melebarkan turap jalan kiri dan kanan serta lampu isyarat di hadapan sekolah ini. Ini bertujuan bagi mengawal lalu lintas yang semakin sibuk lantaran laluan ini adalah jalan pintas untuk ke pekan Kuala Pilah. Hal ini sangat penting demi keselamatan murid SK Ampang Tinggi dan juga orang ramai yang berurusan di sini 3. Untuk makluman pihak tuan, kerap kali berlaku kemalangan yang hampir mengakibatkan kehilangan nyawa di hadapan pintu masuk sekolah akibat kenderaan yang dipandu laju. Perkara ini telah banyak kali diusulkan dalam mesyuarat Agung PIBG serta dimajukan ke peringkat PPD. Hal ini masih dibangkitkan berikutan kebimbangan warga SK ‘Ampang Tinggi serta ibu bapa dengan kenderaan yang bergerak terlalu laju walaupun sudah ada papan tanda sekolah dan garisan kuning yang telah dipasang oleh pihak tuan JKR senditi 4. Kami berharap pihak tuan dapat mempercepatkan permohonan ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Segala keprihatinan pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (AHMAD ROSLAA BIN AHMAD BALIA) Yang Dipertua PIBG SK Ampang Tinggi

Anda mungkin juga menyukai