Anda di halaman 1dari 1

Tujuan MBMMBI

1. Tujuan utama memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu


merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan
utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat
1Malaysia.
2. Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris
merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan
berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat
nasional dan global.

Rasional
• Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik
di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa
ilmu dalam bidang tersebut.

• Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata
pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an.

•  Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan


mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.

Pelaksanaan

• Bermula dengan Tahun Satu, Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Pada
masa yang sama Bahasa Cina digunakan di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT

•  Perubahan tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi

•  Perubahan sepenuhnya mengambil masa selama 3 tahun

•  Bermula pada tahun 2012

•  Peperiksaan SPM Sains dan Matematik dalam dwi bahasa sehingga 2015

Anda mungkin juga menyukai