Anda di halaman 1dari 1

Bismilllahhirrahmanirrahim, Alhamdulillah hirrabilalamin, wasalatu wasalam ashrafil

mursalin, waala alihi wassabihi ajmain.


Allahumasaliala saidina muhhamadin, tibbilkulubil wadawa iha, waafiyatil abdani wa shifa
iha, wanuuri absorri wajila iha, wa ala alihi wassabbihi wassalam.

Allahumma, Ya Rahim, Ya Tuhan kami, rahmatilah majlis kami pada hari ini iaitu Majlis
Lambaian Kasih Hj Che Nasir bin Che Hussain dan Jamuan Akhir Tahun Sektor Pembelajaran,
JPN Kelantan. Hindarilah majlis kami ini dari sebarang cacat cela, bahaya dan apa jua perkara
yang menghalang daripada rahmat-Mu Ya Allah.

Allahumaina nas aluka Ridha kawa Jannah, wa unuzubika minash shatikor wannar 
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau
jadikan majlis ini sebagai salah satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-
membantu di kalangan kami dan juga demi membangunkan dan memartabatkan Sektor
Pembelajaran di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan negara. Satukanlah hati-hati
kami sebagai  murrabbi, pendakwah, pencetus trnformasi yang mampu menghadapi cabaran
yang semakin hebat. 

Ya Rabbi, Ya Karim, dalam majlis ini jua, kami memohon kepada-Mu Ya Allah, limpahilah kami
semua, khususnya yang diraikan Tn Hj Che Nasir bin Che Hussain dengan ketenangan dan
kebahagiaan, kelapangan dan kedamaian, serta kesihatan dan kekuatan sepanjang masa dalam
menjalani kehidupan seharian. Hindarilah kami semua dari kesusahan dan kesedihan, dari
penyakit-penyakit yang datang dari pelbagai arah, serta dari segala bahaya bencana yang
diduga ataupun tidak kami duga…nauzubillah hi in zalik.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat kelak serta
peliharalah kami, hindarilah kami dari seksaan api neraka…rabbilla tarzani fardhan wan anta
khairul wa rithiin.
Ya Qudus, Ya Rabbi, Ya Alim,
Wahai Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, hanya Engkau yang lebih
mengetahui betapa banyaknya jasa bakti, khidmat, sumbangan, bantuan dan pertolongan sama
ada dari segi tenaga, masa, idea mahupun material yang telah ditaburkan oleh Tn Hj Che Nasir
bin Che Hussain sepanjang bertugas di JPN Kelantan. Oleh itu Engkau balaslah semuua itu
dengan pahala yang berganda-ganda, sebagai amal jariah yang berkekalan sampai bila-bila,
sesungguhnya, hanya Engkau sebaik-baik dan selayak-layaknya pemberi balasan.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, kami amat menyedari dengan penuh keinsafan  bahawa kami
hamba-Mu tidak akan terlepas dari sunnah alam kurniaan-Mu, kegelapan malam disulami siang
yang terang benderang, setiap pertemuan itu ada detik perpisahannya, justeru dengan kudrat
dan iradah-Mu Ya Allah, serta kuasa ungkapan kun fayakun-Mu Ya Allah, maka jadikanlah
pertemuan kami bersama insan yang diraikan sebagai pertemuan yang dipenuhi dengan
keberkatan dan kasih sayang, jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang
penuh dengan kesejahteraan dan keamanan.  

Allahumma yassir, wala tu a’sir watta khamin bi khoir, ya zal jala wal ikram. Walhamdulillah
hirrabil alamin.  Aaamin ya rabbil alamin.

Anda mungkin juga menyukai