Anda di halaman 1dari 5

DRAF TEKS UCAPAN YDP PIBG

DRAF
TEKS UCAPAN

Tuan Haji Roslan Bin Md Juri


Yang DiPertua PIBG,
SK (2) Taman Selayang,

BERSEMPENA
MESYUARAT AGUNG PIBG 2022
SEKOLAH KEBANGSAAN (2) TAMAN SELAYANG,
68100 BATU CAVES, SELANGOR

PADA 28 MEI 2021 (SABTU)


PUKUL 8.30 PAGI 
Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera
Terima kasih  Pengacara Majlis.

Guru Besar SK (2) Taman Selayang, Puan Wan Pidura Bt Wan Ali,
GPK Pentadbiran, Puan Norazizah Bt Mansod,
GPK Hem, Puan Norhajar Bt Othman ,
GPK Kokurikulum, Puan Sharifatul Fatma Bt. Sharifuddin,
PK Petang, Tuan Hj. Mohd Suhairi Bin Mohd Yunus
Naib YDP PIBG, Encik Mohd Ikram Bin Mohammad Nor Wazir
Barisan AJK PIBG , Ibu bapa, guru-guru dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Ibu bapa , guru-guru,  dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Marilah kita menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan
rahmatNya maka kita dapat bersama-sama berkumpul di Dewan Mega Sri Kasturi
pada pagi ini untuk bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG SK (2) Taman
Selayang Kali Ke-34 Tahun 2022.

PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi


hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti. Justeru, PIBG sewajarnya
bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada
kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah.

Ibu bapa , guru-guru,  dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Dunia pendidikan yang semakin mencabar amat memerlukan perhatian dan


kerjasama daripada semua pihak terutama daripada para ibu bapa dan guru.
Sempena Hari Guru yang telah disambut baru-baru ini, saya ingin mengucapkan
Selamat Hari Guru kepada semua guru di SK (2) Taman Selayang yang telah banyak
berjasa dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada anak saya serta anak-anak
kepada para ibu bapa yang lain. Semoga Allah swt memberikan ganjaran yang
terbaik kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian serta ikatan antara para ibu bapa
dan guru-guru yang sedia terjalin selama ini akan dapat dipererat dan dipertingkat.

2
Selaku Yang DiPertua PIBG sekolah ini, saya berasa sungguh bangga dan amat
bersyukur dengan komitmen tuan/puan ini dan harapan saya semoga sokongan dan
kerjasama begini akan berterusan untuk semua acara dan program yang dianjurkan
oleh pihak sekolah ataupu PIBG sendiri. Saya penuh yakin dan percaya kerjasama
sebegini menunjukkan betapa tuan puan memahami dan menghayati akan
kepentingan pendidikan dalam kehidupan anak kita. Kehadiran tuan puan pada hari
ini juga memberikan petanda baik bahawa kejayaan dalam bidang pelajaran tidak
hanya bergantung kepada guru semata-mata sebaliknya jaringan pemuafakatan
antara ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan penting dalam menentukan
kejayaan anak-anak.

Ibu bapa , guru-guru,  dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini adalah
sebahagian besarnya daripada hasil sumbangan yang kita sumbangkan dalam tabung
PIBG SK (2) Taman Selayang. Untuk itu, maka saya menyeru kepada para ibu bapa
agar tidak mengambil mudah atau sambil lewa dalam membuat bayaran tambahan
(yang tuan-puan kenali sebagai yuran) supaya tabungan PIBG semakin bertambah
untuk kita sama-sama terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang
menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita juga.
Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada kepada
hebatnya guru-guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah,
malahan perlu seiringan dengan kecemerlangan murid dari aspek akademik, sahsiah
dan kokurikulum serta komitmen padu para ibu bapa dan komuniti setempat. Kita
tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kita
kepada pihak sekolah semata-mata. Amat molek kiranya kita boleh duduk
berbincang tanpa ada rasa sangsi antara kita. Jika pihak sekolah mengambil tahu
segala tindak-tanduk anak-anak tuan puan dari sekecil-kecil laku umpama tidak
menyiapkan kerja sekolah, dating lambat ke sekolah, melawan guru, gejala
vandalisme atau merosakkan harta benda sekolah, itu menggambarkan kecaknaan
guru-guru dan pihak sekolah terhadap anak-anak kita. Walaupun masalah ini bukan

3
sesuatu yang serius di sekolah ini, keprihatinan para waris akan menatijahkan
sesuatu yang bermakna untuk sekolah.

Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu kita tanganinya bersama.


Masalah datang lambat ke sekolah mesti diambil tindakan segera. Jangan kita
biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab yang munasabah. Saya merasakan
para guru akan merasakan bangga jika kita sebagai ibu bapa sentiasa mengambil
berat dengan disiplin anak-anak kita di sekolah. Kita harus sedar, kecemerlangan
seseorang pelajar ini amat bergantung kepada pendisiplinan mereka dalam
menuntut ilmu. Mereka mesti disiplin dengan peraturan agama Islam. Mereka juga
mesti berdisiplin dengan peraturan sekolah. Untuk ini, kita perlu mendampingi dan
selalu bertanya khabar dengan guru tentang anak-anak kita. Jangan ambil tindakan
melulu berdasarkan maklumat daripada anak-anak kita semata.-mata. Mungkin sikap
mereka di rumah tidak sama dengan sikap mereka ketika di sekolah. 

Ibu bapa , guru-guru,  dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Sepanjang menerajui PIBG SK (2) Taman Selayang, saya dan para AJK PIBG
sentiasa menyokong segala usaha sekolah untuk meningkatkan prestasi dan
kecemerlangan pelajar. Saya amatlah berbesar hati sekiranya pihak sekolah dapat
meneruskan segala aktiviti yang dirancang agar anak-anak kita akan berjaya dalam
pelajaran seterusnya menjadi insan yang berguna untuk bangsa dan negara.

Ibu bapa , guru-guru,  dan hadirin yang dikasihi sekalian.


Saya percaya di bawah kepimpinan Guru Besar, guru dan barisan PIBG yang
dedikasi, kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang berbanding tahun-
tahun sebelumnya. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi
kepada tuan/puan yang sudi bersama-sama pada hari ini.. Apa yang saya perkatakan
datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak murid SK
(2) Taman Selayang.
Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

4
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan .

 Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufiq Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai