Anda di halaman 1dari 3

Cara Menentukan SnD Yang Valid

Baru-baru ini anda dapat lihat bahawa teknik SnD semakin popular dalam kalangan trader
disebabkan keputusan yang dihasilkan amat memberangsangkan dan memberikan peluang untuk
trader melakukan sniper entry. Namun, antara permasalahan utama trader adalah bagaimana untuk
menentukan SnD yang valid. Masalah ini terjadi kerana apabila marking telah dilakukan, terdapat
banyak marking yang boleh dilukis dan ia menjadi masalah kepada para newbies untuk menentukan
kawasan snd mana yang valid.

Cara Marking Supply and Demand

Sebelum berganjak kepada penentuan kawasan snd yang valid, kita harus tahu cara marking supply
and demand. Secara amnya, teknik untuk melakukan marking adalah seperti berikut:

Cari candle Bullish / Bearish Engulfing

Tandakan Hi dan Lo Candle pertama dengan menggunakan rectangle tool

Contoh marking
supply and demand : Kredit to apprenticefx

Dari contoh diatas, anda dapat lihat terdapat dua kawasan zon supply. Ia akan membuatkan trader
menjadi keliru dimanakah snd yang valid untuk para trader untuk meletakkan entry mereka.
Sekiranya mereka memilih zon yang terlalu atas, maka mereka akan melalui fasa FOMO iaitu Fear of
MIssing out iaitu PO tak trigger ataupun jika terlalu rapat dengan price semasa, mereka akan disebat
SL. Lebih buruk, kedua-dua zon tersebut tidak valid dan melanggar semua zon yang ada.

Cara Penentuan SnD Yang Valid


Tajuk ini adalah merupakan satu teknik yang advance dan diharap anda mempunyai asas SnD
sebelum mempelajari tajuk kali ini. Terdapat 3 jenis zon yang profitable dan 1 jenis zon yang perlu
dielakkan iaitu.

Zon SnD Yang Valid dan Profitable.

1. Fresh Zon : Zon yang tidak pernah di retest oleh harga sebelum ini dan kebarangkalian order
yang besar ada dalam zon tersebut.

Original Zon : Zon yang pernah diretest namun harga tidak mampu untuk menembusi zon
tersebut lalu meninggalkan zon tersebut sebaik retest

Swap Zon : Zon yang telah dipecahkan oleh satu pergerakan harga yang signifikan dan
menukar role semasa kepada role baru (Supply kepada Demand) / (Demand kepada Supply).
Zon SnD yang tak valid dan Selalunya Rugi

Reaction Zon : Zon yang terbentuk hasil daripada retest zone supply and demand.

Oleh itu, anda boleh fokus untuk mencari snd yang valid pada zon yang profitable sahaja.
Elakkan memilih zon yang terjadi hasil daripada reaction iaitu reaction zone kerana zon
tersebut mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk rugi.

Anda mungkin juga menyukai