Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN MODERATOR

KATA ALUAN Para Hadirin Diminta Bersedia.

Kompang Bergema Pusaka Bangsa,


Dipalu oleh Si Anak Muda,
Hadir Tuan Puan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.

Bismillah Hirrahmanirrahim....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan Salam Sejahtera

Yang Dihormati,
1) PN FARIDAH AKHMA BINTI ZULKIFLI; Pengarah Kolej Vokasional
ERT Setapak Kuala Lumpur.

Yang Berusaha,
2) PN ROSELAWATI BINTI, TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK,
3) Barisan Pensyarah Program Kosmetologi, cikgu2 praktikal dari UPM
4)
Serta yang dikasihi, para pelajar 2Diploma Kosmetologi.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada petang ini, dengan izin serta limpah
rahmat-Nya dapat kita berkumpul bagi penyampaian hadiah
PERTANDINGAN REKACIPTA DAN INOVASI PERINGKAT PROGRAM
KOSMETOLOGI JABATAN HOSPITALITI TAHUN 2022.

Saya selaku pengacara majlis pada petang ini, mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Bonda Pengarah dan TPA kerana sudi melaungkan masa pada
petang ini.

BACAAN DOA Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, marilah kita sama-sama
membaca ummul kitab Al Fatihah.

PENGENALAN Seterusnya, kita teruskan majlis dengan ucapan dari wakil Ketua Program
Kosmetologi yang menerangkan serba sedikit mengenai pertandingan inovasi
yang telah diadakan. Majlis menjemput PN NURFATMA HAKIMAH bagi
menyampaikan ucapan beliau.

PENYAMPAIAN Terima kasih atas ucapan dan penerangan sebentar tadi. Terdapat
HADIAH DAN SIJIL 10kumpulan yang menyertai pertandingan ini dan peserta terdiri dari
kalangan pelajar tahun akhir 2D.

Terdapat 3 Kategori pemenang pertandingan inovasi

Anugerah Emas 90 - 100%


Anugerah Perak 85 - 89%

Anugerah Gangsa 75 - 84%

Majlis diteruskan penyampaian sijil dan hadiah kepada para pemenang.


Majlis mempersilakan Yang Dihormati Pn Faridah Akhma binti Zulkifli;
Pengarah Kolej Vokasional ERT Setapak di iringi oleh Pn Roselawati bt
Awang untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang.

ANAMAT BONDA Tahniah diucapkan kepada para pemenang di atas hasil kerja yang
dihasilkan. Terima kasih kepada bonda & tpa atas kesudian menyampaikan
sijil dan hadiah.

Seperti yang sedia maklum, pada minggu hadapan, 4hb April pelajar 2D akan
memulakan OJT dan memandangkan hari ini adalah hari terakhir bersama,
bersua muka dengan pelajar 2D. Majlis menjemput Bonda Pengarah untuk
menyampaikan sedikit amanat kepada para pelajar.

Majlis mempersilakan……

*****UCAPAN PENGARAH KVERTS*****

Terima kasih diucapkan kepada bonda atas ucapan sebentar tadi.

PENUTUP Hadirin Yang Budiman,

Majlis sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih kepada bonda pengarah
dan tpa kerana sudi meluangkan masa pada petang ini. Terima kasih juga
kepada semua pensyarah dan pelajar yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam majlis pada petang ini.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa ditepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Akhir kata, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan
sepanjang saya mengendalikan program ini.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala yang buruk itu datang
dari kelemahan pihak kami sendiri.

Sekian, wabbilahi taufik walhidayah,


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh.
SESI BERGAMBAR Majlis Bersurai.

Anda mungkin juga menyukai