Anda di halaman 1dari 9

ECH6023

PENGASUHAN DAN PENJAGAAN AWAL KANAK- KANAK

TAJUK:

KERTAS KERJA AKTIVITI BERSAMA IBUBAPA

SEMESTER III SESI 2022/ 2023

PENSYARAH:

DATO’ SITI SALMAH BINTI MAT JUSAK

NAMA PELAJAR NO MATRIK


NOR ATIQAH BINTI AZMI I21305956
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL 2022
TADIKA HALIMATUS SAADIAH
IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR
DENGAN KERJASAMA PISMK-OUM PRASEKOLAH

1.0 PENGENALAN
Karnival Sukaneka dan Permainan Tradisional ini merupakan aktiviti sukan tahunan bagi Tadika
Adi Putra. Ia akan menjadi suatu pemangkin dalam pembentukan individu yang cergas lagi
cerdas melalui aktiviti-aktiviti sukan yang teramat penting dalam proses tumbesaran dan
perkembangan kemahiran fizikal murid. Sukaneka ini juga akan melibatkan pelajar-pelajar
PISMK-OUM kursus prasekolah sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana bagi mereka memenuhi
salah satu keperluan dalam tugasan kursus mereka.

2.0 MATLAMAT
Matlamat utama Karnival Sukaneka dan Permainan Tradisional ini adalah untuk
mengetengahkan potensi diri kanak-kanak dalam bidang sukan. Menerusi aktiviti sukan, kanak-
kanak akan dapat menunjukkan kemahiran dan kemampuan fizikal mereka dengan sepenuhnya.
Selain itu, semasa aktiviti sukan juga, kanak-kanak akan didedahkan dengan semangat
kesukanan seperti semangat berpasukan, tidak mudah berputus asa dan berusaha untuk menang.
Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti Karnival Sukaneka dan Permainan Tradisional ini akan
meningkatkan keyakinan dalam diri kanak-kanak terutamanya keyakinan dari segi komunikasi,
bergaul dengan rakan-rakan dan interaksi dengan guru. Kanak-kanak prasekolah terutamanya
yang berumur lima dan enam tahun yang baru mengikuti program pendidikan awal kanak-kanak
kebanyakannya sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru sama ada bersama dengan
rakan mahupun guru. Hal ini amatlah penting bagi seorang guru untuk menyediakan aktiviti
seperti Karnival Sukaneka yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian mereka.

3.0 OBJEKTIF
Objektif Karnival Sukaneka dan Permainan Tradisional adalah seperti berikut:
I. Kanak-kanak akan menunjukkan potensi diri dengan lebih yakin dan berusaha dalam
mencapai sesuatu matlamat. ( 2.3.2 ).
II. Kanak-kanak akan menggunakan keseluruhan anggota badan dalam melakukan acara
sukan yang dipertandingkan. ( 2.4.3 )
III. Membentuk personaliti kanak-kanak yang mantap seperti mempunyai daya saing
untuk menang, tidak mudah putus asa, bekerjasama, menghormati rakan-rakan
sebaya, bersungguh-sungguh dan sebagainya.( 3.1.4, 3.2.4, 4.1.2 )
IV. Kanak-kanak dapat mengenali dan bermain beberapa jenis permainan tradisional.
(5.4.1 )
V. Dapat merapatkan hubungan kekeluargaan kanak-kanak bersama ibu bapa
VI. Merapatkan hubungan silaturrahim di antara pihak ibu bapa dengan warga
pengurusan Tadika Adi Putra.
4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh: 28 Mac 2022
Masa: 8.00 am – 12.00 pm
Tempat: Padang Kampus Pendidikan Islam Selangor

5.0 PESERTA
i. Murid-murid Tadika Adi Putra.
ii. AJK Pengurusan Tadika
iii. Ibu bapa murid.
iv. Pelajar PISMK-OUM.

6.0 ATURCARA PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.30 – 8.00 pagi Pendaftaran

8.00 – 8.20 pagi Perbarisan rumah sukan


8.20 – 8.30 am Ucapan alu-aluan oleh Penyelaras Tadika Adi Putra

8.30 – 10.30 am Acara sukan bermula

10.30 – 11.00 am Jamuan

Acara Penyampaian Hadiah dan Perasmian Penutupan oleh


11.00 – 12.00 pm Pengarah IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor

7.0 AHLI JAWATANKUASA


AJK PENGURUSAN TADIKA
Penaung: Tn. Hj. Amin bin Mohd Rashid
Penasihat: Dr. Azma binti Mahmood
Penyelaras: Pn. Amali binti Ibrahim
Setiausaha: Pn. Norliah binti Kasim
Bendahari: Pn. Roziah binti Mohd Saidi
AJK PELAKSANA PISMK-OUM PRASEKOLAH
Pengarah Program: Abdul Hadi bin Ahmad Sazili
Setiausaha: Nur Syakira binti Mohd Rahim
Bendahari: Siti Nurus Saadah binti Zakaria

SENARAI BIDANG TUGAS AJK PELAKSANA


JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
AJK Sambutan / Pendaftaran: 1. Menyediakan borang kehadiran murid
i. Abdul Hadi bin Ahmad Sazili dan borang penyertaan acara ibu bapa
ii. Dzulhakim bin Baharom 2. Menyambut kehadiran tetamu VIP dan
iii. Siti Husna binti Yahya ibu bapa
iv. Siti Raudzoh binti Hussin 3. Mengiringi tetamu VIP ke pentas
utama
4. Mengedarkan brosur
5. Mendaftarkan kehadiran murid-murid
6. Mendaftarkan nama ibu bapa yang
ingin menyertai acara
1. Menyediakan teks ucapan untuk
penyelaras Tadika dan Pengarah
IPGM
2. Menjadi pengacara dan pemudahcara
AJK Pembukaan & Penutupan: majlis
i. Abdul Hadi bin Ahmad Sazili 3. Memastikan kelancaran acara
ii. Dzulhakim bin Baharom perbarisan
iii. Siti Husna binti Yahya 4. Memastikan kelancaran sepenuhnya
iv. Siti Raudzoh binti Hussin program
AJK Peralatan :
vi. Ahmad Fikri bin Zulkifli 1. Menyenaraikan peralatan yang
vii. Mustakim bin Ahmad diperlukan bagi setiap permainan
viii. Faezah Hanim binti Mansor 2. Menyediakan peralatan yang lengkap
vi. Suwarnambigai Nair a/p Vasu 3. Menyelenggarakan peralatan selepas
v. Ain Naziha binti Abdul Majid@Ahmad tamat acara permainan
1. Meneliti peraturan setiap permainan.
2. Memberi taklimat peraturan kepada
AJK Acara Permainan & Kehakiman : peserta dan pengadil
vii. Ahmad Fikri bin Zulkifli 3. Memastikan acara permainan
viii. Mustakim bin Ahmad dijalankan mengikut masa yang
ix. Faezah Hanim binti Mansor ditetapkan
x. Ain Naziha binti Abdul Majid@Ahmad 4. Menyediakan borang keputusan
xi. Suwarnambigai Nair a/p Vasu 5. Menjadi pengadil untuk permainan
AJK Siaraya : 1. Menyediakan bunting
iv. Syed Muhamad Zaki bin Syed Ahmad al- 2. Menyediakan Sistem Siaraya yang
Yahya lengkap dan berfungsi
v. Tengku Budiman bin Tengku Mohd Ali 3. Menyediakan tag AJK dan guru rumah
4. Menyediakan kamera, kamera video
dan lagu-lagu yang sesuai sepanjang
program
vi. Nur Syakira binti Mohd Rahim 5. Mendokumentasi program
AJK Persiapan Tempat, Kebersihan & 1. Menyediakan meja hadiah dan meja
Keselamatan: urusetia
iv. Syed Muhamad Zaki bin Syed Ahmad al- 2. Menyediakan dekorasi tempat dan
Yahya gelanggang
v. Tengku Budiman bin Tengku Mohd Ali 3. Menyediakan kerusi VIP
vi. Nur Syakira binti Mohd Rahim 4. Menyediakan Peti Pertolongan Cemas
1. Menentukan menu dan menempah
AJK Jamuan : makanan
i. Juliea Rushena binti Adenan 2. Menghidang makanan
ii. Abu Shaznee bin Abu Samah 3. Menyediakan minuman ringan
iii. Siti Nurus Saadah binti Zakaria 4. Memastikan kebersihan tempat jamuan
iv. Teoh Yin Han sebelum dan selepas jamuan
1. Menyenaraikan bilangan hadiah
mengikut kategori permainan
2. Menyediakan cenderamata VIP
3. Membungkus hadiah (pembelian
hadiah dijalankan oleh AJK
AJK Hadiah & Cenderamata : Pengurusan Tadika)
v. Juliea Rushena binti Adenan 4. Menyusun hadiah mengikut kategori
vi. Abu Shaznee bin Abu Samah acara
iii. Siti Nurus Saadah binti Zakaria 5. Memastikan acara penyampaian hadiah
vii. Teoh Yin Han berjalan lancar
8.0 ACARA
Aktiviti untuk kanak-kanak Prasekolah
Berkumpulan :
i. Sepatu Tempurung
ii. Tarik Upih
iii. Lompat Getah
iv. Rakit Darat
v. Ikan & Nelayan
Aktiviti untuk kanak-kanak terbuka

Bil Acara Kategori

1. Kutip gula-gula 1 – 4 tahun

2. Tiup belon dan pecahkan 5 – 6 tahun

3. Cari gula-gula dalam tepung 7 – 9 tahun

4. Pancing botol 10 – 12 tahun

Aktiviti untuk Ibu dan Bapa


Bapa : Cari Barang
Ibu : Musical Chair
Berpasangan Ibu dan Bapa : Kepit belon
Aktiviti Keluarga
i. Perlumbaan Sukaneka
Aktiviti Terbuka
Lelaki : Pijak Belon
Perempuan : Cabut Ekor Musang
Aktiviti untuk AJK Pengurusan, para pensyarah dan staf sokongan
i. Gigit epal gantung
9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL. PERKARA KIRAAN JUMLAH

1. PERALATAN RM 200.00

2. JAMUAN 100 orang x RM 3.00 RM 300.00

3. CENDERAMATA RM 50.00

4. HADIAH RM 500.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1050.00

10.0 PENUTUP
Dengan adanya Hari Sukaneka, kebolehan dan potensi kanak-kanak dalam bidang sukan akan
dapat ditonjolkan. Ibubapa juga akan dapat lebih memahami minat dan kebolehan anak melalui
aktiviti ini. Diharapkan dengan sukaneka ini akan dapat menanamkan minat dalam diri kanak-
kanak untuk bidang sukan dan menggalakkan mereka untuk berjaya dalam bidang ini di masa
hadapan, Insyaallah. Di samping itu, Hari Sukaneka ini juga akan dapat merapatkan lagi
hubungan di antara pihak ibubapa, AJK Pengurusan Tadika, para pensyarah Prasekolah dan
pelajar-pelajar PISMK OUM PRASEKOLAH. Diharapkan juga pendedahan kepada pelajar
PISMK-OUM tentang pengendalian Hari Sukaneka ini akan dapat membawa manfaat kepada
mereka di masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai