Anda di halaman 1dari 2

MINGGU 43 / Masa 3 Pembelajaran Kendiri

ASPEK : Seni Bahasa


PERIBAHASA
A. Susun perkataan-perkataan di bawah untuk menjadi peribahasa
Contoh : sampai bara biar genggam jadi arang api
Jawapan : genggam bara api biar sampai jadi arang

1. sama bukit lurah didaki dituruni sama


Jawapan :bukit sama didaki lurah sama dituruni

2. kais petang makan pagi, kais pagi makan petang


Jawapan :kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

3. ke telinga masuk kanan, keluar kiri ke telinga


Jawapan :masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri

4. hendak sampan ada berenang


Jawapan :ada sampan hendak berenang

5. duduk belum berlunjur hendak


Jawapan :belum duduk hendak berlunjur

6. lada terbang burung dipipiskan


Jawapan :burung terbang dipipiskan lada

7. guruh mendengar, air di langit dicurahkan di tempayan


Jawapan :mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

8. disorongkan orang bantal mengantuk


Jawapan :orang mengantuk disorongkan bantal

9. ditadahkan tapak tangan kecil nyiru


Jawapan :kecil tapak tangan nyiru ditadahkan

10. bumi dipijak di mana di situ dijunjung langit


Jawapan :di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

B. Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yan paling sesuai..

1. Pelbagai langkah dilakukan oleh kerajaan bagi membendung wabak COVID-19 daripada merebak.
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A. Ikut hati mmati, ikut rasa binasa
B. Jangan sudah terhandtuk baru tengadah
C. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
D. Mencegah lebih baik daripada mengubati

2. Apabila merantau ke tempat orang, kita hendaklah mematuhi undang-undang dan menuruti adat resam di tempat itu. Bak kata
pepatah
A. lain padang lain belalang
B. bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
C. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
D. di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung

3. Ibu bapa perlu menyemai nilai-nilai murni kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi, bak kata pepatah
A. Menanam tebu di bibir
B. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
1
C. Melentur buluh biar daripada rebungnya
D. Belakang parang kalau di asah lagikan tajam

4. Peribahasa bagai aur dengan tebing membawa maksud


A. Mempunyai pendapat dan kemahuan yang sama
B. Saling membantu dan bekerjasama
C. Persahabatan yang sangat erat
D. Mementingkan diri sendiri

5. Encik Tan dan isterinya mahu perkahwinan anak mereka dibuat mengikut adat istiadat perkahwinan Baba dan Nyonya. Bagi
mereka ………..
A. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
B. biar putih tulang, jangan putih mata
C. biar mati anak jangan mati emak
D. alang-alang mandi biar basah

6. “Alah bisa tegal biasa”


Pilih situasi yang sama maksudnya dengan peribahasa tersebut
A. Wooi Ming menyiapkan baju gaun adiknya dalam masa yang singkat.
B. Chandran berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai impiannya.
C. Suraiti semakin mahir menganyam tikar mengkuang kerana selalu menganyam apabila masa lapang.
D. Pak Samad menggunakan parang lamanya yang telah sumbing sementara mendapat gaji untuk membeli parang yang
baharu.

7.
Laftenan Adnan dan tentera-tentera Melayu yang lain berjuang sampai titisan darah yang terakhir.

Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan semangat yang ditunjukkan ialah


A. Biar putih tulang, jangan putih mata
B. Berani kerana benar, takut kerana salah
C. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
D. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

8. Ramli akan menilai kemampuan diri sebelum berbelanja. Hal ini dikatakan seperti
A. tepuk dada tanya selera
B. segan bertanya sesat jalan
C. ukur baju di badan sendiri
D. pipit hendak menjadi enggang

9.
“Kamu perlu menyimpan sebahagian daripada pendapatan kamu itu sebagai persediaan untuk
menghadapi kecemasan,” kata Fuad kepada rakan karibnya.

Nasihat di atas sesuai dengan peribahasa


A. sediakan payung sebelum hujan
B. bumi mana yang tidak ditimpa hujan
C. yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
D. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

10. Permainan tradisional seperti congkak, gasing dan sebagainya perlu dipopularkan supaya …………
A. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
B. biar putih tulang, jangan putih mata
C. biar mati anak, jangan mati adat
D. alang-alang mandi biar basah.

11. Dahlia ingin menjadi ahli bomba tetapi ibunya tidak bersetuju kerana beranggapan bahawa kerjaya sebagai ahli bomba terlalu
mencabar bagi wanita. Dahlia pula berpendirian bahawa semua kerjaya mesti ada cabaran, bak kata pepatah
A. jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
B. benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
C. alang-alang mandi biar basah
D. tak ada laut yang tidak berombak

Anda mungkin juga menyukai