Anda di halaman 1dari 3

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………………………………..

Nama Penulis : …………………………………………………………..

Tarikh : …………………………………………………………..

i
ABSTRAK

Mata pelajaran Elektif Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada mata
pelajaran minor bagi Unit Permulihan Khas, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah –
Sekolah Rendah. Dalam mata pelajaran ini, satu kerja kursus pendek diberi bagi
menilai tahap kefahaman para guru pelatih. Kerja kursus pendek tentang golongan
kata ini adalah sebagai salah satu persediaan ke arah penguasaan bidang bahasa
Melayu, yang mana guru pelatih perlu menjana minda untuk memahami dan
mengaplikasikan konsep-konsep penting yang berkaitan dengan jenis dan fungsi
tatabahasa bahasa Melayu. Di sini guru pelatih akan dapat menguasai kemahiran
asas tatabahasa bahasa Melayu dengan mengenal pasti golongan kata dan
perinciannya. Terdapat empat golongan kata yang asas, iaitu kata nama, kata kerja,
kata adjektif, dan kata tugas yang perlu dihuraikan secara pengurusan grafik
berserta dengan contoh. Di samping itu, proses menganalisis golongan kata
berdasarkan sebuah artikel daripada terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu
diperincikan mengikut subgolongan kata bahasa Melayu. Kemahiran menguasai
tatabahasa bahasa Melayu dapat dipraktikkan sepanjang kerja kursus dijalankan.

ii
PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah kurnia-Nya


kerana akhirnya saya dapat menyempurnakan dan menyiapkan kerja kursus pendek
Elektif Bahasa Melayu dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Tanpa bantuan daripada banyak pihak, adalah mustahil untuk saya menghasilkan
kerja kursus pendek ini. Justeru itu, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Sarimah Binti Ahmad, selaku pensyarah
pembimbing saya dalam mata pelajaran Elektif Bahasa Melayu di Institut Pendidikan
Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu. Terima kasih diucapkan kepada beliau
kerana memberi bimbingan, pandangan, nasihat, dan tunjuk ajar kepada saya
daripada awal kerja kursus ini diberi hingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
guru di SK. LKTP Tenggaroh 5, semasa saya mengikuti Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) selama dua minggu. Terutamanya kepada guru Bahasa Melayu, iaitu
Encik Norrashid bin Seahat, Encik Abdul Rahman bin Hj. Daud dan Encik Anuar bin
Ahmad di atas nasihat dan panduan yang dikongsi bersama untuk saya menyiapkan
kerja kursus pendek ini.

Jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa memberi
sokongan moral untuk saya melaksanakan tugasan ini. Akhir sekali buat rakan-rakan
seperjuangan, selamat maju jaya untuk kalian dan terima kasih atas kerjasama dan
bantuan yang dihulurkan selama ini.

Sekian, terima kasih.

iii

Anda mungkin juga menyukai