Anda di halaman 1dari 2

CIRI-CIRI PELAJAR PEMULIHAN

Antara ciri-ciri yang boleh diperhatikan daripada para pelajar pemulihan terdiri daripada
beberapa faktor, iaitu faktor emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar
dan pengamatan.

1. Faktor Emosi dan Tingkah Laku


a. Rendah diri
b. Risau
c. Sedih, hiba atau duka
d. Cepat bosan dan jemu terhadap pelajaran
e. Takut akan perkara-perkara baru
f. Degil, tidak mematuhi peraturan dan suka melawan
g. Pasif
h. malas

2. Faktor Sosial
a. Gelisah, selalu bergerak dalam kelas dan gemar mengganggu kelas
b. Kurang dan lemah dalam interaksi dengan rakan-rakan sekelas
c. Gemar menghisap atau menggigit jari dan kuku
d. Selalu tidak hadir ke sekolah
e. Menangis dan enggan masuk ke kelas
f. Hiper aktif

3. Kesihatan
a. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan
b. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang
c. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan)
d. Lemah gerakan motor
e. Kesihatan terganggu (selalu sakit, sakit berpanjangan dan teruk)
f. Kurang menjaga kebersihan diri
4. Kesedian Belajar
a. Belum bersedia untuk belajar
b. Perbendaharaan kata kurang
c. Lemah pemahaman
d. Kurang keyakinan diri dan rangsangan
e. Kurang matang (IQ tidak seimbang dengan umur)

5. Pengamatan
a. Tidak kenal beza bentuk, saiz, warna dan turutan
b. Lemah pendengaran bunyi dan rentak
c. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah
d. Lambat mengkelaskan benda
e. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru
f. Tidak dapat menyelesaikan masalah
g. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang
h. Tidak kreatif
i. Lemah pergerakan dan perbuatan
j. Lemah daya pemikiran dan ingatan
k. Tidak boleh mengingat kembali

Anda mungkin juga menyukai