Anda di halaman 1dari 1

Yang Berusaha Puan Zarimah Binti Zakaria,Pengetua SMK Karak Setia,Yang Dihormati Puan

Hilmun Binti Mohamad,Guru Penolong Kanan Pentadbiran ,Puan Rohani Binti Mustafa,Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Hassan Bin Ismail Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Yang Dipertua PIBG,
guru-guru,para pengawas serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan.

Terlebih dahulu saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak majlis kerana telah
memberikan saya peluang untuk berucap dalam majlis ini. Alhamdulillah setinggi tinggi kesyukuran
dirafakkan kepada Yang Maha Kuasa,Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya serta keizinan-Nya
dapat kita bersama sama meraikan majlis perpisahan yang sungguh bermakna dan penuh erti pada hari
ini.

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Setiap perpisahan sudah tentu amat menyedihkan.
Apabila mengenang kembali saat saat ketika bersama,pasti ia akan menjadi kenangan paling manis yang
tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana akan kehilangan 2 orang guru yang amat
kami sayangi dan cintai. Pada kami,beliau bukan sahaja guru tetapi ibarat bapa dalam sebuah keluarga
besar di sekolah ini.

Lembut,tenang tetapi tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir kata kata yang
dapat digambarkan mengenai beliau.Beliau sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab
serta bersungguh sungguh dalam berusaha untuk meningkatkan tahap prestasi akademik para pelajar.
Beliau juga telah banyak menyumbangkan jasa dan baktinya buat anak muridnya. Syabas diucapkan
kepada cikgu atas komitmen yang begitu padu demi memastikan kecemerlangan anak-anak didikmu.

Semoga semangat ini akan berterusan pada masa-masa hadapan. Saya juga berharap agar
hubungan silaturrahim cikgu dengan warga SMK Karak Setia akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa
dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.

Dalam kesempatan ini saya mewakili pelajar pelajar SMK Karak Setia merakamkan setinggi tinggi
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Shuhaimi Bin Abd Hamid dan Tn Hj Mohd Nazri Bin
Mohd Ali yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan masa demi kami,anak
muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada
cikgu,dipanjangkan umur,diberi kesihatan yang baik dan dikurniakan kebahagiaan.

Sekian . Wabillahi taufiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai