Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU, 16100

KOTA BHARU, KELANTAN

Nama : NITHES A/L ANATHAN


No. K/P : 020402-01-1529
Angka Giliran : 2021082340608
Kod : PKUK 3203
Nama Kursus : KEMAHIRAN HIDUP UNTUK MURID
BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2022
Unit : PENDIDIKAN KHAS
Nama Pensyarah : DR NIK HASSAN BIN SEMAN
Tugasan : TUGASAN 2: PENULISAN ESEI (INDIVIDU)
Tarikh Hantar : 2 OKTOBER 2022

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

NAMA : NITHES A/L ANATHAN ANGKA GILIRAN : 20210823140608


KOD : PKUK 3203 NAMA KURSUS : KEMAHIRAN HIDUP
UNTUK MURID BERKEPERLUAN
PENDIDIKAN KHAS
PENSYARAH : DR NIK HASSAN BIN SEMAN

TARIKH HANTAR : 2 OKTOBER 2022 TARIKH TERIMA DIISI OLEH PENSYARAH:

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Nithes Tarikh : 2 OKTOBER 2022

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus

Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

2
PengPPPENGESAHAN PELAJAR :
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah sayarujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar : NITHES Tarikh : 2 OKTOBER 2022

Halaman Perakuan

“Saya akui bahawa penulisan laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

TANDATANGAN : NITHES

NAMA PELAJAR : NITHES A/L ANATHAN

TARIKH :2 OKTOBER 2022

3
BIL PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENGHARGAAN 5

2.0 TUGASAN PENULISAN 6-9

2.1 PENGENALAN 6

2.2 KESELAMATAN AM 7

2.3 KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN 8

2.4 KESELAMATAN DI DAPUR 9

2.5 KESELAMATAN MURID 10

2.6 KEBERSIHAN RUANG KERJA 11-12

2.7 KESIMPULAN 13

3.0 RUJUKAN 14-15

4.0 LAMPIRAN 16

4
1.0 PENGHARGAAN

Segala puji bagi Tuhan semesta alam. Bersyukur terhadap tuhan kerana dengan
izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan kerja kursus 3203 :
Kemahiran Hidup Untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ini dalam kekangan masa
dan pengisian waktu yang cukup mencabar sebagai bakal guru.

Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Insitut


Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu kerana memberi peluang dan ruang kepada saya
untuk menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti
perpustakaan bagi memudahkan saya medapatkan bahan rujukan yang berkaitan
dengan tajuk tugasan saya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah khasnya


Pensyarah Akademik Kursus 3203 : Kemahiran Hidup Untuk Murid Berkeperluan
Pendidikan Khas, Dr. Nik Hassan Bin Seman yang telah banyak memberi tunjuk ajar
serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini
diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr.Nik Hassan Bin
Seman kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini
sehingga jayanya.Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi
sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini.
Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan
ini dengan sempurna seperi rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga
kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus lumus menghasilkan
tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan kerja
kursus ini. Terima kasih diucapkan juga kepada semua warga IPG Kampus Kota Bharu
dalam setiap bantuan dan sokongan secara langsung dan tidak langsung. Semoga kita
semua sama-sama tiba ke destinasi gurunya.

5
2.0 TUGASAN PENULISAN

2.1 PENGENALAN

“Pendidikan Adalah Untuk Semua” cukup satu cogan kata ini mengungkapkan tentang setiap
pelajar di Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan tidak mengira
umur, jantina ataupun bangsa.Dalam konteks ini, murid berkeperluan pendidikan khas juga tidak
terkecuali dalam menuntut semua jenis pendidikan termasuk bidang pendidikan kemahiran
hidup.Menurut Jabatan Pendidikan Khas (2003), “Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan,
guru guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi
aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan Pendidikan
Khas”.Bagi merealisasikan Hasrat ini, pengaplikasian matapelajaran kemahiran hidup adalah
lebih relevan kerana mengutaman 4 indikator iaitu masakan,penternakan,jahitan dan
tanaman.Walaupun terdapat pelbagai bengkel namun bengkel masakan sering mencari
perhatian golongan MBPK kerana terdapat pelbagai alatan dan bahan yang mereka lazimnya
lihat di rumah.Bengkel masakan ialah salah satu bengkel yang disyorkan untuk melakukan kerja
amali seperti penyediaan makanan.Terdapat beberapa langkah serta peraturan keselamatan dan
kebersihan dititikberatkan semasa berada di bengkel masakan.

6
2.2 KESELAMATAN AM

Keselamatan adalah perkara yang penting yang perlu dipatuhi oleh semua pihak (Ibrahim,
2001).Marzuki (2007), menyatakan bahawa sikap yang baik dalam mematuhi segala peraturan
yang diberikan akan dapat menghindari atau mengurangkan berlakunya kemalangan.Dengan
adanya keselamatan am ini juga dapat meningkatkan tahap disiplin MBPK di dalam
bengkel.Antara keselamatan am yang perlu dipatuhi oleh seorang MBPK ialah perlu
mendapatkan kebenaran guru pendidikan khas sebelum masuk atau keluar dari bengkel
masakan untuk tujuan tandas atau ke tempat lain.Kedua ialah beratur terlebih dahalu sebelum
memasuki bengkel dan memasuki bengkel setelah menerima arahan daripada guru pendidikan
khas.Tidak sama sekali merebut atau bertolak antara satu sama lain semasa memasuki bengkel
masakan untuk mengelakkan jatuh antara satu sama lain.Bukan itu sahaja, MBPK juga dilarang
membawa beg masuk ke dalam bengkel masakan.Tingkap bengkel juga perlu dibuka untuk
mendapatkan pengudaraan yang baik supaya MBPK tidak mengalami sesak nafas atau sukar
bernafas dalam bengkel masakan.Bengkel juga perlu mempunyai pencahayaan yang terang
untuk memudahkan kerja dalam bengkel masakan.Jika berlaku kemalangan yang tidak diingini
laporkan kepada guru pendidikan khas yang bertugas di dalam bengkel.MBPK juga dilarang
sama sekali tidak membawa apa-apa alatan atau bahan keluar daripada bengkel masakan tanpa
kebenaran guru.

Sumber
https://www.google.com/search?q=keselamatan+alatan+dan+bahan+di+dalam+bengkel+masak
an&rlz=1C1GCEA_enMY984MY984&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjd2oSRqM
T6AhUF3jgGHRxmBrcQ_AUoAXoECAIQAw&biw=1366&bih=657#imgrc=Hnq3Ht45AEd2GM

7
2.3 KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN

Menurut kamus dewan edisi keempat 2005, alatan dan bahan boleh dikategorikan sebagai
ramuan atau peralatan yang diperlukan dalam menghasilkan sesuatu.Alatan dan bahan di dalam
bengkel masakan perlu dilabel dan disusun dengan rapi supaya memudahkan proses semasa
melakukan aktiviti masak di bengkel.Pertama sekali, pisau, parang atau alatan dapur yang
bertajam perlu bersimpan di dalam sarung supaya tidak menyebakan kecederaan semasa
pengambilan.Bukan itu sahaja, semasa mengendalikan ketuhar MBPK ini haruslah memakai
sarung tangan supaya tidak panas.Bukan itu sahaja, semua alatan dan bahan yang berada di
bengkel masakan perlu dilabel dengan betul berserta dengan simbol.Sebagai contoh garam dan
gula yang perlu dilabelkan kerana kedua-dua itu adalah berwarna putih dan mempunyai
penampilan yang sama iaitu kristal putih kecil.Perkara ini boleh mengelirukan MBPK semasa
menggunakan bahan itu untuk memasak.Tambahan pula, barang-barang yang mudah terbakar
seperti kain pencuci, minyak haruslah disimpan jauh daripada api.Penggunaan semua jenis
peralatan dan mesin dilakukan dengan tidak cermat dan cuai atau penggunaan tanpa kebenaran
bukan sahaja membahayakan diri tetapi juga orang lain di sekiling (Woods,1976).Di bengkel
masakan juga elakkan penggunaan barang yang diperbuat daripada kayu kerana penggunaan
barang yang diperbuat daripada kayu mudah terbakar yang boleh mengundang kepada
kebakaran.Selanjutnya, nyalakan gores api sebelum memasang gas untuk mengelakkan api
tersebar.

Sumber :

https://www.google.com/search?q=alatan+bahan+bengkel+masakan+yang+tersusun&tbm=isch
&ved=2ahUKEwiVpcn7qcT6AhVBTXwKHcF_CmgQ2-

8
2.4 KESELAMATAN DI DAPUR

Selain daripada itu, ruang kerja bengkel yang berkualiti perlulah dilengkapkan dengan peti
pertolongan cemas dan alat pemadam api.Bukan itu sahaja, guru juga perlu memeriksa tiub gas
dari semasa ke semasa untuk mengelakkan pembocoran gas.Jika guru atau pelajar terhidu bau
yang tidak menyenangkan guru perlu mengarahkan pelajar untuk keluar daripada bengkel
masakan dengan kadar segera.Guru pendidikan khas juga setiap 3 bulan perlu memeriksa
saluran gas itu dengan menggunakan sabun dan setiap 6 tahun perlu menukar saluran gas yang
baharu.Di dapur juga langsir sama sekali tidak boleh dipasang pada tingkap kerana angin yang
kuat boleh menyebabkan langsir terbakar apabila berdekatan dengan gas dapur.Dari sudut
lain,guru juga perlu memastikan pelan lantai bengkel memasak telah ditampal pada papan
maklumat bengkel untuk memudahkan pergerakan para murid jika berlaku apa-apa kecemasan.

Sumber:https://www.scribd.com/doc/169799770/Pelan-Untuk-Bengkel-Kemahiran-Hidup-
Masakan-2

9
2.5 KESELAMATAN MURID

Dari aspek keselamatan murid, Murid MBPK tidak sama sekali boleh berlari dalam bengkel
masakan kerana boleh mengundang kepada kejatuhan dalam bengkel masakan.Mereka
seharusnya boleh berjalan dengan cergas apabila mereka berada dalam bengkel masakan.Murid
MBPK juga perlu memakai kasut yang bertapak getah, padan, bertumit rendah, selesa serta
bertutup di dalam bengkel masakan.MBPK juga perlu mengikat rambut mereka dengan kemas
khasnya murid perempuan sekiranya rambut mereka panjang.Mereka juga boleh boleh memakai
net atau topi supaya rambut tidak tersangkut kepada alatan yang sedang bergerak seperti alat
pengadun kek, mesin basuh kain dan kipas yang boleh menyebakan kecederaan teruk pada
MBPK.Russel (1980) dalam kajiannya menyatakan bahawa mesin adalah banyak dan
penggunaan yang salah akan menyebabkan berlakunya kemalangan.Semasa pengendalian
semua alatan dan bahan guru perlu memantau MBPK supaya mereka tidak salah gunakan dan
boleh membawa kepada kecederaan.Murid MBPK juga boleh memakai baju yang ringkas iaitu
kain yang tidak mudah terbakar seperti kain kapas apabila berada di dalam bengkel
masakan.Selain daripada itu,MBPK juga perlu bekerja dengan tenangd dan tidak melakukan
aktiviti dengan tergesa-gesa atau cepat di dalam bengkel masakan untuk memastikan
keselamatan MBPK ini terjamin.Oleh hal yang demikian, guru menyarankan supaya pelajar-
pelajar diberikan latihan dan tunjuk ajar yang mencukupi sebelum mengendalikan alatan tangan
dan mesin di bengkel (R. J Lindbeck 1986).

Sumber :

https://www.google.com/search?q=keselamatan+murid+bengkel+masakan&tbm=isch&ved=2ah
UKEwjkkJORrMT6AhUkidgFHWC8Ab4Q2-

10
2.6 KEBERSIHAN RUANG KERJA

Kebersihan boleh dedifinisikan sebagai keadaan yang tidak kotor seperti mempunyai udara dan
air yang bersih (Marini.et.al.2006).Dalam konteks kebersihan di ruang kerja ini boleh
dilaksanakan secara dua peringkat iaitu mingguan dan harian.Pembersihan mingguan ini
dilakukan semingu sekali mana pembersihan harian perlu dilakukan setiap hari secara konsisten
dan berkala oleh pelajar, Antara contoh pembersihan mingguan ialah singki dalam bengkel
masakan perlu dibersihkan dengan span hijau.Bukan itu sahaja singki di dalam bengkel masakan
juga harus berdekatan dengan tingkap supaya tidak timbul bau yang tidak senonoh di dalam
bengkel masakan sekaligus boleh menjejaskan emosi MBPK.Guru MBPK juga perlu
membersihkan meja menggunakan kain pengelap setelah selesai digunakan serta menyusun
kerusi di tempat yang asal.Setiap alatan dan bahan perlu dibasuh dengan bersih menggunakan
agen pencuci pinggan dan span setelah digunakan setiap kali.Bagi menjamin kebersihan ruang
kerja dapur, barang yang telah dibasuh haruslah dikeringkan sebelum disimpan pada tempat
asal.MBPK juga harus menyediakan makanan dengan menggunakan sarung tangan serta
menukar sarung tangan setelah digunakan pada kali pertama.Di samping itu semasa
menyediakan makanan tidak sama sekali boleh membatuk, megorek hidung, atau merokok.Hal
ini demikian kerana ini boleh menjejaskan kesihatan rakan lain MBPK mungkin menghadapi
masalah seperti alahan, dan ciri birit setelah makan makanan tersebut. Bengkel masakan juga
harus menyapu oleh MBPK sekurang-kurangya seminggu sekali.Bagi aktiviti pembersihan
bengkel ini mereka harus mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan oleh guru pendidikan
khas.Bukan itu sahaja, MBPK juga perlu memakai apron, topi serta mengikat rambut dengan
kemas supaya rambut tidak jatuh di dalam penyediaan makanan demi memastikan makanan
yang disediakan adalah bersih.Murid MBPK juga perlu membuang sampah sekurang-kurangnya
seminggu sekali.Selanjutnya, MBPK juga perlu membersihkan peti sejuk bengkel masakan setiap
sebulan.Guru MBPK juga perlu menukar atau mencuci langsir bengkel masakan supaya tidak
menyebakan batu atau selesama kepada MBPK.

11
Sumber :

https://www.google.com/search?q=kebersihan++bengkel+masakan&tbm=isch&ved=2ahUKEwji
zMjpqcT6AhVmk9gFHTfGDPQQ2-

12
2.7 KESIMPULAN

Deduksinya, keselamatan dan kebersihan sesuatu bengkel termasuk bengkel jahitan, bengkel
masakan, bengkel penanaman amat penting kepada MBPK supaya tidak berlaku kemalangan
yang tidak diingini.Maka, menjadi tanggungjawab setiap guru pendidikan khas dalam menjaga
keselamatan MBPK di bengkel. Menurut Abdul Rahman Arshad (2008) yang menyatakan bahawa
kerajaan sentiasa berusaha melahirkan lepasan sekolah menengah yang bukan sahaja boleh
menghafal tetapi memiliki kuasa fikir, intelek, inovasi dan reka cipta bertepatan Falsafah
Pendidikan Negara serta mempunyai nilai moral yang tinggi.Pendedahan kepada aktiviti
kemahiran hidup ini juga wajar diteruskan oleh guru pendidikan khas kerana dengan adanya
aktiviti seperti ini perkembangan kendiri MBPK ini dapat ditingkatkan.Langkah keselamatan di
bengkel masakan ini juga secara tidak langsung akan menjadi amalan yang baik sehinggalah
mereka dapat dipraktikkan di rumah apabila menjadi seorang dewasa dan boleh teruskan
sepanjang hayat mereka.Akhir kata, Majulah Bidang Pendidikan Malaysia Bersama MBPK.

13
3.0 RUJUKAN

Abdul Rahman Arshad (2007). Pertahankan Kualiti Pendidikan. Dlm. Kuala Lumpur: Berita
Harian.

Alatan. (2005). In Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Marzuki Ismail (2007). Jati Diri Seorang Pelajar. Interaksi Dan Amalannya. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn Bhd.

Ibrahim Mamat (2001). Reka Bentuk dan Pengurusan Latihan: Konsep dan Amalan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jabatan Pendidikan Khas (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lindbeck R.J. (1986). General Industry And Technology. USA: Bennet and Mc Knight

Marini, Muryanti, Supriyadi, Gustaman Saragih. (2006). KEBERSIHAN DAN KESEHATAN.

Google Books. Retrieved September 27, 2022, from

https://books.google.com.my/books?id=qfuHAykYAS0C&pg=PP13&dq=kebersihan&hl=

en&sa=X&ved=2ahUKEwiN0sTD_bP6AhXZ9zgGHSg2AWsQ6AF6BAgIEAI#v=onepage

&q=kebersihan&f=false

Russel, D.R. (1980). Modern Safety And Health Technology. Colombus: Charles E. Merill Pub.
Com.

14
Woods, P.F. (1976). Fundamentals Of Welding Skills. London: The Mac Millan Press Ltd.

15
4.0 LAMPIRAN

Gambar di atas menunjukkan bengkel keselamatan yang lengkap dan sempurna yang sesuai
untuk murid berkeperluan pendidikan khas.

Gambar di atas menujukkan 4 elemen yang perlu diutamakan oleh seorang murid berkeperluan
pendidikan khas semasa menjalankan aktiviti di bengkel masakan.

16

Anda mungkin juga menyukai