Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKTIF

MINGGU 6

KETERLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM YANG


DILAKSANAKAN DI RUMAH (PDPR)

1. Isu Yang Difokuskan

Pada minggu ini, isu yang difokuskan adalah berkenaan dengan keterlibatan
murid dan tidak semua murid dapat menyertai kelas kokurikulum secara atas talian
yang diadakan pada minggu ini.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan

Masalah ini timbul kemungkinan faktor utama yang yang menyebabkan


perkara ini berlaku adalah kerana murid fokus kepada sesi pengajaran dan
pembelajaran kurikulum sahaja. Murid tidak menganggap bahawa aktiviti
kokurikulum juga penting untuk mereka. Besar kemungkinan juga murid mempunyai
kekangan tertentu seperti ibubapa tidak sempat menyediakan bahan-bahan yang
diperlukan untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas)

Hal ini juga berkait rapat dengan pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang tidak
sempat diadakan disekolah kerana mematuhi SOP yang disediakan oleh pihak majlis
keselamatan negara (MKN).

4. Cadangan Tindakan Susulan

Saya akan cuba untuk mengenal pasti faktor kekurangan penyertaan aktiviti
kokurikulum pada masa akan datang. Saya juga akan cuba membina satu inisiatif
untuk menarik minat murid menyertai aktiviti kokurikulum.
5. Tempoh Masa dan Tindakan Susulan

Dalam tempoh masa 1 minggu, saya akan cuba membina poster dan
mengiklankannya kepada murid-murid melalui WhatsApp group kelas. Saya juga
akan menyediakan hadiah bagi murid yang menyertai aktiviti kokurikulum sebagai
tanda penghargaan kepada murid-murid.

6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Mengenal pasti faktor murid tidak menyertai adalah langkah yang baik
disamping dapat mengetahui punca sebenar mereka tidak dapat menyertai aktiviti
kokurikulum murid tersebut dan ini juga akan mengurangkan masalah murid yang
tidak menyertai aktiviti kokurikulum.

7. Kesimpulan / Refleksi dan Halangan (jika ada)

Langkah yang dicadangkan bagi mengatasi masalah ini dapat memberi kesan
proaktif dan positif dalam kalangan murd dan juga guru serta ibubapa. Ia akan memberi
kesan yang baik seperti murid dapat belajar aktiviti diluar bilik darjah melalui
pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan aktiviti kokurikulum juga adalah berkait rapat
dengan tahap akademik dan sahsiah murid di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai