Anda di halaman 1dari 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

________________________________________________________________

HBML3303 : PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK SEMESTER SEPTEMBER 2010 TUTOR EN. MOHD HANIF B. MAT NOR Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan Besut, Terengganu DISEDIAKAN AHMAD ZAWAWI BIN IBRAHIM @ MUDA NO. MATRIK 720211115031002

NO. TELEFON 013-9833827 TARIKH


13 NOVEMBER 2010

BIODATA PELAJAR

NAMA

: AHMAD ZAWAWI B. IBRAHIM @ MUDA

NO. FAIL JPN : ( D 38509 ) NO. KP : (BARU)720211-11-5031 (LAMA) A 2101582

NO. MATRIK : 720211115031002 AMBILAN MAJOR MINOR SEKOLAH : SEPTEMBER 2008 : BAHASA MELAYU : 1. BAHASA INGGERIS 2. PENDIDIKAN KESIHATAN : SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PERMAI, 18300 GUA MUSANG, KELANTAN.

ALAMAT RUMAH : LOT 2730, DESA REBANA, 18500 MACHANG, KELANTAN NO. TELEFON : 013-9833827

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor, En. Mohd Hanif b. Mat Nor di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan rakan seperjuangan yang turut sama menyumbang idea bagi menyiapkan tugasan yang diberi. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.

ISI KANDUNGAN ---------------------------------------------------------------------------------------------------------Halaman BIODATA PELAJAR PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN Soalan 1 1.0 Pendahuluan 2.0 Bahasa Kedua yang dipelajari 3.0 Kaedah Kajian yang dipilih 4.0 Masalah yang dikesan dalam pembelajaran bahasa kedua 5.0 Cadangan langkah mengatasi masalah 6.0 Kesimpulan Soalan 2 1.0 Pendahuluan 2.0 Peristiwa Bahasa 3.0 Faktor yang mewujudkan salah tafsiran dalam peritiwa bahasa 4.0 Kesimpulan Bibliografi Lampiran i 1 4 5 7 9 10 12 14 16

SOALAN 1 : (PSIKOLINGUISTIK) Sering kali wujud kesukaran untuk mempelajari bahasa kedua. Kesukaran ini dipengaruhi oleh beberapa sebab antaranya faktor ekstralinguistik (Noor Aina Dani: 2008). Berasaskan pernyataan tersebut, hasilkan SATU laporan tentang kajian terhadap individu atau sekumpulan pelajar yang mempelajari bahasa kedua. Kajian tersebut dilakukan sama ada melalui kaedah tinjauan, pemerhatian atau kajian kes terhadap masalah pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan responden yang dipilih. Laporan kajian yang dibuat perlu mengandungi maklumat yang berikut: (a) (b) (c) (d) (e) Bahasa kedua yang dipelajari. Huraian tentang kaedah kajian yang digunakan (contoh pemerhatian/ kajian kes/ tinjauan) Masalah yang dikesan dalam pembelajaran bahasa kedua yang dikaji Cadangan langkah berdasarkan pengetahuan psikolinguistik. Rumusan/ kesimpulan

1 1.0 PENDAHULUAN

Kita telah mengatakan bahawa pemerolehan bahasa ibu itu berlaku di kalangan kanak-kanak secara tidak formal, yakni tidak perlu diajar. Bahasa kedua pula terpaksa dipelajari dan hanya berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Bukan itu sahaja yang berlaku. Kita mesti mempunyai dorongan dan sikap yang sihat untuk dapat belajar dengan berkesan. Dorongan dan sikap yang sihat ini menjadi faktor sosial dan budaya. Di sini kita tumpukan pula perhatian kita kepada pembelajaran bahasa sebagai bahasa kedua. Ini mungkin memberi kita pengetahuan mengenai masalah penting dan sukar diatasi di negara ini. Misalnya, pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama kepada anak-anak Melayu mungkin tidak menimbulkan masalah besar. Tetapi, pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua kepada kaum lain yang tinggal di Malaysia ini, masih belum menghasilkan kejayaan yang dijangka. Kita tidak perlu membuat kajian yang mendalam. Sekali imbas kita dapat melihat bahawa kaum asli ini tidak dapat mempelajari bahasa Melayu dengan baik. Dengan kaedah, bahan, guru dan masa yang diberi, maka sebenarnya sangat aneh kenapa orang asli tidak cepat, bahkan tidak dapat mempelajari bahasa Melayu dengan fasih. Walau bagaimanapun, mungkin ada masalah guru kerana di mana-mana terdapat kekurangan guru bahasa Melayu. Juga, ada guru bukan Melayu yang masih belum fasih atau baik pencapaian bahasanya, ditugaskan mengajar bahasa Melayu. Mungkin salah satu dari masalah yang besar ialah, bahasa Melayu yang diajar itu amat formal dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang digunakan hari-hari, sehingga murid-murid terpaksa memperlajari suatu dialek yang berlainan yang tidak boleh mereka tuturkan di luar kelas. Masalah ini dihadapi oleh kedua-dua murid Melayu atau bukan Melayu. Dengan kata lain, bahasa yang diajar itu tidak mengambil kira lingkungan kebudayaannya di mana ia dituturkan. Pengajaran dan pembelajaran mana-mana bahasa kedua itu, hendaklah dilakukan dalam konteks kebudayaan dan sosial yang hidup, iaitu perlulah diajar bahasa yang dipertuturkan hari-hari.

Dengan itu maka dapatlah dikatakan yang pembelajaran bahasa Melayu di Malaysia oleh kaum bukan Melayu itu hendaklah dengan menggunakan dialek yang betul-betul dituturkan supaya mereka dapat menggunakannya di luar kelas. Apa yang diajar di sekolah itu jarang benar dapat digunakan di luar kelas tanpa merasa janggal. Selalunya bahasa yang diajar berbentuk bahasa persuratan dan ia tidak dipakai dalam perbualan hari-hari, walaupun oleh orang Melayu sendiri. Persekitaran bahasa memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa kedua seseorang murid. Keadaan sedemikian dialami juga oleh murid-murid asli. Persekitaran bahasa murid-murid tersebut masih didominasi oleh bahasa ibunda mereka. Bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa harian terutama dalam berkomunikasi dengan individu atau kelompok daripada suku yang sama. Keamatan penggunaan bahasa ibunda ini tidak hanya berlaku di luar sekolah. Pada masa pelajaran bahasa Melayu sedang diajar oleh guru, penggunaan bahasa ibunda masih berleluasa (Farid M.Onn dan Ajid Che Kob, 1981). Hal demikian terjadi kerana persepsi mereka tentang linguistik bahasa asli telah mantap dalam sistem kognitif mereka. Persepsi murid tentang aspek semantik, leksikal dan idiom bahasa ibunda mempengaruhi unsur-unsur linguistik dalam bahasa kedua (Kellerman, 1978; Thomson dan Kuafman, 1990). Akibatnya daripadanya, apabila murid-murid menggunakan bahasa Melayu akan berlaku kesalahan ke atas kosa kata bahasa Melayu tersebut (Alias Shamsuddin, 1969; Abdul Hamid Mahmood, 1990).

2.0 Bahasa Kedua Yang Dipelajari DEFINISI BAHASA KEDUA Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) maksud bahasa kedua adalah bahasa yang kedua dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh. Bahasa kedua ini adalah bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu. *Bahasa yg (sering) digunakan selain bahasa ibunda, bahasa asing yg diketahui atau dapat digunakan oleh seseorang; DBP 3.0 Kaedah kajian yang dipilih Kaedah kajian yang dipilih adalah tinjauan atau biasa disebut kajian survey. Ia merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial. Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Marican, 2006). Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi. Bagi menjalankan kajian tinjauan ini, saya menggunakan kaedah temu bual bersemuka dan berstruktur bagi mendapatkan maklumat. Beberapa aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual ialah menentukan jenis temu bual dalam kajian; rancangan temu bual; stail, kandungan dan susunan soalan temu bual; ciri-ciri soalan temu bual yang baik; aras bahasa dalam temu bual; penyusunan soalan temu bual dan tempoh sesi temu bual (Chua, 2006). Kesemua aspek di atas perlu diambil perhatian ketika menyediakan item temu bual. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian. 4

Beberapa kaedah temu bual boleh digunakan iaitu temu bual bersemuka, temu bual tidak bersemuka dan temu bual bantuan komputer. Terdapat 10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik iaitu tidak mulakan sesi temu bual yang dingin, sentiasa sedar tentang tujuan temu bual, soalan ditanya secara semula jadi, soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat, berwatak sebagai pendengar yang baik, pakaian dan penampilan yang sesuai, tempat yang selesa, menghormati responden, berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan dan menghargai responden. 4.0 Masalah Yang Dikesan Dalam Pembelajaran Bahasa Kedua Menghuraikan masalah pembelajaran bahasa kedua, Abdullah Hassan (1980) menjelaskan : Mungkin salah satu masalah yang besar ialah bahasa Melayu yang diajar itu amat formal dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang digunakan hari-hari, sehingga murid-murid terpaksa mempelajari suatu dialek yang berlainan yang tidak boleh mereka tuturkan di luar kelas. Setelah melakukan tinjauan terhadap responden, terdapat beberapa bahawa ada beberapa faktor ekstralinguistik yang dikesan dalam pembelajaran bahasa kedua, antaranya : a. Motivasi b. Keupayaan c. Sikap d. Peluang e. Lingkungan sosial a. Motivasi

Motivasi timbul dari tujuan kenapa seseorang itu ingin mempelajari bahasa kedua. Kalau ada tujuannya maka lahirlah motif yang mendorongnya. Di kalangan masyarakat orang asli, mereka tidak mempunyai motif tinggi untuk belajar bahasa Melayu kerana ianya

bukan bahasa yang menjadi keperluan bagi mereka untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak mempunyai tujuan yang tertentu untuk mempelajari bahasa Melayu. Inilah yang berlaku kepada responden apabila ditanya tujuannya belajar Bahasa Melayu adalah semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan di samping tidak mempunyai cita-cita yang tinggi pada masa hadapan. b. Keupayaan

Mungkin pernah kita mendengar bahawa ada orang yang pandai bertutur banyak bahasa. Begitu juga sebaliknya, ada orang yang tidak berjaya mempelajari bahasa lain walaupun diberi pengajaran yang rapi. Ini bermakna ada orang yang mempunyai keupayaan dalam mempelajari bahasa dan ada orang yang tidak. Keupayaan ini berhubung rapat dengan kecerdasan otak seseorang itu. Ada orang yang telah dengan sendirinya mempunyai kecerdasan otak dan berkeupayaan tinggi dalam mempelajari bahasa dan ada yang tidak mampu. Seperti yang kita maklum, kebanyakan masyarakat asli tidak memgamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Responden apabila ditanya hanya menyatakan makanan hariannya adalah ubi dan nasi sahaja disebabkan faktor kemiskinan. Walau bagaimanapun, seseorang itu berkeupayaan mempelajari bahasa apa pun. Tetapi peringkat kejayaannya tentulah berlainan. c. Sikap

Selalunya motif dan keupayaan ini dibantu dengan sikap dalam mempelajari sesuatu bahasa itu. Mereka yang merasa bahawa sesuatu bahasa lain itu penting dan mereka mesti mempelajarinya akan mempunyai sikap yang sihat dalam mempelajari bahasa tersebut. Dalam sikap ini kita dapat melihat dari segi psikologi sama ada seseorang itu merasa bahawa pembelajaran bahasa itu akan mendatangkan faedah kepadanya, serta tidak mengancam kedudukan atau identitinya.

d.

Peluang

Kadang- kadang ketiadaan guru, buku teks, masa dan peralatan yang sempurna akan menghalang pembelajaran bahasa tersebut. Jadi untuk menjayakan pembelajaran bahasa itu maka perlulah adanya peluang untuk belajar, baik dari dalam mahupun dari luar kelas. e. Lingkungan Sosial

Lingkungan di mana pelajar itu tinggal, dalam bentuk masyarakat dan individu dan suasana politik tentu sekali akan dapat juga membantu pencapaian dalam mempelajari bahasa. Misalnya, masyarakat yang bersimpati tentu akan membantu mendorong seseorang itu belajar. Di dalam komuniti asli, perkara ini tidak berlaku, menyebabkan terhalangnya perkembangan bahasa Melayu di kalangan mereka. Kalaupun mereka bersimpati, mungkin lingkungan keluarga akan menghalangnya. Kalau ada individu yang tidak bersimpati dengan pembelajaran bahasa Melayu, maka anak yang balik dari sekolah harus tidak dapat dorongan di dalam keluarga. Mungkin ini kadang-kadang berlaku dengan tidak disedari.

5.0

Cadangan Langkah Mengatasi Masalah Dengan kaedah, bahan, guru, dan masa yang diberikan maka adalah aneh

mengapa orang bukan Melayu tidak cepat, dan tidak fasih menguasai bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun, mungkin soal guru itu masih menjadi masalah, kerana di manamana terdapat kekurangan guru bahasa Malaysia. Juga ada guru bukan Melayu yang masih belum fasih atau baik penguasaan bahasanya ditugaskan mengajarkan bahasa Malaysia. Mungkin masalah yang paling besar ialah, bahasa Malaysia yang diajarkan itu adalah formal, dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang digunakan sehari-hari, sehingga para pelajar terpaksa mempelajari suatu dialek yang berlainan yang tidak boleh mereka praktiskan di luar bilik darjah. Masalah itu dihadapi 7

baik oleh pelajar Melayu atau bukan Melayu. Dengan kata lain, bahasa itu diajarkan dalam suatu ruang yang vakum, dan tidak ada lingkungan budayanya. Oleh hal yang demikian dapatlah kita perhatikan bahawa perkara yang penting sekali dalam hal pembelajaran bahasa itu ialah latihan. Walau bagaimanapun, haruslah diketahui bahawa latihan hanyalah merupakan satu bahagian sahaja daripada seluruh proses menjadi dwibahasa. Latihan yang demikian mencakupi latihan mendengar, pendedahan kepada penggunaan bahasa itu, berfikir, bertutur, sama ada dengan menggunakan bahan yang dibentuk secara tersusun atau rambang. Tidaklah dapat dipercayai bahawa sebarang bahasa dapat dipelajari tanpa latihan. Ini tidaklah pula bermakna bahawa latihan itu sahaja yang penting, kerana sebenarnya ada unsur-unsur lain yang terlibat. Latihan akan membentuk tabiat. Walau bagaimanapun, tabiat juga dapat terbentuk tanpa latihan, lebih-lebih lagi dalam kes pembelajaran bahasa kedua. Pelajar mungkin dapat dibimbing menggunakan latihan dengan lebih berkesan. Antara cadangan lain mengatasi masalah ini adalah : Pengetahuan yang terperinci dan menyeluruh tentang bahasa yang diajarkan itu mestilah sudah wujud, iaitu tentang sifat-sifatnya, tatabahasanya, dan segala macam ciri bahasa itu perlulah diberi pertimbangan. Perbezaan sifat-sifat bahasa itu dengan bahasa kandung si pelajar hendaklah dijelaskan selengkap-lengkapnya. Rancangan itu juga harus disampaikan melalui kaedah yang berkesan. Guru yang mengajarkannya mestilah berkebolehan dan terlatih. Pengajaran dan pembelajaran perlu berlaku dalam konteks budaya bahasa yang diajarkan, dan bukan dalam keadaan budaya kosong.

Rancangan itu juga hendaklah disesuaikan dengan segala macam kemungkinan perkembangan, mengikut latar belakang pelajar, iaitu rancangan tersebut hendaklah hidup dan anjal untuk diterima oleh pelajar-pelajar yang mempunyai latar belakang dan perbezaan perseorangan yang pelbagai itu.

Pengajaran dan pembelajaran itu berlaku dalam masyarakat yang penuh simpati dan menggalakkan, pendek kata tidak ada halangan dari segi sosial untuk belajar, pendedahan kepada bahasa itu mudah berlaku.

6.0

Kesimpulan Dalam kajian di atas jelas bahawa faktor ekstralinguitik banyak mempengaruhi

kemampuan seseorang untuk mempelajari bahasa kedua. Tegasnya ada perbezaan yang besar antara memperolehi bahasa pertama dan mempelajari bahasa kedua. Bahasa pertama dikuasai secara tidak formal. Ia tidak perlu diajar dan kanak-kanak pandai tanpa pembelajaran. Kanak-kanak hanya perlu didedahkan kepada bahasa dan mereka akan pandai dengan sendirinya. Manakala bahasa kedua pula memerlukan pelajar memepelajarinya secara khusus berpandukan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

SOALAN 2 : (SEMANTIK) Semantik merupakan kajian tentang makna. Sering kali wujud kepelbagaian tanggapan kesan daripada penggunaan bahasa yang berbeza. Perbezaan tafsiran (Ahmad Mahmood Musanif: 2009). ini menyebabkan wujudnya pelbagai reaksi sama ada bersifat positif mahupun negatif.

Berasaskan pernyataan tersebut, kenal pasti peristiwa bahasa yang mewujudkan salah tafsiran dalam pelbagai bentuk antaranya intonasi, kata mahupun ayat. Berdasarkan peristiwa bahasa yang anda pilih, bincangkan faktor yang mempengaruhi wujudnya salah tafsiran dalam sesuatu peristiwa bahasa.

1.0 Pendahuluan Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting". Selalunya terdapat perbezaan antara "semantik" dengan "sintaksis". Dalam keadaan tersebut, "semantiks" merujuk kepada makna perkataan manakala "sintaksis" merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya (contoh, secara bertulis ataupun bertutur). Semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Semantik merupakan bidang studi linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994). Kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. (Kamus Dewan, 1997: 1228)

10

Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu. Peristiwa bahasa khususnya merujuk kepada kejadian komunikasi yang menggunakan bahasa lisan, misalnya antara lain merupakan perbualan antara kawan atau antara rakan sepejabat, temuduga, wawancara, perbahasan dalam mesyuarat, perundingan dan sebagainya.

11

2.0 Peristiwa Bahasa Yang Mewujudkan Salah Tafsiran Dialog 1 Tiga orang bakal pelanggan, dua orang lelaki dan seorang wanita masuk ke sebuah restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur, (Disember 1991). Jelas mereka itu ahli profesional. Pelayan datang meminta pesanan. Pelayan: Encik nak makan apa? Lelaki 1: Nasi beriayani dengan ayam. Pelayan: Minum? Lelaki 1: Jus oren. Pelayan: Encik nak makan apa? (kepada lelaki 2) Lelaki 2: Nasi beriayani dengan daging? Pelayan: Minum? Lelaki 2: Air suam.

Setelah pelayan beredar kepada lelaki kedua dan mendapat pesanan yang sama. Dia terus pergi kepada wanita pula. Pelayan: Mak Cik nak makan apa? Wanita: Siapa Mak Cik? Pelayan: Oh! Kakak! Wanita: Saya bukan Kakak kamu ... Pelayan: Saya sudah panggil Mak Cik apa? Habis nak panggil apa? Wanita: Saya bukan Mak Cik Encik, saya bukan Kakak Encik. Hormatilah pelanggan Encik ...

12

Pelayan: Bila saya tak hormat! Saya dah panggil Mak Cik! Saya dah panggil Kakak. Nak panggil apa lagi! Kita pun ada budi bahasa ...

Dialog 2 (Bandung Ogos 1996) Pemandu pelancong: Pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik sekelian. Pertma-tama saya mengucapkan selamat datang kepada pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik sekelian..... Pelancong Malaysia: Tolong tegur pemandu kita itu, kita bukan pak cik dan mak cik. Pelancong Malaysia: Saudara pemandu pelancong, tolong panggil kami ini Tuan-tuan dan Puan-puan. Pemandu pelancong: Kenapa? Ada orang Malaysia yang meminta kami memanggil mereka begitu. Pelancong Malaysia: Boleh dipanggil Pak cik dan Mak cik, tetapi kalau betul-betul Bibik dan Paman anda, atau pun kepada orang sudah 30 tahun lebih tua daripada anda, dan tidak berpelajaran dari kampungkampung! Pemandu pelancong: Maaf, ...

Dialog 3 Dalam cuti sekolah pada 27 Mei 1995, sekumpulan guru berkereta tiba di Kuala Perlis bagi menaiki feri ke Kuah. Mereka mencari tempat letak kereta. Penjaga kereta: Abang boleh hantak sana ... Guru: Encik bercakap dengan siapa? Penjaga kereta: Dengan Abanglah. Guru: Panggillah saya Encik sahaja, bukan Abang, sebab kita tidak bersaudara. Penjaga kereta: Elleh! orang kereta lagi besak tak pernah kata apa pun.

13

3.0 Faktor Yang Mewujudkan Salah Tafsiran Dalam Peristiwa Bahasa Dialog 1 Pelayan restoran menggunakan bentuk panggilan keluarga di dalam konteks rasmi, iaitu transaksi perniagaan. Khidmat dalam restoran, sama ada besar atau kecil adalah transaksi perniagaa. Pelanggan mesti dihormati. Bentuk panggilan Mak Cik dan Kakak menyatakan mesra dalam hubungan kekeluargaan. Di restoran suasananya adalah konteks perniagaan. Hubungan pelayan dengan tetamu adalah hubungan perniagaan, pelanggan mesti dihormati, tidak dimesrai. Tatabahasa sosial yang dilanggar ialah: 1. Apabila pelayan melawan pelanggan, jelaslah bahawa dia adalah orang yang tidak berbudi bahasa. Orang berbudi bahasa akan meminta maaf dan memanggil Puan. Apabila dia menggunakan bentuk panggilan Tuan kepada lelaki, tidak mungkin dia tidak tahu bentuk panggilan Puan. 2. Pelayan menyangka panggilan Kakak dan Mak Cik itu hormat, ataupun dia mungkin menganggap wanita tidak perlu dihormati. 3. Pelayan tidak tahu membezakan konteks rasmi dan tidak rasmi. Konteks jual beli, adalah konteks rasmi. Bahasa dalam konteks rasmi hendaklah juga rasmi. 4. Pelanggan mahu dihormati, bukan dimesrai atau dikeluargai oleh orang yang tidak dikenali. Pelanggan perlu dihormati dalam konteks perniagaan, sama ada perniagaan kecil atau besar. Panggilan Pak Cik, dan Mak Cik, bukanlah panggilan hormat. Menggunakan panggilan mesra dalam konteks ini sebenarnya adalah tidak sopan. Malah memanggil wanita muda sebagai Mak Cik dalam konteks bandar biadab. 5. Dalam masyarakat kampung, Kakak dan Abang adalah panggilan kepada orang yang lebih tua. 6. Begitu juga panggilan Pak Cik dan Mak Cik adalah untuk orang yang lebih tua daripada orang yang bercakap. Pelayan berkenaan tidaklah jauh lebih muda daripada pelanggan wanita dalam konteks ini.

14

7. Bentuk panggilan hormat ialah Tuan, Encik, Cik kepada pelanggan lelaki, dan Puan, Cik Puan dan Cik kepada pelanggan wanita. Dialog 2 Tentulah ada orang Malaysia yang mengajar pemandu pelancong Indonesia menggunakan bentuk panggilan Pak Cik dan Mak Cik memikirkan itulah panggilan hormat. Ternyata masyarakat Melayu sendiri tidak memahami budaya panggilan hormat bahasa sendiri. Pada hal bentuk panggilan Bapak dan Ibu yang digunakan oleh orang Indonesia itu jelas menunjukkan sistem budaya yang menghormati orang. Sistem itu jelas membezakan antara budaya hormat dan mesra. Tatabahasa sosial yang dilanggar ialah: 1. Pemandu pelancong Indonesia memanggil pelancong Malaysia Pak Cik dan Mak Cik tidak mengetahui perbezaan anatara panggilan hormat dan panggilan mesra. Panggilan mesra kepada orang yang tidak dikenali adalah tidak sopan. Pelancong hanya boleh dipanggil Tuan-tuan dan Puan-puan. Dialog 3 Adalah mustahil pemuda yang menjaga kereta itu betul-betul yakin bahawa panggilan Abang itu ialah bentuk yang sopan bagi memanggil orang. Dalam konteks perniagaan, panggilan yang dikehendaki ialah panggilan yang sopan atau berbudi bahasa. Panggilan Abang adalah panggilan mesra dengan ahli keluarga atau kenalan sekampung. Panggilan Abang adalah sama sahaja tarafnya dengan panggilan Kakak dan Mak Cik, di atas tadi. Semuanya mengakibatkan pelanggan merasa direndahkan. Salah faham seperti in juga sering menjadi salah faham orang di bandar yang rata-rata menggunakan bentuk panggilan kampung di dalam konteks rasmi. Memang bentuk panggilan ini digunakan dalam bahasa basahan di antara ahli masyarakat di kedai-kedai, stesen bas, pejabat pos dll. Tetapi, dalam konteks yang rasmi, bentuk panggilan Kakak, Abang, Pak Cik, dan Mak Cik, tidak boleh digunakan.

15

4.0 Kesimpulan Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting kerana kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak dari segi ilmu semantik. Penggunaan perkataan yang betul dan tepat maknanya amat penting dalam konteks perbualan seharian. Penggunaan perkataan yang salah dan tidak kena pada tempatnya boleh menimbulkan salah tafsiran antara dua pihak yang berkomunikasi menyebabkan apa yang ingin disampaikan tidak sampai kepada matlamatnya.

16

RUJUKAN

Adnan Ayob, S.Nathesan (2010). Psikolinguistik dan Semantik. Open University Malaysia: Kuala Lumpur. Clement,R.,Major,L.J.,Gardner,R.C., and Smythe, P.C.(1977) Attitudes and Motivation in Second Language Acquisition, London: Longman. Bialystok,E. and Frohlich, M.(1977) Aspects of Second Language Learning in Classroom Settings. Working Papers on Bilingualism, No. 13. The Ontario Institute for Studies in Education. Noor Aina Dani. (2007). Pengantar Psikolinguistik Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. S.Nathesan. (2001). Semantik dalam Bahasa Melayu: Komprehensif. dalam Dewan Bahasa, 1(9), 21-28 Farid, M.Onn., and Ajid Che Kob (1981) Pengaruh Bahasa Daerah dalam Proses Pembelajaran Bahasa Malaysia di Kalangan Pelajar-pelajar Melayu, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Norainah Dani (1993) Pengaruh Bahasa Ibunda Dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar-pelajar Dusun, Penulisan Ilmiah Master Sains, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang. http://semanggol.com/index.php? option=com_content&view=article&id=424:13Satu Pandangan

menggunakan-panggilan-mesra-sebagai-panggilanhormat&catid=36:tataberbahasa&Itemid=77 17

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai