Anda di halaman 1dari 8

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 38-45, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Hubungan antara Penglibatan Aktiviti Fizikal dengan Tahap


Kecergasan Fizikal Semasa Pandemik COVID-19 dalam
kalangan Pelajar Kolej Profesional MARA
(Relationship between Physical Activity Participation and Physical
Fitness Level During COVID-19 Pandemic among Students of Kolej
Profesional MARA)
Sabahriah Yusof1*, Mohd Radzani Abdul Razak1, Erwan Ismail1
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor.

*Pengarang Koresponden: sabahriahyusof@gmail.com

Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Penglibatan aktiviti fizikal yang sistematik dan secara berterusan memberikan
banyak manfaat ke atas kecergasan fizikal dan kesihatan. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengkaji hubungan antara penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap kecergasan fizikal semasa
pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar Kolej Profesional MARA (KPM). Populasi
kajian adalah terdiri daripada pelajar KPM di 6 buah KPM di Malaysia. Kaedah penentuan
sampel adalah menggunakan jadual penentuan sampel Krecjie dan Morgan (1970) dan
menggunakan kaedah pensampelan berstrata. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini
adalah borang soal selidik Physical Activity and Lifestyle Questionnaire (PAL-Q) dan
penilaian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. Dapatan menunjukkan bahawa 190
orang adalah lelaki dan 316 orang adalah perempuan. Dapatan berkaitan dengan aktiviti
fizikal menunjukkan bahawa min aktiviti TPA pelajar adalah 2,023.93 minit/minggu dengan
penggunaan tenaga 374.77 kcal/minggu dan diklasifikasikan tidak aktif iaitu 88.7%
berbanding 11.3% yang aktif. Bagi aktiviti MPA, min masa penglibatan adalah 1,666.19
minit/minggu. Min masa penglibatan aktiviti VPA adalah 357.75 minit/minggu. Bagi tahap
kecergasan fizikal, dapatan menunjukkan tahap kecergasan fizikal tertinggi bagi ujian naik
turun bangku 3 minit (NTB3M) adalah sederhana atas (19.8%), VO2max adalah cemerlang
(39.1%), genggaman tangan (GT) adalah sangat tidak cergas (24.3%), lompatan jauh berdiri
(LJB) adalah sangat tidak cergas (70.2%), dan fleksibiliti adalah sangat cergas (65.4%).
Aktiviti TPA mempunyai hubungan yang sangat lemah yang signifikan antara NTB3M (r =
0.132; p = 0.003), VO2max (r = 0.129; p = 0.004), dan LJB (r = 0.173; p = 0.0001).
Penglibatan aktiviti fizikal mempunyai hubungan dengan tahap kecergasan fizikal. Oleh itu,
pelajar haruslah melakukan aktiviti fizikal secara sistematik dan berterusan untuk
mengekalkan dan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan fizikal.

Kata kunci: hubungan, aktiviti fizikal, kecergasan fizikal, pelajar Kolej Profesional MARA

Abstract: Participation in systematic and continuous physical activities will result in many
benefits in terms of physical fitness and good physical condition. The objective of this research
is to study the relationship between participation in physical activity with physical fitness level
during COVID-19 pandemic among students of MARA Professional College (KPM). The
research population consisting of students from 6 KPM colleges in Malaysia. The samples was
chosen using the method of determining sample size developed by Krejcie and Morgan (1970)
and was using the stratified sampling method. This research was utilizing the Physical Activity

38
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 38-45, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

and Lifestyle Questionnaire (PAL-Q) and physical fitness assessment based on health as
research instruments. The result of this research, based on samples of 190 males and 316
female students, shows the mean for TPA is 2,023.93 minutes/week with energy consumption
of 374.77 kcal/week. It is classified as inactive with frequency of 88.7% compared to 11.3% of
active students. For MPA, the mean for participating time is 1,666.19 minutes/week while the
mean for VPA is 357.75 minutes/week. For physical fitness level, the finding shows the highest
level of physical fitness in 3-minute step up exercise (3MSU) is moderate at 19.8%, VO2max
is excellent (39.1%), hand grip (HG) is very unfit (24.3%) standing long jump (SLJ) is also
very unfit (70.2%) while flexibility is very fit (65.4%). TPA shows a very weak significant
relationship with 3MSU (r = 0.132; p = 0.003), VO2max (r = 0.129; p = 0.004, and SLJ (r =
0.173; p = 0.0001). Overall, this research shows significant relationship between participation
in physical activity with physical fitness level. Therefore, students are encouraged to
systematically and continuously perform physical activities to maintain and improve the level
of physical fitness and health.

Keywords: relationship, physical activity, physical fitness, MARA Professional College


students
_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Aktiviti fizikal merupakan satu elemen yang amat penting dari segi kesihatan dan kualiti hidup.
Aktiviti fizikal juga merupakan semua pergerakan tubuh badan yang menggunakan tenaga.
Antara pergerakan badan tersebut adalah seperti duduk, bangun, berjalan, melompat, mendaki
dan lain-lain aktiviti rekreasi. Penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal dalam masa senggang
akan melahirkan pelajar yang sihat dan cergas. Paffenbarger, Hyde & Ann Dow (1991) dalam
kajiannya menjelaskan bahawa penglibatan aktiviti fizikal pada masa senggang bukan sahaja
menyumbang kepada keseronokan dan kepuasan, malah juga kesihatan dan kecergasan fizikal.
Kajian yang dijalankan oleh Lim Khing Chiu, Khor Poy & Radliyana Radzuwan (2015) telah
menyatakan bahawa pelajar-pelajar mempercayai aktiviti fizikal mempunyai kesan positif
terhadap kecergasan fizikal, kecerdasan minda dan kesejahteraan sosial dan sekaligus
meningkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal dan sukan.

Selain itu, Davis (1991) menjelaskan bahawa dalam konteks sukan kecergasan fizikal ialah
kaupayaan seseorang individu untuk memenuhi pelbagai keperluan fizikal dan fisiologi dalam
melakukan aktiviti sukan tanpa menyebabkan keadaan keletihan yang keterlaluan. Kecergasan
fizikal merupakan aspek yang penting bagi setiap individu. Oleh demikian, mereka yang
mempunyai kecergasan fizikal yang baik boleh menerima cabaran dalam menempuhi aktiviti
fizikal seharian. Namun sebaliknya jika mereka yang mempunyai kemampuan fizikal yang
rendah akan merasa terbatas jika melakukan sebarang aktiviti fizikal kerana mereka akan
mudah berasa letih dan lesu.

Pada akhir tahun 2019, dunia telah dikejutkan dengan wabak penyakit yang dikenali sebagai
Coronavirus atau COVID-19. Wabak COVID-19 ini telah merebak ke banyak Negara dan
krisis ini menyebabkan banyak Negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Situasi ini juga telah menyebabkan penutupan sementara semua institusi pendidikan bagi
mengelakkan penularan COVID-19. Namun demikian, jika difikir secara positif, PKP ini boleh
diambil sebagai satu peluang untuk masyarakat belajar dan memahami kepentingan amalan
aktivti fizikal yang dapat dijadikan amalan gaya hidup sihat.

39
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 38-45, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Oleh demikian, penglibatan aktiviti fizikal dan tahap kecergasan fizikal pelajar semasa situasi
pandemik COVID-19 amat dititikberatkan. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk
mengkaji perkaitan antara penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap kecergasan fizikal semasa
pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar Kolej Profesional MARA. Objektif kajian bagi
mencapai tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara aktiviti fizikal dan
kecergasan fizikal berlandaskan penglibatan dan tahap kecergasan dalam kalangan pelajar
Kolej Profesional MARA. Kajian ini dapat membantu pihak kolej untuk memantau dan
merangka program aktiviti fizikal dan tahap kecergasan fizikal pelajar Kolej Profesional
MARA semasa pandemik COVID-19.

2. Ulasan Kajian Lepas

Penglibatan Aktiviti Fizikal


Penglibatan aktiviti fizikal amat penting dalam membentuk amalan gaya hidup yang sihat.
Masa terluang jika diisi dengan penglibatan dalam aktiviti fizikal secara terancang atau tidak
terancang menjadi peranan sebagai pemangkin pembangunan pelajar secara holistik. Pelbagai
kajian sama ada di dalam atau luar negara yang telah dilaksanakan berkaitan dengan
penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal pada waktu senggang. Kajian terdahulu telah
menunjukkan pengamalan gaya hidup kurang aktif seperti sedentari di sebahagian besar pelajar
tiga IPT. Ini bertepatan dengan kajian yang telah dilaksanakan olej Rubiah Ismail (1993)
menyatakan bahawa situasi ini menunjukkan pelajar IPT kurang bergiat dalam aktiviti fizikal
sehingga tahap kecergasan fizikal mereka berada pada tahap rendah. Waktu senggang pelajar
lebih banyak bertumpu kepada aktiviti yang berbentuk huburan seperti bermain gajet,
menonton televisyen dan di samping aktiviti membaca.

Juhaizad Abdul Jalil & Mohd Radzani Abdul Razak (2020) berpendapat bahawa kesihatan
tubuh badan amat dititikberatkan dengan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Oleh demikian,
dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti fizikal dapat membantu meningkatkan
kesihatan tubuh badan serta membantu memperbaiki hubungan sosial sesama individu. Selain
itu, kajian yang dijalankan oleh Syed Lamsah, Mohd Imran & Sreena Hanim (2018)
menyatakan bahawa para pelajar yang mempunyai waktu terluang dan berminat menjalankan
aktiviti fizikal dan kesukanan. Hal ini juga memberi kesedaran kepada mereka bahawa aktiviti
fizikal dan bersukan penting dan membawa banyak faedah.

Tahap Kecergasan Fizikal


Kecergasan fizikal merupakan kebolehan tubuh badan untuk berfungsi dengan baik dan efektif.
Selain itu ianya mampu untuk menikmati masa senggang untuk sihat, bertindak balas ketika
keadaan kecemasan dan menghindari penyakit. Tahap kecergasan fizikal berkait rapat dengan
aktiviti fizikal seseorang. Clarke (1979) mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai keupayaan
untuk melakukan sebarang aktiviti harian dengan cekap dan cergas. Di samping mempunyai
tenaga yang mencukupi untuk melaksanakan aktiviti riadah tanpa rasa kepenatan yang
berlebihan. Sekiranya seseorang itu cergas dari segi fizikal, maka segala cabaran boleh
dihadapinya dengan baik.

Selain itu, penglibatan individu dalam aktiviti kecergasan seperti sukan aktiviti rekreasi
amatlah digalakkan kerana untuk mengelakkan mereka menjalankan kerja-kerja harian tanpa
berasa penat dan lesu. Justeru, individu ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah
kesihatan atau gangguan mental yang mungkin datang kepada mereka. Kajian yang dijalankan
oleh Johnson dan Nelson (1986) menjelaskan bahawa kecergasan fizikal merupakan keupayaan
fizikal seseorag untuk melakukan aktiviti tanpa berasa letih dan lesu. Oleh kerana itu, mereka

40
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 38-45, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

tidak dapat menghasilkan keupayaan fizikal yang sebenar sekiranta mereka dalam keadaan
letih.

Amatlah penting jika kedua-dua aspek kesihatan fizikal dan mental yang dilakukan melalui
kecergasan berasaskan fizikal dan kemahiran motor melalui aktiviti sukan yang bersistematik
dan teratur. Kebolehan terhadap sesuatu kemahiran motor yang dilakukan boleh
mempengaruhi kecergasan sesorang itu sama ada di dalam aktiviti atau permainan. Dalam
mencapai matlamat yang memerlukan aktiviti fizikal, salah satu faktor penentu kepada
kesempurnaan dan kesejahteraan hidup adalah melalui tubuh badan yang sihat. Daripada kajian
yang dijalankan oleh Liza, Mohd Radzani & Erwan (2020) menyatakan murid yang sihat dan
mampu berdaya saing adalah dikalangan mereka yang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal
secara berterusan serta meningkatkan tahap kecergasan mereka.

3. Metodologi Kajian

Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah adalah kajian tinjauan iaitu silang-rentas
dan penilaian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. Populasi dan sampel kajian adalah
terdiri daripada pelajar Kolej Profesional MARA (KPM) dan penentuan sampel adalah
menggunakan teknik jadual penentuan sampel oleh Krecjie dan Morgan (1970). Kajian ini
menggunakan kaedah pensampelan berstrata. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian
ini adalah Physical Activity and Lifestyle Questionnaire (PAL-Q) (Tuxworth, Nevill, White, &
Jenkins 1986) untuk mengkaji gaya hidup dan aktiviti fizikal dan penilaian kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan untuk mengkaji tahap komposisi badan. Ujian kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan yang dinilaia adalah daya tahan kardiovaskular, volume of maximum
oxygen (VO2max), kekuatan otot, ketahanan otot, dan fleksibiliti Dalam borang soal selidik
diedarkan, sampel telah dimaklumkan tentang tujuan dan prosedur kajian dijalankan. Sampel
diberi penerangan bahawa data yang dikumpulkan adalah sulit, tiada paksaan untuk mengikuti
aktiviti serta boleh berhenti menjawab jika tidak berkemampuan untuk meneruskan. Pengkaji
juga memberi tunjukcara dan panduan sebagai rujukan kepada sampel untuk memahami cara
untuk menjawab soal selidik tersebut dengan lebih baik.

4. Perbincangan

Hasil analisis deskriptif yang dijalankan, dapatan latar belakang demografi kajian
menunjukkan bahawa 190 orang adalah pelajar lelaki (37.5%) dan 316 orang adalah pelajar
perempuan (62.5%). Dapatan bidang pengkhususan yang tertinggi adalah diploma perakaunan
iaitu 49.4% dan yang paling sedikit adalah bidang pengkhususan rangkaian komputer iaitu
0.6%. Dapatan umur tertinggi adalah kurang daripada 20 tahun iaitu 97.6%. Dapatan bagi
bangsa yang tertinggi adalah berbangsa Melayu iaitu 99.2% dengan semester pengajian
tertinggi adalah semester 1 iaitu 97.2% serta anggaran pendapatan bulanan keluarga yang
tertinggi adalah lebih daripada RM4,000.00 iaitu 48.8%. Jadual 1 menunjukkan taburan latar
belakang demografi kajian.

41
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 38-45, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 1: Latar Belakang Demografi


Kategori N %
Jantina Lelaki 190 37.5
Perempuan 316 62.5

Pengkhususan Perakaunan 250 49.4


Teknologi Maklumat Perniagaan 78 15.4
Rangkaian Komputer 3 0.6
Pengurusan Logistik Bersepadu 145 28.7
Perniagaan Antarabangsa 4 0.8
Landskap dan Hortikultur 12 2.4
Pengajian Perniagaan 14 2.8

Umur Kurang 20 Tahun 494 97.6


20 – 22 Tahun 10 2.0
Lebih 22 Tahun 2 0.4

Bangsa Melayu 502 99.2


India 1 0.2
Lain-Lain 3 0.6

Semester Semester 1 492 97.2


Pengajian Semester 2 2 0.4
Semester 3 1 0.2
Semester 4 11 2.2

Pendapatan Kurang RM1,000.00 50 9.9


Keluarga RM1,000.00 – RM1,999.99 84 16.6
RM2,000.00 – RM2,999.99 58 11.5
RM3,000.00 – RM3,999.99 67 13.2
≥ RM4,000.00 247 48.8

Dapatan berkaitan dengan penglibatan aktiviti fizikal menunjukkan bahawa aktiviti fizikal
mingguan (TPA) adalah berada dalam kategori tidak aktif iaitu 88.7% dengan min masa
penglibatan adalah 2,023.93 minit/minggu dan min penggunaan tenaga adalah 374.77
kcal/minggu. Pelajar KPM lebih gemar melakukan aktiviti MPA berbanding VPA yang mana
min masa penglibatan aktiviti MPA adalah 1,666.19 minit/minggu dan min masa penglibatan
aktiviti VPA adalah 357.75 minit/minggu. Jadual 2 menunjukkan taburan penglibatan aktiviti
fizikal pelajar KPM.

Jadual 2: Penglibatan aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar KPM


Aktiviti Fizikal Min (minit/minggu) S.P.
Berintensiti Sederhana (MPA) 1,666.19 1,529.99
Berintensiti Tinggi (VPA) 357.75 531.18
Jumlah Aktiviti Fizikal (TPA) 2,023.93 1,862.94

Jumlah Aktiviti Fizikal (TPA) 374.77 477.14


(kcal/minggu)
Klasifikasi N %
TPA Tidak Aktif 449 88.7
Aktif 57 11.3

Dapatan berkaitan dengan kecergasan fizikal menunjukkan bahawa senaman naik bangku 3
minit merekodkan klasifikasi kecergasan pada tahap ‘sederhana atas’ adalah paling tinggi
dengan 19.8%. diikuti ‘cergas’ (19.6%) dan ‘sederhana’ (19.0%), manakala tahap kecergasan
fizikal pada klasifikasi ‘sangat cergas’ mencatatkan data yang paling rendah dengan 7.5%. Min

42
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 38-45, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

keseluruhan bagi senaman ini adalah pada 108 bpm. Bagi ujian penentuan VO2max pula, tahap
klasifikasi ‘cemerlang’ mencatatkan peratusan tertinggi dengan 39.1% manakala ‘lemah’
dengan peratusan terendah (0.8%). Min bagi VO2max pula adalah pada 54.25mL.kg-1.min-1.
Senaman genggaman tangan menunjukkan klasifikasi kecergasan pada tahap ‘sangat tidak
cergas’ adalah paling tinggi dengan 24.3%, diikuti ‘sederhana bawah’ (21.9%), dan ‘tidak
cergas’ (21.5%), manakala tahap kecergasan fizikal pada klafikasi ‘ sangat cergas’ mencatatkan
data yang paling rendah dengan 2.6%. Min keseluruhan senaman ini adalah pada 30.8kg. Bagi
senaman lompatan jauh berdiri, tahap klafikasi ‘sangat tidak cergas’ mecatat peratusan
tertinggi dengan 70.2% manakala ‘cergas’ dengan peratusan terendah (0.8%). Min bagi
senaman lompatan jauh berdiri ini adalah pada 142.9sm. Seterusnya bagi ujian penentu
fleksibiliti pula, tahap klasifikasi ‘sangat cergas’ mencatat peratusan tertinggi dengan 65.4%
manakala ‘sederhana’ dengan peratusan terendah (0.6%). Min bagi fleksibiliti pula adalah pada
31.49sm. Jadual 3 menunjukkan taburan kecergasan fizikal pelajar KPM.

Jadual 3: Kecergasan Fizikal dalam kalangan pelajar KPM


Kecergasan Fizikal Klasifikasi N % Min
Naik Turun Bangku Sangat Tidak Cergas 40 7.9 108 bpm
3 Minit Tidak Cergas 63 12.5
Sederhana Bawah 70 13.8
Sederhana 96 19.0
Sederhana Atas 100 19.8
Cergas 99 19.6
Sangat Cergas 38 7.5

VO2max Lemah 4 0.8 54.25mL.kg-1.min-1


Sederhana 25 4.9
Baik 113 22.3
Cemerlang 198 39.1
Sangat Cemerlang 166 32.8

Genggaman Tangan Sangat Tidak Cergas 123 24.3 30.8 kg


Tidak Cergas 109 21.5
Sederhana Bawah 111 21.9
Sederhana 93 18.4
Sederhana Atas 42 8.3
Cergas 15 3.0
Sangat Cergas 13 2.6

Lompatan Jauh Sangat Tidak Cergas 355 70.2 142.9 sm


Berdiri Tidak Cergas 70 13.8
Sederhana Bawah 29 5.7
Sederhana 29 5.7
Sederhana Atas 14 2.8
Cergas 4 0.8
Sangat Cergas 5 1.0

Fleksibiliti Sederhana 3 0.6 31.49 sm


Sederhana Atas 30 5.9
Cergas 142 28.1
Sangat Cergas 331 65.4

Dapatan berkaitan hubungan antara penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap kecergasan fizikal
menunjukkan bahawa aktiviti MPA mempunyai hubungan yang positif dengan semua 5 jenis
ujian kecergasan fizikal yang dilakukan dengan senaman lompat jauh berdiri (LJB)
mencatatkan nilai signifikan paling tinggi iaitu pada nilai r = 0.150. Walau bagaimanapun,
semua 5 jenis senaman menunjukkan nilai signifikan yang sangat lemah. Bagi aktiviti VPA

43
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 38-45, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

pula, semua senaman mencatatkan hubungan positif kecuali ujian fleksibiliti dengan ujian
VO2max mencatatkan tahap signifikan paling tinggi nilai r = 0.182. Sama seperti MPA, aktiviti
VPA juga mencatatkan hubungan yang sangat lemah dengan semua jenis senaman secara
keseluruhannya. Aktiviti TPA pula merekodkan hubungan yang positif dengan semua jenis
senaman di mana senaman lompat jauh berdiri (LJB) mencatatkan nilai signifikan yang paling
tinggi pada nilai r = 0.173. Namun begitu, tahap signifikan bagi semua jenis senaman dengan
TPA juga merekodkan nilai signifikan yang sangat lemah. Jadual 4 menunjukkan taburan
hubungan antara penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap kecergasan fizikal.

Jadual 4: Hubungan antara Penglibatan Aktiviti Fizikal dengan Tahap Kecergasan Fizikal
Aktiviti N = 506 NTB3M VO2max GT LJB Fleksibiliti
Fizikal
MPA Korelasi Pearson 0.123** 0.094* 0.043 0.150** 0.047
Sig. (2-tailed) 0.006 0.034 0.337 0.001 0.291

VPA Korelasi Pearson 0.107* 0.182** 0.046 0.175** -0.002


Sig. (2-tailed) 0.016 0.0001 0.299 0.0001 0.956

TPA Korelasi Pearson 0.132** 0.129** 0.048 0.173** 0.038


Sig. (2-tailed) 0.003 0.004 0.278 0.0001 0.394
** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-tailed)
* Korelasi adalah signifikan pada aras 0.05 (2-tailed)

5. Kesimpulan

Kesimpulanya, penglibatan aktiviti fizikal mempunyai hubungan dengan tahap kecergasan


fizikal. Ia menunjukkan penglibatam aktiviti fizikal menunjukkan bahawa aktiviti fizikal
mingguan pelajar berada dalam kategori tidak aktif sewaktu pandemik COVID-19. Oleh itu,
pelajar haruslah melakukan aktiviti fizikal secara sistematik dan berterusan untuk mengekalkan
dan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan fizikal. Walaupun negara dilanda pendemik
COVID-19, ini sebenarnya bukan penghalang untuk pelajar melakukan aktiviti fizikal sama
ada di rumah atau di kolej. Dengan pematuhan Standart of Procedure (SOP) yang telah
dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mereka yang ingin
melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan, riadah dan sebagainya, maka pelajar masih lagi
boleh melibatkan diri dalam aktiviti fizikal bagi meningkatkan tahap kecergasan diri.

Selain itu, kajian ini dapat memperluaskan lagi kaedah untuk menguji penglibatan aktiviti
fizikal dengan tahap kecergasan fizikal pelajar semasa pendemik COVID-19. Kajian ini boleh
dijadikan sumber rujukan kepada jurulatih dan juga pensyarah. Warga Kolej Profesional
MARA perlu mempunyai kesedaran tentang pentingnya penglibatan dalam melakukan aktiviti
fizikal supaya mereka dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan. Pelbagai program
boleh dianjurkan oleh pihak pengurusan kolej bagi menggalakkan pelajar melibatkan diri
dalam aktiviti fizikal dengan melakukan pelbagai pengisian aktiviti kecergasan fizikal.
Program ini dapat membantu pelajar yang terlibat menigkatkan tahap kesihatan di samping
meningkatkan tahap kecergasan fizikal.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh UTM Newshub, untuk mengekalkan kesihatan
jantung, kekuatan otot dan kelunturan adalah dengan melakukan aktiviti fizikal. Walaupun kita
diarahkan untuk kekal berada di rumah, namun perlu juga kekal aktif seperti melakukan aktiviti
pergerakkan selama 3-4 minit sama ada berjalan atau regangan. Ia juga baik untuk kesihatan
mental dan mengurangkan risiko kemurungan dan membantu keseluruhan perasaan sewaktu
PKP disebabkan pendemik COVID-19 ini.

44
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 38-45, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Rujukan

Johnson, B.L, Nelson, J.K. (1986). Pratical measurement for evaluation in physical education
(4th ed.). New york: Macmillan Prrinting Compony.
Juhaizad Abdul Jalil & Mohd Radzani Abdul Razak (2020). Motivasi dan Penglibatan Aktiviti
Fizikal dalam Kalangan Staf Kolej Universiti Widad di Kuantan Pahang. Fakulti Pengajian
Sukan Kolej Universiti Widad Kuantan & Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia Bangi Selangor.
Krecjie, R.V., Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities.
Educational and Psychological Measurement, 30: 607-610.
Lim Khong Chiu, Khor Poy Hua, Radzliyana Radzuwan (2015). Pengenalpastian Faktor
Psikologi yang Menentukan Penglibatan Pelajar Universiti Awam Tempatan dalam
Aktiviti Fizikal Masa Senggang. Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan,
Hospitaliti dan Alam Sekitar Universiti Utara Malaysia.
Liza Mohd Alias, Mohd Radzani Abdul Razak & Erwan Ismail (2020). Tahap Kecergasan
Fizikal Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah Rendah Di Kawasan Tangga Batu,
Melaka. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
Muhamad Hafiz Bin Ismail & Syed Syamsul Faizal Bin Syed Zakariya (2008). Kajian Tahap
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet Skuasy Sukma Johor 2008. Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Nooraini Binti Md Fadzlillah (2004). Kajian Perbandingan Tahap Kecergasan Fizikal Atlit
Sofbol Wanita Universiti Teknologi Malaysia Sebelum Dan Selepas Menjalani
Program Latihan Bagi Menghadapi Sukan Antara Universiti ( Masum ) 2003.
Universiti Teknologi Malaysia.
Paffenbarger, R. S., Hyde, R. T., & Ann Dow (1991). Health benefits of physical activity. In
B.L. Driver., P.J. Brown., & Peterson (Eds.), Benefits of leisure (hal. 49-58). State
College, Pennsylvania: Venture Publishing, Inc
Rubiah Ismail (1993). Satu Kajian Tentang Status Penglibatan Dan Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Penglibatan Mahasiswi Dalam Aktiviti Fizikal. Tesis sarjana
pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
Syed Lamsah bin Syed Chear, Mohd Imran bin Mohd & Sareena Hanim Hamzah (2018).
Kepentingan Aktiviti Fizikal Dalam Membina Personaliti Dan Meningkatkan Prestasi
Akademik. Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor, Malaysia, Kolej
Universiti KPJ, Nilai, Negeri Sembilan 3Pusat Sukan, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
Tuxworth, W., Nevill, A.M., White, C., Jenkins, C. (1986). Health, Fitness Physical Activity
and Morbidity of Middle Aged Male Factory Workers. British Journal of Industrial
Medicine, 43 (11): 733-753.

45
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Anda mungkin juga menyukai