Anda di halaman 1dari 3

UJIAN KOMPETENSI SECARA DALAM TALIAN

UJIAN SARINGAN BAGI PERJAWATAN


- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

Sesuai dengan visi UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan
zamannya bagi membentuk masyarakat dinamik, berilmu dan berakhlak mulia, tuan/puan WAJIB untuk melalui ujian
saringan secara dalam talian yang telah disediakan oleh pihak Universiti, yang merangkumi perkara seperti berikut:

• BAHAGIAN A: 20 Soalan objektif. Jawab semua.


• BAHAGIAN B: 2 Soalan esei. Jawab semua.
• BAHAGIAN C: 2 Soalan esei. Jawab SATU soalan sahaja.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Panduan menjalankan ujian saringan secara dalam talian yang disediakan adalah sebagaimana berikut:
SILA BACA ARAHAN DENGAN TELITI

i. Calon dikehendaki mengakses capaian https://mayabestari.ukm.my/login/index.php?saml=off


ii. Melalui capaian yang diberikan tersebut, calon hendaklah log masuk menggunakan:
Nama Pengguna : xxxx@xxxx.xxx (alamat e-mel yang digunakan semasa permohonan)
Kata Laluan : Huruf pertama (huruf besar) dan huruf kedua (huruf kecil) nama anda, kemudian
simbol tambah (+), dan seterusnya enam (6) nombor terakhir No. Kad Pengenalan

Contoh Kata Laluan Ujian:


Nama penuh: Nur Aisyah Afiqah Binti Jamal
No KP: 900101011234
Kata Laluan: Nu+011234

iii. Klik “Kursus Saya (1)” / “My Courses (1)” untuk masuk ke dalam Ujian Saringan;
iv. Calon boleh mengakses ujian tersebut antara jam 2:00 petang hingga 4:00 petang, 30 JUN 2022 (Khamis);
v. Tempoh masa untuk calon menjawab kesemua soalan adalah dalam tempoh SATU JAM TIGA PULUH
MINIT (1 JAM 30 MINIT) sahaja;
vi. Tempoh masa akan dikira sebaik sahaja butang 'Attempt Quiz Now' ditekan;
vii. Sebaik sahaja selesai menjawab kesemua soalan yang disediakan, calon hendaklah klik butang “Hantar
Semua dan Selesai” / “Submit All and Finish”;
viii. Keputusan calon akan dinilai untuk menentukan calon layak dipanggil ke peringkat saringan yang seterusnya;
ix. Sekiranya calon tidak menerima sebarang maklum balas daripada urus setia dalam tempoh tiga (3) bulan
dari tarikh ujian ini, calon adalah dianggap tidak berjaya dalam sesi pemilihan pada kali ini.

Talian untuk dihubungi berkaitan dengan ujian saringan:

Cik Nur Maisarah Hashim (nmaisarahashim@ukm.edu.my)


Pn. Nurul Syafiza Din (nurulsyafiza@ukm.edu.my)
Pn. Norafiqah Mohd Azmal (norafiqahazmal@ukm.edu.my)
MANUAL PENGGUNA
UJIAN KOMPETENSI SECARA DALAM TALIAN

1. Klik pautan https://mayabestari.ukm.my/login/index.php?saml=off (pastikan paparan portal seperti di bawah)

2. Masukkan nama pengguna dan kata laluan di ruang yang disediakan

Contoh Kata Laluan Ujian:


Nama penuh: Nur Aisyah Afiqah Binti Jamal
No KP: 900101011234
Kata Laluan: Nu+011234
3. Pergi ke “Kursus Saya (1)” / “My Courses (1)” dan klik Ujian Saringan

Klik Ujian Saringan

4. Klik pada header ujian untuk ke seksyen seterusnya

Klik Header Ujian

Sekian, terima kasih dan Selamat Maju Jaya!

Anda mungkin juga menyukai