Anda di halaman 1dari 3

RESENSI BUKU PERINGKAT ASEAN

25 MAC – 25 APRIL 2020

Tajuk Buku : 35 Adab Pilihan Dalam Islam


Penulis : Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah
Terbitan : Pusat Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah (MATIN)

Karya Asal : ‫ رسا توجﳱية سلوية تتصل ﲝياة اﳌسﲅ ٔوثق اتصال‬- ‫من ٔدب اﻻٕسﻼم‬
Disediakan oleh : En Mohd Naim bin Mohamad
SK Datuk Nan Kaya,
35900 Tanjong Malim, Perak.
800801-09-5069
019 4768258
cieeku@gmail.com

ULASAN
Buku 35 Adab Pilihan dalam Islam ini merupakan sebuah terjemahan daripada buku
Min Adabil Islam (‫ رسا توجﳱية سلوية تتصل ﲝياة اﳌسﲅ ٔوثق اتصال‬- ‫)من ٔدب اﻻٕسﻼم‬. Usaha penterjemahan ini
telah dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah (MATIN). Buku yang padat
dengan nasihat tentang adab dan akhlak Islam ini adalah hasil pengamatan yang mendalam
Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah terhadap masyarakatnya yang mula melupakan adab-adab
berharga ini dalam kehidupan mereka.
Penulis menekankan pada pendahuluan bukunya tentang keistimewaan agama Islam
yang kaya dengan adab yang bersangkutan dengan semua aspek kehidupan manusia. Adab-
adab ini akan menjadi perhiasan seorang Muslim serta menambah nilai pada kecantikan
perjalanan hidupnya, keperibadiannya disukai dan setiap hati dan jiwa tertarik kepadanya.
Beliau menyelitkan Mutiara kata daripada Imam al-Qarafi,
“Dan ketahuilah olehmu bahawasanya sedikit daripada adab itu lebih baik dari
banyak amal (tetapi tanpa adab)”.
Penekanan pada 35 adab ini adalah kerana ia berkaitan dengan kehidupan harian
seseorang. Fokusnya sudah tentu kepada tindak tanduk dan perlakuan yang boleh menyuburkan
persefahaman dan akhirnya menatijahkan kasih dan sayang. Sifat penyayang ini adalah rukun
utama dalam kejayaan hidup seseorang.
Boleh disimpulkan bahawa penulis memberikan tumpuan kepada adab-adab berikut :
1. Adab di rumah
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kelembutan itu tidak terjadi pada sesuatu melainkan
kelembutan itu satu perhiasan, dan tidaklah dicabut kelembutan itu dari sesuatu melainkan ia
akan mencacatkanya.” (Hadis Riwayat Muslim). Kata kunci pada setiap perbuatan yang baik
ialah kelembutan. Tidak kasar semasa membuka dan menutup pintu (Adab 1), memberikan
penghormatan dengan ucapan salam (Adab 2) dan berusaha memberitahu penghuni rumah atas
kehadiran atau kepulangannya (Adab 3).

1
Adab meminta keizinan terlebih dahulu sebelum memasuki rumah (Adab 4) ditekankan
agar tidak timbul syak wasangka, begitu juga dengan ketukan pintu dengan cara yang lembut
(Adab 5). Tidak dilupakan sunat memperkenalkan diri apabila diminta atau terlebih baik
memperkenalkan diri sebelum diminta (Adab 6).
2. Adab ziarah
Seseorang itu harus mempertimbangkan dua perkara ketika berziarah. Pertamanya ialah
adab sebelum menziarahi iaitu dengan memilih waktu dan tempoh ziarah yang bersesuaian
(Adab 12) serta menilai tatacara berpakaian, kebersihan diri dan percakapan (Adab 25)
terutamanya ketika menziarahi pesakit.
Keduanya ialah adab semasa berziarah. Pertimbangan yang harus diberikan ialah pada
menerima keuzuran tuan rumah ketika ia berhalangan untuk menerima tetamunya (Adab 7),
menundukkan padangan (Adab 8), memerhatikan cara penyusunan kasut (Adab 9), duduk di
tempat yang telah disediakan (Adab 10 dan 15), tidak memanjangkan tengkuk (Adab 11), cara
percakapan ketika bersama dengan orang yang dihormati (Adab 13) dan memberikan
penghormatan kepada tuan rumah serta orang yang mempunyai keutamaan (Adab 14).
Sebagai tuan rumah pula, mereka perlu berusaha dengan sebaik mungkin dalam
memberikan layanan kepada tetamu dalam penyediaan makan minum, alatan kebersihan diri
dan tempat tidur (Adab 22) serta mengutamakan tetamu yang lebih dewasa atau yang
mempunyai keistimewaan (Adab 18). Sekiranya tetamu memerlukan tidur, hendaklah
diperhatikan pergerakan ahli keluarga agar tidak mengganggu mereka (Adab 34).
Perhatian turut diberikan kepada adab ziarah terhadaporang yang baru kembali dari musafir
(Adab 21) dan adab khusus buat kaum wanita (Adab 33) dengan mengelakkan daripada
mengumpat, mengadu domba dan perkara yang sia-sia.
3. Adab di majlis
Majlis yang baik akan mendatangkan keberkatan kepada ahlinya. Maka perlu diperhatikan
Adab ke 30, sekiranya perkara yang dikongsikan itu sudah diketahui maka jagalah perasaan
dan tumpuannya, jangan memotong kata-katanya, dengarkan dengan penuh perhatian dan teliti.
Rendahkan suara ketika berbicara dan tumpukan pada pokok perbincangan (Adab 29).
Sekiranya perlu kepada penjelasan, maka tunggulah dengan sabar sehingga ia selesai
menghabiskan kata-katanya (Adab 31).
4. Adab menyampaikan berita dukacita
Seorang muslim mestilah menunaikan hak saudaranya dengan mengucapkan takziah
apabila berlaku perkara yang tidak diingini (Adab 27) serta mengambil berat tentang bentuk-
bentuk ucapan takziah tersebut (Adab 28). Jika ingin memaklumkan perkara yang
mendukacitakan, tuturkan perkataan yang meringankannya dengan lembut (Adab 26).
5. Adab menziarahi orang sakit
Pesakit yang diuji Allah dengan musibah dan orang yang menziarahinya dijanjikan Allah
dengan pelbagai kebaikan (Adab 23). Allah menghapuskan dosa dan memberikan kebaikan
selama mana ia sakit. Orang yang menziarahinya pula berada dalam rahmatNya selama mana
ia menjaga adab-adab ketika berziarah (Adab 24).
6. Adab dengan ibubapa
Banyak hadis nabi yang menceritakan tentang keutamaan berbakti kepada kedua ibubapa.
Saranan nabi ini boleh dilihat pada kehidupan salafussoleh terdahulu (Adab 19). Seorang anak
2
yang ingin meraih keutamaan ini akan berbakti dengan sebaiknya dengan melunakkan suara,
memandang dengan kasih sayang, tidak meninggikan suara, melapangkan kehidupan mereka
serta tunduk patuh selama ia tidak menyalahi agama (Adab 20).
7. Adab bersahabat
Ketika bersahabat hendaklah seseorang itu mengenali kedudukan dan hak yang sepatutnya
ditunaikan. Sekiranya sahabat tersebut lebih berusia, maka berjalanlah di sebelah kanannya dan
menjauh sedikit ke belakang, dahulukan mereka ketika masuk dan keluar serta muliakanlah
mereka (Adab 16 dan 17).
8. Adab di majlis walimah
Pada adab yang terakhir, penulis meletakkan adab khusus (Adab 35) berhubung dengan
menghadiri majlis perkahwinan kerana Islam menganggap perkahwinan adalah sebahagian
daripada ibadah dan ketaatan. Maka haruslah diperhatikan ucapan dan doa yang baik kepada
pasangan pengantin, kehadirannya adalah untuk menyaksikan syariat Islam tertegak dan
peliharalah nilai-nilai seorang Muslim dalam majlis tersebut.
Pada bahagian penutup, penulis mengingatkan agar seorang muslim itu tidak bermudah-
mudahan dengan adab ini sekalipun ia melibatkan keluarga dan rakan-rakan. Merekalah yang
lebih berhak disanjung dengan adab dan layanan baik ini. Usah menipu diri sendiri dengan
mengharapkan perhatian orang lain dengan melupakan mereka yang terdekat.

Anda mungkin juga menyukai