Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

KEMERDEKAAN
ACARA TEKS
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalammualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara.

Yang Berbahagia,
Tn Haji Norazman Bin Amat,
Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Kaunseling & Pembangunan Insan.

Yang Berusaha,
Puan Azura binti Muhammad Alias, Penolong
Pengarah Kanan, Kompleks As-Sa’adah.

Yang Dihormati,
Ustazah Noriana Samat,
Kata Aluan Penolong Pengarah,
Kompleks As-Sa’adah.

Seterusnya,
Barisan Pensyarah, Barisan Warden
Sahabat-sahabat Pelajar Muallaf Persijilan MAINS
& hadirin dan hadirat sekalian

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya
dapat kita berkumpul di MAJLIS PENUTUPAN:
PROGRAM SAYANGI MALAYSIAKU SEMPENA SAMBUTAN
KEMERDEKAAN YANG KE-65 TAHUN.

Alunan Hadirin & Hadirat Sekalian,


Sebelum kita memulakan majlis, marilah kita sama-sama mengalunkan nasyid
Asmaul Asmaul Husna.
Husna …………………………………………………….

Bacaan Doa Hadirin & Hadirat Sekalian,


Bagi memberkati majlis pada petang ini, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh
Saudara Muhammad Faiz Faqihuddin dari semester 2. Dengan ini majlis
menjemput Saudara Muhammad Faiz Faqihuddin untuk memimpin bacaan doa,
dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
…………………………………………………….
Amin Amin Ya Rabbalalamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara
Muhammad Faiz Faqihuddin atas bacaan doa sebentar tadi.

Majlis Penutupan Kemerdekaan DITERUSKAN DENGAN ACARA YANG


SETERUSNYA. Sebelum itu, ayuh kita sama-sama saksikan sebuah tayangan
video montaj yang telah disediakan oleh pihak urusetia.
…………………………………………………….
Demikian tadi tayangan montaj tentang aktiviti yang telah dijalankan oleh para
pelajar sepanjang minggu kemerdekaan.

Program Sayangi Malaysiaku sempena sambutan kemerdekaan yang ke 65 tahun


telah berlangsung bermula 22 Ogos hingga 26 ogos yang lalu. Pelaksanaan
Tayangan program ini dijalankan secara maya menyediakan video pertandingan serta
Video Montaj menjawab kuiz secara online. Antara pertandingan yang dipertandingan dalam
program ini ialah Pertandingan Kuiz, Pertandingan Sajak, Pertandingan Pantun,
Pertandingan Ucapan & Laungan Kemerdekaan dan Pertandingan Menghias &
Kibarkan Jalur Gemilang. Pelajar telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap
kumpulan mempunyai 5 orang ahli. Alhamdulilah pelajar-pelajar dapat
memberikan Kerjasama dan komitmen yang baik. Semoga dengan aktiviti ini dapat
menampilkan pelajar yang sentiasa yakin berani untuk bersaing secara sihat antara
satu sama lain.

Hadirin Hadirat yang dikasihi sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan Tn Hj. Norazman Bin
Amat, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian kaunseling &
Pembangunan Insan untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Ucapan Majlis dengan ini mempersilakan
Aluan
Ketua ………………..ucapan aluan………….

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Norazman Bin Amat atas
ucapan aluan sebentar tadi.

Pengumuman Sidang Hadirin Yang Dirahmati Allah Sekalian,


Pemenang : Maka tibalah acara yang dinantikan penuh makna pada hari ini,
Saguhati & Pengumuman Pemenang Saguhati & Tempat Ketiga bagi PROGRAM SAYANGI
Tempat Ketiga MALAYSIAKU SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN YANG KE-65
TAHUN.
Buat pengetahuan hadirin sekalian setiap kumpulan bakal membawa pulang hadiah
berbentuk Wang
Tunai serta sijil. Saguhati akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM350.00
dan tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM450.00. Hadiah Wang Tunai
tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun pelajar selepas program ini. In sya allah.

Majlis dengan ini menjemput Pn Azura binti Muhamad Alias


Penolong Pengarah Kanan, Ketua Unit Kompleks As-Sa’adah untuk
mengumumkan saguhati tempat ketiga.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Azura binti Muhamad Alias
atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebelum mengumumkan pemenang tempat pertama dan kedua marilah sama-sama


kita hayati persembahan nyanyian lagu patriotik yang bertajuk Inilah Barisan Kita
yang akan dinyanyikan oleh semua pelajar.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Nyanyian
Lagu …………………nyanyian……………………
Patriotik
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar
atas persembahan nyanyian lagu patriotik sebentar tadi.

Hadirin & Hadirat Sekalian,


Majlis Penutupan Program Sayangi Malaysiaku sempena sambutan kemerdekaan
yang ke 65 tahun kita pada hari ini diteruskan lagi dengan agenda yang seterusnya.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara Penyampaian Pemenang kepada
para kumpulan yang berjaya mendapat tempat pertama dan kedua.

Sebelum itu, untuk makluman hadirin sekalian, tempat pertama bakal membawa
pulang wang tunai sebanyak RM650.00 serta sijil dan tempat kedua membawa
pulang wang tunai sebanyak RM550.00 serta sijil.
Pengumuman
Pemenang : Bagi menyempurnakan acara dan penyampaian pemenang,
Tempat Majlis menjemput dan mempersilakan Tn Hj. Norazman Bin Amat, Ketua
Pertama & Penolong Pengarah, Bahagian kaunseling & Pembangunan Insan untuk
Tempat Kedua mengumumkan tempat pertama sekali gus tempat kedua. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Norazman Bin Amat atas
pengumuman pemenang sebentar tadi.

Tahniah dan Syabas di atas kejayaan setiap kumpulan pelajar bagi Program Sayangi
Malaysiaku sempena sambutan kemerdekaan yang ke 65 tahun.
Hadirin Sekalian,

Kita teruskan lagi majlis pada petang ini dengan acara yang seterusnya.

Pihak Program Persijilan MAINS berbesar hati untuk menyampaikan beberapa


Anugerah Khas Pelajar Lelaki & Perempuan Terbaik Program. Anugerah khas ini
diberikan kepada pelajar yang telah memberi Kesungguhan, Keaktifan, Kekreatifan
Pengumuman
dan Ketrampilan yang sangat memberangsangkan sepanjang program berlangsung.
Pelajar Terbaik
Bagi menyempurnakan Anugerah Khas kepada pemenang,
Majlis menjemput dan mempersilakan sekali lagi Tn Hj. Norazman Bin Amat,
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian kaunseling & Pembangunan Insan untuk
mengumumkan Anugerah Khas tersebut.
Dengan ini majlis mempersilakan

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Hadirin Sekalian, Sebelum berakhirnya majlis petang ini, diminta semua hadirin dan
hadirat untuk membuka kamera bagi sesi bergambar.

Dengan berakhirnya sesi bergambar sebentar tadi, maka majlis sudah sampai
Majlis Bersurai
kepenghujungnya. Bagi pihak kompleks as-saadah memohon maaf di atas
& Sesi
Bergambar kekurangan sepanjang program
berlangsung dan Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan
andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Dengan itu majlis disudahi dengan


wabillah……wassalamualaikum…… dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai