Anda di halaman 1dari 2

TAZKIRAH 3 MINIT : WAKTU MUSTAJAB DOA YANG DILUPAKAN

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum W.b.t.

Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaanya kita
dapat menikmati nikmat-nikmat yang berikan kepada kita terutamanya hari ini
kita berada dalam bulan Ramadhan yang cukup mulia, dapatlah kita menikmati
kelebihan kelebihan yang ditawarkan oleh Allah SWT kepada hambanya.
Subhanallah.

Sempena Ramadhan yang penuh rahmat ini, disini saya ingin berkongsi
bersama tuan2 dan puan2 sekalian berkenaan tajuk yang sangat menarik dan
kebiasaannya dilupakan oleh ramai umat Islam ketika ini, Apakah itu? Tajuknya
berkenaan Waktu Mustajab berdoa yang dilupakan.

Berdasarkan hadis :

Daripada Abdullah bin Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda :

Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu


ketika dia berbuka doa yang tidak ditolak. (Riwayat
Ibnu Majah , bernombor 1753).

Tuan dan Puan sekalian,

Jelaslah disini bahawa doa orang yang sebelum berbuka puasa itu dimakbulkan
oleh Allah SWT. Ini kelebihan yang sangat istimewa bagi orang yang berpuasa.

Janji Rasulullah SAW bagi orang yang berpuasa apabila berdoa


ketika hampir berbuka puasa doanya tidak ditolak
oleh Allah SWT bahkan diterima oleh Allah SWT.

Tuan dan Puan sekalian,

Mengapa waktu berdoa sebelum berbuka puasa ini dilupakan oleh


kebanyakkan umat Islam kerana pada ketika sbelum berbuka puasa manusia
sibuk dengan pelbagai aktiviti terutamanya menyediakan juadah berbuka
puasa.

Jadi marilah kita sama2 manfaatkan bulan ramdhan ini untuk kita
mengingatkan ahli keluarga kita, rakan-rakan, saudara mara dan muslimin dan
muslimat untuk memperbanyakan berdoa sepuas-puasnya kepada Allah SWT.
Mintalah sebanyak mana doa yang dimahukan terutamanya memohon
keampunan kepada Allah. Semoga ramadhan kali ini, waktu mustajab berdoa
tidak lagi dilupakan. Insyaallah. Marilah kita beramal bersama2.

Akhir kalam, yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang lemah itu
datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Semoga perkongsian ini
bermanfaat untuk semua dan Selamat menunaikan ibadah puasa. Sekian
Assalamualaikum
w.b.t

Anda mungkin juga menyukai