Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PROGRAM

KEM BESTARI SOLAT


2022/1444H

ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


SK. TAMAN MELAWATI 2
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

LAPORAN PROGRAM
1. NAMA PROGRAM : Program Kem Bestari Solat (KBS)
2. TARIKH : 26, 27 dan 28 Julai 2022
3. HARI/MASA : Selasa, Rabu dan Khamis / 8.00AM-1.00PM
4. TEMPAT : Dewan Besar SK. Taman Melawati 2
5. OBJEKTIF:
a. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara wuduk dan solat yang
betul berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
b. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat
dengan betul dan lancar.
c. Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat
berjemaah.
d. Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fardhu sebagai
ibadah yang wajib dalam kehidupan harian.
e. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang sempurna sama
ada solat secara bersendirian ataupun berjemaah.

6. SASARAN: Semua murid Tahun 4, 5 dan 6


7. PENILAIAN PROGRAM
7.1 Kekuatan Program:
i. Program ini dijalankan secara ceramah dan LDK Bersama Fasilitator
ii. Program ini mendapat kerjasama yang padu daripada pentadbiran sekolah, para guru dan
murid-murid.
iii. Program ini memberi kesan positif kepada anak-anak murid tahun 4,5,6 sehingga mereka
mampu menguasai rukun qalbi, fi’li dan qauli dengan baik dan sempurna.
iv. Penceramah yang dipilih berpengalaman dan boleh mengawal murid dengan baik.
7.2 Kelemahan Program:
i. Mungkin pada masa akan datang program ini boleh lebih berfokus dan dilebihkan
durasinya.
ii. Pengurusan kertas kerja dan dokumentasi kewangan perlu mengikut format terkini.

8. Dokumentasi Bergambar:
CERAMAH SIMULASI SOLAT OLEH USTAZ MAZLAN ZAINOL

TAHSIN AMALI SOLAT (RUKUN FI’LI)


TAYANGAN VIDEO PRAKTIKAL SOLAT

AMALI SOLAT BERJAMAAH


Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………. ……………………………………

USTAZ MAZLAN BIN ZAINOL AHMAD SYAKIRIN B HASAN


PENYELARAS PROGRAM KBS KETUA PANITIA
PENDIDIKAN ISLAM SKTM2

Disahkan oleh:

…………………………………………
SALWATI BINTI ABDUL RAHMAN
Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
SK Taman Melawati 2

Anda mungkin juga menyukai