Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN PROGRAM

KLINIK ASAS MEMANAH TRADISIONAL

Pada 9 Februari 2022 telah diadakan Klinik Asas Memanah Tradisional


untuk semua guru TMUA lelaki oleh Kelab Memanah SMKAKL.
Program ini bermula pada 10 pagi. Klinik asas ini dimulakan dengan sesi
memanas badan. Kemudian, taklimat ringkas berkenaan cara memasang busur
dan panah disampaikan oleh Ustaz Amanullah bin Mohd bin Mohd Rapini
selaku ketua guru Kelab Memanah di SMKAKL.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan
dan pengenalan asas sukan Memanah Tradisional kepada semua guru TMUA.
Melalui program ini guru-guru dapat didedahkan tentang cara-cara asas
memasang busur dan panah, serta cara-cara memanah mengikut teknik yang
betul dan tepat. Hal ini kerana, guru-guru TMUA perlu mahir di dalam sukan ini
agar dapat menjadi jurulatih memanah bagi murid-murid halaqah mereka
seiring dengan pendekatan ensiklopedik TMUA yang menekankan sukan
memanah.
Guru-guru lelaki TMUA telah berjaya menjalankan aktiviti memanah
dengfan baik. Mereka telah berjaya memasang panah dan busur, melepaskan
panah serta membuka tali daripada busur dengan baik. Program ini berakhir
pada jam 12 tengah hari.

Disediakan oleh,

………………………………………………
(NURUL FAEEZ BINTI BAWAWI)
Guru Kelab Memanah SMKAKL

Anda mungkin juga menyukai