Anda di halaman 1dari 7

PANTUN AGAMA

TEMA
Bertemakan keagamaan. Penceritaan tentang pegangan umat islam yang mempercayai dan
memuliakan kewujudan nabi.Umat islam juga percaya tentang qada’ dan qadar’ iaitu hidup
dan kematiaan yang ditentukan tuhan.Agama penting dalam hidup kerana ia merupakan
panduan dan tiang agama dalam kehidupan.Contohya:
Banyak hari antara hari, (R1B1)
Tidak semulia hari jumaat; (R1B2)
Banyak nabi antara nabi,(R1B3)
Tidak semulia Nabi Muhammad.(R1B4)
Agama penting dalam kehudupan seseorang kerana ia akan menjadikan kita umat yang
sentiasa mengingati pencipta.

DEFINISI
Puisi melayu asli yang tertua, tersusun,, sopan, teratur, dan sistematik. Pantun bersifat
terikat.
MAKSUD
(Rangkap 1)
Hari jumaat merupakan hari yang paling mulia dan nabi Muhammad adalah nabi yang paling
mulia di muka bumi ini. Nabi Muhammad merupakan pesuruh allah dan kewujudannya
adalah nyata dan benar.Hari jumaat juga merupakan penghulu segala hari.,Terdapat pelbagai
keistimewaan hari jumaat yang disebut dalam al-quran. .Sikap memuliakan nabi dan hari
jumaat akan menjadikan kita seorang umat yang sentiasa merendah diri.
(Rangkap2)
Setiap individu yang beragama islam wajib mendirikan solat subuh dan memohon
keampunan kepada tuhan iaitu pencipta Solat merupakan tiang agama dan solat subuh pula
merupakan solat yang paling afdal dilakukan.Walaupun waktu subuh adalah waktu yang
paling susah untuk bangun bersolat namun kita akan peroleh manfaaat jika
dilakukan.Memohon keampunan amat penting kerana ia akan membersihkan hati dari
dosa.Sifat ini akan menjadikan kita sentiasa memperoleh keredhaan daripada tuhan.
CIRI-CIRI / BENTUK
(1)Baris .Jumlah baris dalam 1 rangkap.Contohnya,
Banyak hari antara hari,(R1B1)
Tidak semulia hari jumaat;(R1B2)
Banyak nabi antara nabi,(R1B3)
Tidak semulia Nabi Muhammad.(R1B4)
Mempunyai empat baris dalam 1 rangkap.Memerdukan itonasi bunyi.

(2)Perkataan.Jumlah perkataan dalam 1 baris. Contohnya,


Anak / ayam / turun / sepuluh, (4 pp)(R2B2)
Mempunyai empat patah perkataan dalam satu baris.Memberi keserasian bunyi.

(3)Rima.Bunyi suku kata terakhir dalam setiap baris.Contohnya:


Anak ayam turun sepu/luh,(a) (R1B1)
Mati seekor tinggal sembi/lan;(b) (R2B2)
Bangun pagi sembahyang sub/uh,(a) (R3B3)
Minta ampun kepada tuh/an.(b) (R4B4)
Rangkap 2 mempunyai rima abab.Memberi nilai estetika bunyi.

(4)Rangkap.Jumlah rangkap.Contohnya,
Banyak hari antara hari,(R1B1)
Tidak semulia hari jumaat;(R1B2)
Banyak nabi antara nabi,(R1B3)
Tidak semulia Nabi Muhammad.(R1B4)

Anak ayam turun sepuluh, (R1B1)


Mati seekor tinggal sembilan; (R2B2)
Bangun pagi sembahyang subuh, (R3B3)
Minta ampun kepada tuhan. (R4B4)
Mempunyai 2 rangkap.Mengindahkan irama.

(5)Suku kata.Jumlah suku kata dalam satu baris.Contohnya,


Ba/nyak/ ha/ri/ an/ta/ra/ ha/ri,/ (9) (R1B1)
Ti/dak/ se/mu/li/a/Na/bi/ Mu/ham/mad/. (11) (R1B4)
Mempunyai 9 hingga 11 suku kata dalam satu baris.Kelunakan dan keseragaman bunyi.
GAYA BAHASA
(1)Asonansi.Pengulangan huruf vokal dalam satu baris.Contohnya:
Banyak hari antara hari (R1B1)
Pengulangan huruf vokal ‘a’ sebanyak 7 kali dalam satu baris. Menimbulkan kelembutan
irama.

(2)Aliterasi. Pengulangan huruf konsonan dalam satu baris. Contohnya:


Tidak semulia Nabi Muhammad (R1B4)
Pengulangan huruf konsonan ‘m’ sebanyak 4 kali dalam satu baris.Kelantangan bunyi dan
pengucapan.

(3)Anafora.Pengulangan perkataan di awal ayat. Contohnya:


Banyak hari antara hari (R1B1)
Banyak nabi antara nabi (R1B3)
Pengulangan perkataan banyak di awal ayat. Menimbulkan penegasan maksud.

(4)Repitasi.Pengulangan perkataan dalam satu baris. Contohnya;


Banyak nabi antara nabi (R1B3)
Pengulangan perkataan nabi dalam satu baris. Menimbulkan keindahan irama.

(5)Responsi. Pengulangan perkataan di tengah ayat.Contohnya:


Tidak semulia hari jumaat (R1B2)
Tidak semulia Nabi Muhammad (R1B4)
Pengulangan perkataan semulia di tengah ayat. Menegaskan maksud.
FUNGSI PANTUN
(1)Alat deduktif. Memberi pedidikan. Memberi pengajaran. Memberi nasihat. Contohnya:
Bangun pagi sembahyang subuh, (R2B3)
Minta ampun kepada tuhan. (R2B4)
Penyajak menyuruh untuk menunaikan sembahyang subuh serta meminta ampun kepada
Allah.Menggunakan bahasa yang puitis dalam memberi teguran.
(2)Alat komunikasi.Menyampaikan curahan rasa hati. Luahan perasaan. Luahan hasrat.
Contohnya:
Banyak hari antara hari, (R1B1)
Tidak semulia hari jumaat. (R1B2)
Menggambarkan bahawa tiada hari lain yang semulia- mulia hari jumaat. Disusun dengan
penuh indah dan mengasyikkan

(3)Gambaran world view. Memaparkan kegiatan harian dan corak hidup masyarakat pada
ketika itu. Menunjukkkan masyarakat yan bertatasusilah. Pandangan dunia.Contohnya:
Bangun pagi sembahyang subuh, (R2B3)
Minta ampun kepada tuhan. (R2B4)
Menggambarkan aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat umat islam sebaik sahaja bangun
dari tidur. Memahami dengan lebih mendalam aktiviti masyarakat terdahulu.
PANDANGAN SARWAJAGAT
(1)Menggambarkan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama islam.Percaya
akan ketentuan Qada’ dan Qadar.Menerima segala ketentuan dengan redha.Melakukan amal
ibadat untuk mendapatkan pahala.Contohnya:
Anak ayam turun sepuluh, (R2B1)
Mati seekor tinggal sembilan; (R2B2)
Berpegang teguh kepada ajaran islam akan mengelakkan kita daripada terpesong mengikut
ajaran yang salah dan sesat.

(2)Menggambarkan masyarakat yang memuliakan nabi.Memuliakan nabi sebahagian


daripada rukun iman.Nabi Muhammad merupakan kekasih Allah..Nabi Muhammad
merupakan nabi yang terakhir.Contohnya:
Banyak nabi antara nabi, (R1B3)
Tidak semulia Nabi Muhammad. (R1B4)
Sikap memuliakan nabi dapat menjadikan kita menjadi insan yang sentiasa rendah diri.

(3)Menggambarkan masyarakat yang memuliakan hari jumaat.Hari Jumaat merupakan hari


yang penuh dengan keberkatan.Merupakan penghulu segala hari.Hari Jumaat merupakan hari
berkumpul umat islam untuk mendengar khutbah dan solat jumaat. Contohnya:
Banyak hari antara hari,(R1B1)
Tidak semulia hari jumaat;(R1B2)
Hari jumaat juga dapat mengukuhkan tali persaudaraan umat islam.

(4)Menggambarkan masyarakat yang sentiasa memohon keampunan kepada


tuhan.Mengelakkan kita daripada bersikap sombong.Menjadikan kita insan yang sentiasa
ingat akan dosa dan pahala.Disayangi tuhan.Contohnya:
Minta ampun kepada tuhan. (R4B4)
Memohon keampunan dapat menyucikan hati dan jiwa
UNSUR AGAMA
(1)Bertaubat.Memohon keampunan selepas melakukan dosa. Mendidik diri supaya tidak
bersikap sombong. Menjauhkan diri daripada persepsi negatif. Contohnya:
Minta ampun kepada tuhan (R4B4)
Memohon ampun menjadikan kita seorang insan yang sentiasa memperbaiki kesilapan yang
dilakukan.

(2)Taat melakukan suruhannya. Mendapat rahmat dari tuhan. Memperoleh keberkatan dalam
hidup. Contohnya:
Bangun pagi sembahyang subuh (R3B3)
Melakukan perintah tuhan dapat mengelakkan diri dari dimurkai pencipta.

(3Memuliakan nabi. Menjadikan kita umat yang menperoleh perlindungan daripada pencipta.
Mendapat pahala. Memperoleh syafaat daripadanya. Contohnya:
Banyak nabi antara nabi, (R1B3)
Tidak semulia Nabi Muhammad. (R1B4)
Sifat ini akan menjadikan kita disayangi oleh pencipta.

(4)Memuliakan hari Jumaat. Persaudaraan antara satu sama lain utuh. Wujud sifat bersatu
padu .Dapat mempertingkatkan keimanan kepada tuhan.Contohnya:
Banyak hari antara hari, (R1B1)
Tidak semulia hari jumaat; (R1B2)
Memuliakan hari jumaat dapat menjamin kehidupan yang baik di akhirat.
PEMIKIRAN
(1)Hari dalam Kalendar Islam. Masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran Islam
menganggap hari Jumaat merupakan hari yang paling istimewa dari segala hari. Hari Jumaat
dikatakan penghulu segala hari. Contohnya:
Banyak hari antara hari, (R1B1)
Tidak semulia hari Jumaat; (R1B2)
Penyajak memberitahu bahawa umat islam menganggap hari jumaat merupakan hari yang
paling mulia berbanding hari-hari yang lain. Hari jumaat juga dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim antara umat kerana semua umat islam lelaki diwajibkan menunaikan solat
jumaat.

(2)Memuliakan nabi dan percaya kewujudan nabi. Sebahagian daripada rukun Iman. Nabi
Muhammad merupakan kekasih Allah nabi akhir zaman. Dijadikan tauladan dan tokoh yang
harus dicontohi oleh umat islam. Nabi Muhammad dimuliakan dan dikasihi oleh semua
umat.Contohnya:
Banyak nabi antara nabi, (R1B3)
Tidak semulia Nabi Muhammad. (R1B4)
Penyajak menceritakan bahawa Nabi Muhammad merupakan nabi yang paling mulia.
Mengikut sunnah-sunnah nabi dapat menjadikan kita seorang manusia yang baik seperti
beliau.

(3)Beriman kepada Tuhan dengan mengerjakan solat lima waktu. Setiap umat Islam wajib
menunaikan solat lima waktu. Mengerjakan solat akan mendapat ganjaran pahala. Umat
Islam disuruh untuk menyegerakan solat dan jangan melambat-lambatkannya.Contohnya:
Bangun pagi sembahyang subuh, (R2B3)
Minta ampun kepada tuhan. (R2B4)
Penyajak menyuruh pembaca untuk segera menunaikan solat subuh sebaik sahaja bangun dari
tidur dan meminta ampun kepada tuhan. Sikap ini dapat menjadikan seseorang itu dipandang
tinggi dan diredhai oleh Allah.

(4)Berdoa dan memintam keampunan dari Allah. Setiap manusia tidak terlepas daripada
membuat masalah dan melakukan kesalahan, Hidup mendapat keberkataan, dan
kerahmatan,oleh tuhan. Hidup menjadi tenang tan rasa resah gelisah. Contohnya:
Bangun pagi sembahyang subuh, (R2B3)
Minta ampun kepada tuhan. (R2B4)
Penyajak menasihati pembaca untuk memperbanyakkan doa agar doasa-dosa yang dilakukan
diampuni oleh Allah. Sikap ini menjadikan umatnya agar sentiasa beringat kepada sang
pencipta dan peroleh kasih sayang daripada-Nya.
NILAI KEMANUSIAAN
(1)Bertaubat.Memohon keampunan selepas melakukan dosa. Mendidik diri supaya tidak
bersikap sombong. Menjauhkan diri daripada persepsi negatif. Contohnya:
Minta ampun kepada tuhan (R4B4)
Memohon ampun menjadikan kita seorang insan yang sentiasa memperbaiki kesilapan yang
dilakukan.

(2)Taat setia. Menurut segala peritah Allah. Tidak melanggar perintah dan membuat perkara
larangan-Nya. Memperbanyakkan membuat ibadah tanda bahawa kita ingat kepada Allah.
Contohnya:
Bangun pagi sembahyang subuh (R3B3)
Melakukan perintah tuhan dapat mengelakkan diri dari dimurkai pencipta.

(3Memuliakan nabi. Menjadikan kita umat yang memperoleh perlindungan daripada


pencipta. Mendapat pahala. Memperoleh syafaat daripadanya. Contohnya:
Banyak nabi antara nabi, (R1B3)
Tidak semulia Nabi Muhammad. (R1B4)
Sifat ini akan menjadikan kita disayangi oleh pencipta.

(4)Menunaikan solat. Menambah ganjaran pahala. Disayangi dan diredhai oleh Allah. Dapat
mempertingkatkan keimanan kepada tuhan.Contohnya:
Banyak hari antara hari, (R1B1)
Tidak semulia hari jumaat; (R1B2)
Menunaikan solat dapat menjamin kehidupan yang baik di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai