Anda di halaman 1dari 5

1

TEMA KARANGAN BERDASARKAN BUKU TEKS


TINGKATAN 4: UNIT 9 :KERJAYA
 Minggu Kerjaya
 Cita-cita dan Kerjaya
 Surat Permohonan

BAHAGIAN A : KARANGAN BAHAN RANGSANGAN


SOALAN:
Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca
granduan mengganggur di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

TERLALU MEMILIH
PEKERJAAN

PUNCA-PUNCA
GRADUAN
MENGANGGUR

TIDAK FASIH MAJIKAN MEMILIH


BERBAHASA PEKERJA
INGGERIS BERPENGALAMAN
2

RANGKA KARANGA
PENDAHULUAN
Masalah pengangguran dalam kalangan graduan baru semakin meningkat.
Berikutan dengan pergelutan ekonomi, ramai mahasiswa dan mahasiswi masih tidak
mempunyai pekerjaan walaupun sudah lama digelar graduan. Apakah punca
sebenar permasalahan ini?

ISI 1
A – Sikap siswazah yang terlalu memilih pekerjaan

M – Pengangguran berlaku dalam kalangan siswazah berpunca daripada sikap tidak


ingin bekerja jika bukan dalam bidang atau kursus yang mereka pelajari waktu di
universiti.

P – Oleh itu, sikap siswazah yang terlalu memilih pekerjaan menyebabkan mereka
mengganggur

ISI 2
A – Tidak fasih berbahasa Inggeris

M – Pertuturan yang baik  menambahkan keyakinan untuk sesebuah syarikat ambil


bekerja.  Bahasa Inggeris merupakan sangat penting antara kelayakan yang diambil
kira ketika sesi temu duga.

P – Oleh itu, ramai granduan yang tidak fasih berbahasa Inggeris gagal mendapat
pekerjaan.

ISI 3
A – Majikan memilih pekerja yang berpengalaman

M – Kebanyakan pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat di luar sana


hanya memerlukan pekerja yang sudah ada pengalaman bekerja 

P – Jadi, dimanakah peluang pekerjaan bagi graduasi baru? Bagaimana mereka


ingin mencari pengalaman jika kebanyakan syarikat hanya mahukan pekerja yang
sudah berpengalaman?

PENUTUP
Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma
masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka.
Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering
meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang
hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.
3

BAHAGIAN B: KARANGAN UMUM


SOALAN :
Pada zaman ini persaingan antara para pelajar untuk memasuki pasaran pekerjaan
sangat tinggi, jadi.tidak ada gunanya para pelajar bersaing sesama mereka
sekiranya mereka hanya bergantung kepada kelulusan akademik sahaja.
Huraikan kemahiran-kemahiran yang perlu para pelajar kuasai sebelum mereka
memasuki pasaran pekerjaan.

RANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
Isu : Kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik
permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat bagi para
pelajar. Para pelajar atau golongan remaja ini merupakan asset paling berharga buat
sesebuah negara dan peneraju tampuk pemerintahan negara kelak.
Cadangan : Para pelajar haruslah bersedia dari sekarang untuk menempuhi dunia
yang semakin mencabar ini agar tidak mudah ditindas bak kata peribahasa melayu
sediakan payung sebelum hujan
Penegasan : Oleh itu, para pelajar haruslah melengkapkan diri mereka dengan
pelbagai bidang kemahiran sebelum memasuki dunia pekerjaan

ISI KARANGAN
ISI 1 : KEMAHIRANBERKOMUNIKASI
Fakta : Kemahiran berkomunikasi merupakan kemahiran yang sangat penting dan
wajar dikuasai oleh para pelajar.
Huraian : Hal ini demikian, kerana,setiap pekerjaan memerlukan kita untuk
berinteraksi dan berkomunikasi dengan masyarakat .
Contoh : Misalnya, para pelajar yang petah berbicara mengeluarkan hujah atau
pendapat yang matang dan berani berhadapan dengan pelbagai peringkat klien
akan mudah mendapat tawaran pekerjaan .
4

Penegasan Isi : Oleh itu jelaslah bahawa betapa pentingnya kemahiran


berkomunikasi dalam diri pelajar yang bakal memasuki alam pekerjaan ini.

ISI 2 : KEMAHIRAN BAHASA


Fakta : Pelajar juga haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran bahasa kerana
kemahiran ini memainkan peranan penting sebagai pelengkap bagi para pelajar
untuk memasuki alam pekerjaan
Huraian : Hal ini kerana,individu yang mempunyai kemahiran berbahasa dalam
pelbagai Bahasa lebih mudah mendapat peluang pekerjaan terutamanya dalam era
globalisasi ini.
Contoh : Contohnya bahasa Inggeris, Mandarin, Jepun dan Korea
Penegasan Isi : Jelaslah di sini kemahiran berbahasa juga merupakan kemahiran
yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai asas untuk memasuki alam
pekerjaan.
ISI 3 : KEMAHIRAN TEKNOLOGI

Fakta : kemahiran teknologi juga penting selaras dengan kemajuan teknologi


globalOleh hal yang demikian di situ ada jalan.Dengan ini kita mampu memiliki asset
utama untuk mencari peluang dalam pelbagai sektor.

Huraian : .Hal ini kerana kemahiran ini mungkin berguna kepada pelajar
berdasarkan bidang pekerjaan yang pelajar minati seperti teknologi pembuatan dan
penciptaan .
Contoh : pelajar perlulah mengambil prakarsa untuk mempelajari kemahiran tersebut
dengan meminta tunjuk ajar dari orang yang mahir dan menghadiri kursus teknologi
bak kata pepatah di mana ada kemahuan,

Penegasan Isi : Oleh itu,jelaslah kemahiran teknologi merupakan salah satu


pelengkap bagi pelajar untuk menjamin masa depan yang cerah.

ISI 4 : KEMAHIRAN ICT


Fakta : Para pelajar juga haruslah mempelajari dan menguasai kemahiran dalam
bidang teknologi maklumat.
5

Huraian : Hal ini, demikian kerana teknologi maklumat ini dapat mempercepatkan
proses penyebaran dan pemerolehan maklumat melalui rangkaian intenet dan laman
web.
Contoh : Untuk menguasai bidang ini ,para pelajar digalakkan menyertai kelab
teknologi maklumat di sekolah dan memasuki pertandingan mereka cipta laman
sesawang.
Penegasan Isi : Jadi ,mempelajari bidang teknologi maklumat amatlah penting
kepada para pelajar kerana di zaman yang semakin maju ini kegunaan teknologi
maklumat semakin meluas dalam pelbagai bidang pekerjaan tidak kira swasta
mahupun kerajaan.

PENUTUP
Pandangan : Secara keseluruhannya,jelaslah bahawa kemahiran dalam pelbagai
bidang sangat penting bagi para pelajar sebagai persediaan untuk melangkah ke
alam pekerjaan
Harapan : Oleh itu,pelajar merupakan harapan kepada tonggak kemajuan negara
kelak.Persis kata pepatah,pemuda harapan bangsa,pemudi tiang Negara. Justeru
itu, impian negara untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-
negara maju yang lain akan tercapai.

DISEDIAKAN OLEH :
Panitia Bahasa Melayu
SMK Raja Muda Musa.

Anda mungkin juga menyukai