Anda di halaman 1dari 1

MAJLIS MUAFAKAT PINTAS PUDING

No. 25 Pintas Puding, KM 21 Jalan Kluang Parit Raja, Johor


019-2297764

Tarikh : 29hb Feb 2019

Pengerusi
Masjid Riyaddus Solihin
Pintas Puding Parit Raja

Tuan,
Jemputan Ke majlis Pelepasan Konvoi Tahunan Pemuda Majlis Muafakat Pintas
Puding dan Permohonan Sumbangan.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pemuda Majlis Muafakat Pintas Puding akan mengadakan
Konvoi Tahunan ke pulau pinang pada 05, 06 dan 07 Februari 2019. Dengan ini ingin menjemput
Tuan dan AJK Masjid di Majlis Pelepasan peserta Konvoi dan keterangan seperti berikut:

Tarikh : 05 Februari 2019


Masa : 0800 pagi
Tempat : Perkarangan Masjid Riyaddus Solihin Parit raja

2. Sehubungan dengan itu, untuk makluman tuan peserta seramai 30 orang akan menyertai
konvoi tahun ini, Pihak kami juga ada membuat kutipan yuran penyertaan tetapi masih tidak
mencukupi keperluan program ini. Dengan itu, kami ingin memohon sumbangan dari pihak tuan
sebanyak RM3000 bagi menampung sedikit sebanyak pembelanjaan peserta semasa konvoi
antaranya:

a. Penginapan peserta
b. Makanan Peserta
c. Keperluan lain-lain

Pihak kami berharapdan berbesar hati Pihak Tuan dan AJK dapat hadir bagi memeriahkan lagi
program ini dan berharap permohonan kami mendapat perhatian dan pertimbangan pihak tuan.
Segala perhatian pihak tuan amat kami hargai.

Sekian dan terima kasih,

Yang benar
MAJLIS MUAFAKAT PINTAS PUDING

KHAIRUL ANWAR BIN ABDUL WAHAB


Ketua Pemuda Majlis Muafakat Pintas Puding

s.k :Setiausaha Majlis Muafakat Pintas Puding


Ketua Majlis Muafakat Pintas Puding

Anda mungkin juga menyukai