Anda di halaman 1dari 1

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU

UMNO CAWANGAN PINTAS PUDING


No. 25 Pintas Puding, KM 21 Jalan Kluang Parit Raja, Johor
019-2297764

Tarikh : 20hb Jan 2020

Yang Berbahagia Dato’ Ali bin Shaikh Ahmad


Ketua Umno Bahagian UMNO
Bahagian Sri Gading,

Tuan,
Jemputan Bagi Pelepasan Konvoi Tahunan Pemuda UMNO Pintas Puding dan
Permohonan Sumbangan.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO cawangan Pintas


Puding akan mengadakan Konvoi Tahunan ke pulau pinang pada
24 hingga 28 Januari 2020. Dengan ini ingin menjemput Dato Ketua serta AJK Umno
Bahagian Sri Gading di Majlis Pelepasan peserta Konvoi dan keterangan seperti berikut:

Tarikh : 24 Jan 2020


Masa : 0800 pagi
Tempat : Perkarangan Masjid Riyaddus Solihin Parit raja

2. Sehubungan dengan itu, Pihak Pergerakan Pemuda Umno Pintas Puding ingin
memohon sumbangan dari pihak Yang Berbahagia Dato’ Bagi menampung sedikit sebanyak
pembelanjaan peserta semasa konvoi nanti.

Pihak kami berharap, Pihak Dato dan AJK dapat hadir bagi memeriahkan lagi program ini
dan berharap permohonan kami mendapat perhatian dan pertimbangan pihak tuan. Segala
perhatian pihak tuan amat kami hargai.

Sekian dan terima kasih,

Yang benar
PERGERAKAN PEMUDA UMNO PINTAS PUDING

KHAIRUL ANWAR BIN ABDUL WAHAB


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Pintas Puding

s.k :Setiausaha UMNO Cawangan


Ketua UMNO Cawangan Pintas Puding

Anda mungkin juga menyukai