Anda di halaman 1dari 11

LEMBARAN DATA KESELAMATAN BAHAN

PRODUK

460-S0726 SOLN 1:1 Hydrochloric acid,


Form Liquid

1. PENGENALAN PRODUK KIMIA DAN SYARIKAT

NAMA PRODUK : 460-S0726 SOLN 1:1 Hydrochloric acid, Form Liquid

PEMAKAIAN : REAGEN

PENGENALAN SYARIKAT :

CINA : NALCO INDUSTRIAL SERVICES (SUZHOU) CO LTD TEL: 86-512-68255001 FAKS: 86-512-68250130
INDIA : NLC NALCO INDIA LIMITED TEL: 9133 2674 0395 FAKS: 91-33-22296858
INDONESIA : PT. NALCO INDONESIA TEL: 62-21-8753175 FAKS: 62-21-8753167
MALAYSIA : NALCO INDUSTRIAL SERVICES MALAYSIA SDN BHD TEL: 603-5569 4118 FAKS: 603-5569 5955
FILIPINA : NALCO PHILIPPINES INC. TEL: 63-49-5451550 FAKS: 63-49-5453442
SINGAPURA : NALCO PACIFIC PTE LTD TEL: 65- 6505-6868 FAKS: 65-6862 0850
THAILAND : NALCO INDUSTRIAL SERVICES (THAILAND) CO. TEL: 66-38-955-160 FAKS: 66-38-955-166

Tarikh dikeluarkan : 15.11.2009


Nombor versi : 1.2

Lihat Bahagian 16 untuk mendapatkan penerangan alamat.

NOMBOR TELEFON KECEMASAN : Untuk nombor telefon tempatan, rujuk kepada Seksyen 16
Nombor Kecemasan Antarabangsa: + 65 6542 9595

2. KOMPOSISI/MAKLUMAT TENTANG RAMUAN

Penilaian bahaya kami mengenalpasti zat kimia berikut sebagai zat berbahaya. Rujuk Bahagian 15 untuk
mengetahui sifat bahaya tersebut.

NAMA KIMIA NO. CAS % (w/w)


ASID HIDROKLORIK 7647-01-0 10 - 30
Baki sebatian-sebatian dalam produk ini tidak dikelaskan sebagai bahan
berbahaya atau berada di bawah batas bahaya yang ditetapkan

3. PENGENALAN BAHAYA

BAHAYA KESIHATAN MANUSIA - AKUT

TERKENA MATA
Dapat menyebabkan kerengsaan antara sederhana dengan teruk.

TERKENA KULIT
Dapat menyebabkan kerengsaan sederhana.

DITELAN
Kemungkinan bukan laluan pendedahan. Dijangka tiada kesan buruk.

DIHIDU
Merengsa mata, hidung, tekak dan paru-paru.

BAHAYA KESIHATAN MANUSIA - KRONIK :


Tidak ada kesan buruk dijangka berlaku selain yang disebut di atas.

1 / 11
LEMBARAN DATA KESELAMATAN BAHAN
PRODUK

460-S0726 SOLN 1:1 Hydrochloric acid,


Form Liquid

SIFAT-SIFAT FIZIKAL DAN KIMIA :


Mengeluarkan hidrogen menerusi tindak balas dengan logam.

4. LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS

TERKENA MATA :
Serta merta siram mata dengan air selama sekurang-kurangnya 15 minit sambil memegang kelopak mata
supaya terbuka. Jika kerengsaan tidak lega, siram lagi. Dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.

TERKENA KULIT :
Tanggalkan pakaian yang tercemar dengan segera. Siram serta merta dengan air banyak selama sekurang-
kurangnya 15 minit. Jika kerengsaan kulit tidak reda, dapatkan rawatan perubatan.

DITELAN :
Jangan dipaksa muntah tanpa nasihat doktor. Jika sedar, basuh mulut dan berikan air satu pain untuk diminum.
Dapatkan rawatan perubatan.

DIHIDU :
Pindahkan ke udara bersih, rawat mengikut gejala. Dapatkan rawatan perubatan.

CATATAN UNTUK DOKTOR :


Berdasarkan reaksi masing-masing pesakit, penilaian doktor harus digunakan bagi mengawal gejala dan kondisi
klinikal.

5. LANGKAH-LANGKAH MEMADAM KEBAKARAN

TAKAT KILAT : Tidak boleh menyala

MEDIA PEMADAM :
Dijangka tidak terbakar. Gunakan media pemadam yang sesuai bagi api sekelilingnya.

BAHAYA KEBAKARAN DAN LEDAKAN :


Tidak mudah menyala atau terbakar. Boleh menghasilkan HCl dalam keadaan kebakaran. Jika terkena logam
reaktif (misalnya aluminium), boleh menyebabkan bangkitnya gas hidrogen mudah menyala.

PERALATAN PELINDUNG KHAS UNTUK MEMADAM KEBAKARAN :


Jika berlaku kebakaran, pakai alat pernafasan swalengkap tekanan positif penuh muka dan baju pelindung.

KEPEKAAN KEPADA NYAHCAS STATIK :


Dijangka tidak peka kepada nyahcas statik.

6. LANGKAH-LANGKAH PEMBEBASAN SECARA TIDAK SENGAJA

LANGKAH-LANGKAH WASPADA DIRI :


Sekat kemasukan ke kawasan dengan sewajarnya hingga operasi pembersihan selesai. Pastikan pembersihan
dilakukan oleh kakitangan terlatih sahaja. Udarakan kawasan tumpahan jika dapat. Jangan sentuh bahan
tumpah. Hentikan atau kurangkan apa-apa bocoran jika selamat untuk melakukannya. Gunakan peralatan
pelindung diri yang disarankan di Bahagian 8 (Kawalan Pendedahan/Perlindungan Diri). Beritahu pihak
berkuasa kerajaan, kesihatan dan keselamatan pekerjaan dan alam sekitar yang berkenaan.

KAEDAH PEMBERSIHAN :

2 / 11
LEMBARAN DATA KESELAMATAN BAHAN
PRODUK

460-S0726 SOLN 1:1 Hydrochloric acid,


Form Liquid

TUMPAHAN KECIL: Serap tumpahan dengan bahan penyerap lengai. Isikan sisanya dalam bekas sesuai yang
bertutup dan berlabel sewajarnya. Cuci kawasan yang terjejas.

LANGKAH-LANGKAH WASPADA ALAM SEKITAR :


Jangan cemarkan air permukaan.

7. PENANGANAN DAN PENYIMPANAN

PENANGANAN :
Hindarkan daripada terkena mata dan kulit. Jangan dimakan atau diminum. Jangan sampai termasuk mata,
terkena kulit, atau terkena pakaian. Pastikan peralatan kecemasan (untuk kebakaran, tumpahan, kebocoran,
dsb) siap sedia untuk digunakan. Pastikan semua bekas berlabel. Bekas harus sentiasa ditutup apabila tidak
digunakan. Gunakan dengan pengudaraan yang memadai.

PERSYARATAN PENYIMPANAN :
Simpan bekasnya dalam keadaan tertutup ketat. Simpan dalam bekas sesuai yang berlabel. Simpan
berasingan daripada bes.

BAHAN PEMBINAAN YANG TIDAK SESUAI :


Jangan gunakan aluminium atau keluli lembut.

8. KAWALAN PENDEDAHAN/PERLINDUNGAN DIRI

HAD PENDEDAHAN PEKERJAAN


Garispanduan pendedahan belum ditentukan bagi produk ini. Had pendedahan tersedia bagi zat berkenaan
ditunjukkan di bawah.

Negara/Sumber Zat Kategori: ppm mg/m3

CHINA ASID HIDROKLORIK MAC 7.5

HONG KONG ASID HIDROKLORIK CEILING 5 7.5

INDIA ASID HIDROKLORIK CEILING 5 7

INDONESIA ASID HIDROKLORIK Ceiling 5 7.5

JAPAN ASID HIDROKLORIK CEILING 5 7.5

MALAYSIA ASID HIDROKLORIK CEILING 5 7.5

PHILIPPINES ASID HIDROKLORIK CEILING 5 7

SINGAPORE ASID HIDROKLORIK STEL 5 7.5

THAILAND ASID HIDROKLORIK CEILING 5 7

USA ASID HIDROKLORIK ACGIH/Ceiling 2


OSHA Z1/Ceiling 5 7

* Notasi kulit menunjukkan potensi sumbangan besar kepada pendedahan keseluruhan melalui laluan kutaneus,
termasuk membran mukus dan mata.

LANGKAH PEMANTAUAN :

3 / 11
LEMBARAN DATA KESELAMATAN BAHAN
PRODUK

460-S0726 SOLN 1:1 Hydrochloric acid,


Form Liquid

Sejumlah kecil udara disedut melalui bahan penyerap atau rintangan bagi memerangkap zat yang kemudian boleh
dinyahserap atau disingkir dan dianalisis mengikut rujukan di bawah:
Zat Kaedah Analisis Zat penyerap
ASID HIDROKLORIK US NIOSH: 7903 Kromatografi ion Gel Silika

LANGKAH-LANGKAH KEJURUTERAAN :
Pengudaraan umum disarankan. Sediakan pengudaraan ekzos setempat jika perlu bagi mengawal kabus dan
wap bawaan udara.

PERLINDUNGAN DIRI

NASIHAT UMUM :
Penggunaan dan pemilihan peralatan perlindungan diri dikaitkan dengan bahaya produk, tempat kerja dan cara
produk ditangani. Pada umumnya, kami sarankan supaya memakai kaca mata keledar dengan perisai sisi dan
pakaian kerja yang melindungi lengan, kaki dan badan sebagai perlindungan minimum. Di samping itu, sesiapa
yang melawat kawasan di mana produk ini dikendalikan diperlukan sekurang-kurangnya memakai pelindung
mata bersama-sama pelindung tepinya.

PERLINDUNGAN PERNAFASAN :
Perlindungan pernafasan biasanya tidak diperlukan. Jika kabus, wap atau aerosol banyak dibangkitkan,
disarankan memakai alat pernafasan yang diluluskan. Bahan turas yang sesuai bergantung pada jumlah dan
jenis bahan kimia yang ditangani. Timbangkan penggunaan turas jenis: Kartrij gas asid. dengan praturas
Zarahan. Jika perlu perlindungan pernafasan, laksanakan program perlindungan pernafasan yang lengkap
termasuk pemilihan, ujian kesesuaian, latihan, penyenggaraan dan pemeriksaan. Jika perlu masuk dalam
keadaan kecemasan atau secara dirancang ke dalam kepekatan yang tidak diketahui, SCBA tekanan positif
penuh muka harus digunakan.

PERLINDUNGAN TANGAN :
SARUNG TANGAN PVC Sarung tangan neoprena Sarung tangan nitril Sarung tangan butil

PERLINDUNGAN KULIT :
Pakai apron kalis bahan kimia, gogal percikan bahan kimia, sarung tangan dan but tidak telus.

PERLINDUNGAN MATA :
Pakai gogal percikan kimia.

SARANAN KEBERSIHAN :
Gunakan amalan kebersihan kerja dan diri yang baik bagi mengelakkan pendedahan. Sediakan pili basuh mata.
Sediakan pancuran mandi keselamatan. Jika pakaian tercemar, tanggalkan pakaian dan cuci bersih bahagian
terjejas. Pakaian tercemar harus dibasuh sebelum diguna semula. Basuh tubuh bersih-bersih setelah
menangani bahan kimia. Apabila menangani produk ini, jangan makan, minum atau merokok.

4 / 11
LEMBARAN DATA KESELAMATAN BAHAN
PRODUK

460-S0726 SOLN 1:1 Hydrochloric acid,


Form Liquid

9. SIFAT-SIFAT FIZIKAL DAN KIMIA

KEADAAN FIZIKAL Cecair


RUPA Tak Berwarna
BAU Pedas
pH (100 %) < 0.5 ASTM E-70
TEKANAN WAP Tiada data.
KETUMPATAN WAP Tiada data.
GRAVITI TERTENTU 1.093 (15.6 °C)
KETUMPATAN Tiada data.
KETERLARUTAN DALAM AIR Lengkap
TAKAT LEBUR Tiada data.
TAKAT DIDIH 109 °C
TAKAT KILAT Tidak boleh menyala
HAD LEDAKAN BAWAH Tiada data.
HAD LEDAKAN ATAS Tiada data.
SUHU SWAPENCUCUHAN Tiada data.

Catatan: Sifat-sifat fizikal ini merupakan nilai lazim bagi produk ini dan boleh berubah.

10. KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN

KESTABILAN :
Stabil dalam keadaan biasa.

PEMPOLIMERAN BERBAHAYA :
Pempolimeran berbahaya tidak akan terjadi.

KEADAAN YANG HARUS DIHINDARKAN :


Suhu sejuk-beku

BAHAN YANG HARUS DIHINDARKAN :


Jika terkena alkali keras (misalnya, ammonia dan larutannya, karbonat, natrium hidroksida (kaustik), kalium
hidroksida, kalsium hidroksida (kapur), sianida, sulfida, hipoklorit, klorit), boleh menghasilkan haba, percikan
atau pendidihan serta wap toksik. Jika terkena logam reaktif (misalnya aluminium), boleh menyebabkan
bangkitnya gas hidrogen mudah menyala.

HASIL PENGURAIAN BERBAHAYA :


Dalam keadaan kebakaran: HCl

11. MAKLUMAT TOKSIKOLOGI

DATA KETOKSIKAN AKUT :


Kajian ketoksikan belum pernah dijalankan tentang produk ini.

PEMEKAAN :
Produk ini dijangka bukan zat memeka.

KEKARSINOGENAN :
Tidak ada zat dalam produk ini yang disenarai sebagai karsinogen oleh Agensi Antarabangsa Kajiselidik Kanser
(IARC), Program Toksikologi Nasional (NTP) atau Persidangan Ahli Kebersihan Industri Kerajaan Amerika
(ACGIH).

5 / 11
LEMBARAN DATA KESELAMATAN BAHAN
PRODUK

460-S0726 SOLN 1:1 Hydrochloric acid,


Form Liquid

Untuk maklumat lanjutan tentang sifat bahaya cara penyediaan, sila rujuk Bahagian 2 dan 12

PENCIRIAN BAHAYA MANUSIA :


Berasaskan pencirian bahaya kami, potensi bahaya manusia ialah: Rendah

12. MAKLUMAT EKOLOGI

KESAN KETOKSIKAN EKOLOGI :


Kajian ketoksikan belum pernah dijalankan tentang produk ini.

MOBILITI DAN POTENSI BIOPENIMBUNAN :


Takdir alam sekitar dianggarkan menggunakan model fugasiti aras III yang terbina dalam EPI (antaramuka
aturcara anggaran) Suite TM, yang dibekal oleh EPA Amerika Syarikat. Model tersebut mengandaikan syarat
keadaan mantap antara jumlah input dengan output. Model aras III tidak perlukan keseimbangan antara media
yang didefinisi. Maklumat-maklumat yang dikemukakan ini adalah bertujuan untuk memaklumkan pengguna,
penjangkaan umum terhadap kemudaratan alam sekitar oleh produck ini dibawah keadaan-keadaan tertentu;

Udara Air Tanah/endapan


5 - 10% 30 - 50% 30 - 50%

Bahagian dalam air dijangka boleh terlarut atau tersebar.

Sediaan atau bahan ini dijangka tidak biomemekat.

KEKEKALAN DAN PEROSOTAN :

Lebih daripada 95% produk ini mengandungi bahan-bahan inorganik yang mana nilai biodegradasinya tidak
dapat ditentukan.

PENCIRIAN BAHAYA ALAM SEKITAR


Berasaskan pencirian bahaya kami, potensi bahaya manusia ialah: Rendah

13. PERTIMBANGAN PELUPUSAN

Bahan buangan berbahaya harus diangkut oleh pengangkut bahan buangan berbahaya yang berlesen dan
dilupuskan atau diolah di kemudahan pengolahan, penyimpanan, pelupusan atau kitar semula bahan buangan
yang memiliki lesen yang sewajarnya. Rujuk peraturan tempatan, negeri atau persekutuan untuk mengetahui
jika ada persyaratan khusus.

PERATURAN NEGARA, CINA


Mematuhi peraturan tempatan.

PERATURAN NEGARA, INDIA


Produk yang belum digunakan harus dilupuskan sejajar dengan "Peraturan Bahan Buangan Berbahaya
(Pengurusan dan Penanganan) 1989" serta peraturan tempatan dan Negeri, mana yang berkenaan.

PERATURAN NEGARA, INDONESIA


Kaedah Buangan menurut peraturan alam sekitar kebangsaan No 85/1999 berkaitan Pindaan peraturan alam
sekitar no 18/1999 berkaitan "Pengurusan Hazard dan Hasil Buangan Toksik", yang juga mengantikan
Peraturan Alam Sekitar No 19/1994, (dan beberapa pindaan) yang berkaitan."

6 / 11
LEMBARAN DATA KESELAMATAN BAHAN
PRODUK

460-S0726 SOLN 1:1 Hydrochloric acid,


Form Liquid

PERATURAN NEGARA, MALAYSIA


Lupuskan sejajar dengan Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Bahan Buangan Terjadual) 1989 dan pedoman lain
yang dikeluarkan oleh DOE dan/atau pihak berkuasa tempatan.

PERATURAN NEGARA, FILIPINA


Lupuskan sejajar dengan Dekri President No. 984-1976 ("Undang-Undang Kawalan Pencemaran"); Perintah
Pentadbiran Jabatan DENR No. 29-92 ("Peraturan Pelaksanaan RA6969") dan Dekri Presiden No. 825.

PERATURAN NEGARA, SINGAPURA


Lupuskan bahan buangan sejajar dengan Akta Kesihatan Alam Sekitar (Bab 95, Peraturan 11), Peraturan
Kesihatan Awam Alam Sekitar (Bahan Buangan Toksik) Edisi 1990.

PERATURAN NEGARA, THAILAND


Pelupusan bahan buangan berbahaya berdasarkan kepada " Pemberitahuan Kepada Kementerian Perindustrian
B.E.2548, Subjek: Pelupusan Bahan-Bahan Buangan atau Bahan-Bahan Tidak Berguna".

14. MAKLUMAT PENGANGKUTAN

Maklumat dalam bahagian ini untuk rujukan sahaja dan tidak seharusnya mengganti surat pengiriman (bil
muatan kapal) yang khusus bagi pesanan tertentu. Harap maklum bahawa Nama Pengiriman yang Wajar /
Kelas Bahaya mungkin berbeza mengikut bungkusan, ciri, dan kaedah pengangkutan.

PENGANGKUTAN DARAT
Nama Pengiriman Wajar : LARUTAN ASID HIDROKLORIK

No. UN/ID : UN 1789


Kelas Bahaya - Primer : 8
Kumpulan Pembungkusan : III
KOD HAZCHEM : 2R

PERATURAN NEGARA, CINA


Mematuhi peraturan tempatan.

PERATURAN NEGARA, INDIA


Pengangkutan sejajar dengan Peraturan Kenderaan Bermotor Pusat 1989.

PERATURAN NEGARA, INDONESIA


Kaedah pengangkutan berkaitan peraturan kebangsaan , termasuk "Peraturan oleh Menteri Pengangkutan No
69/1993 berkaitan Pengangkurtan Darat."

PERATURAN NEGARA, MALAYSIA


Tidak ada peraturan yang khusus mengatur pengangkutan bahan kimia. Gunakan amalan terbaik.

PERATURAN NEGARA, FILIPINA


Pengangkutan sejajar dengan undang-undang berikut (mana yang berkenaan): Dekri Presiden No. 1185, 1977
(Kod Kebakaran Filipina) serta peraturan pelaksanaannya; Dekri Presiden No. 856, 1975 (Kod Sanitasi); Akta
Republik No. 6969, 1990 (Akta Kawalan Zat Toksik dan Bahan Buangan Berbahaya dan Nuklear) serta
peraturan pelaksanaannya.

PERATURAN NEGARA, SINGAPURA


Pengangkutan Darat mematuhi Peraturan Kawalan Pencemaran Alam Sekitar (Zat Berbahaya) 1999, yang
mengikuti "Spesifikasi Pelabelan Awas Zat Berbahaya" - Piawai Singapura 286 (1984).

7 / 11
LEMBARAN DATA KESELAMATAN BAHAN
PRODUK

460-S0726 SOLN 1:1 Hydrochloric acid,


Form Liquid

PERATURAN NEGARA, THAILAND


Produk harus diangkut sejajar dengan "Akta Zat Berbahaya B.E.2535", "Pemberitahuan Kementerian Kesihatan
Awam, Perkara: Label dan Aras Ketoksikan Barang-Barang Berbahaya yang terletak di bawah Tanggung Jawab
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan 2534 (Jika berkenaan)" serta "Pemberitahuan Jabatan Pengangkutan
Darat, Perkara: 14 November B.E.2543 (14 November 2000)".

PENGANGKUTAN UDARA (ICAO/IATA)


Nama Pengiriman Wajar : LARUTAN ASID HIDROKLORIK
Nama Teknikal :
No. UN/ID : UN 1789
Kelas Bahaya - Primer : 8
Kumpulan Pembungkusan : III
Petunjuk Pembungkusan Kargo IATA : 821
Had Kapal Terbang Kargo IATA : 60 L (Kuantiti bersih maksimum setiap bungkusan)
Petunjuk Pembungkusan Penumpang Y819 / 819
IATA :
Had Kapal Terbang Penumpang IATA : 1L/5L

PENGANGKUTAN LAUT (IMDG/IMO)


Nama Pengiriman Wajar : LARUTAN ASID HIDROKLORIK
Nama Teknikal :
No. UN/ID : UN 1789
Kelas Bahaya - Primer : 8
Kumpulan Pembungkusan : III
EmS-Nr. : F-A, S-B

15. MAKLUMAT KAWAL SELIA

PERATURAN NEGARA EROPAH :

LAMBANG BAHAYA

MERENGSA

Mengandungi:..ASID HIDROKLORIK

FRASA RISIKO
R36/37/38 - Merengsa kepada mata, sistem pernafasan dan kulit.

PERATURAN NEGARA, MALAYSIA :

8 / 11
LEMBARAN DATA KESELAMATAN BAHAN
PRODUK

460-S0726 SOLN 1:1 Hydrochloric acid,


Form Liquid

LAMBANG BAHAYA

MERENGSA

Mengandungi:..ASID HIDROKLORIK

FRASA RISIKO
R36/37/38 - Merengsa kepada mata, sistem pernafasan dan kulit.

FRASA KESELAMATAN
S23 - Jangan menyedut wap.
S24/25 - Elakkan daripada bersentuhan dengan kulit dan mata.
S26 - Jika bersentuhan dengan mata, basuh segera dengan menggunakan air yang banyak dan dapatkan
nasihat perubatan.
S28 - Selepas bersentuhan dengan kulit, basuh segera dengan yang banyak.
S36/37/39 - Pakailah pakaian perlindungan, sarung tangan dan perlindungan mata/muka yang sesuai.

PERATURAN NEGARA, SINGAPURA :

AKTA KAWALAN PENCEMARAN PERSEKITARAN :Produk ini mengandungi bahan berbahaya yang di kewal.
Satu permit Racun adalah di perlukan di bawah #Akta Kawalan Pencemaran Alam Sekitar# untuk menggunakan
atau menyimpan bahan kimia ini.
Sebatian peruntukan:
ASID HIDROKLORIK

PERATURAN ANTARABANGSA

PENGKADARAN NFPA
KESIHATAN : 1 KEBOLEHNYALAAN 0 KETIDAKSTABILAN : 0 LAIN :
:
0 =Hampir Tiada 1 = Sedikit 2-Sederhana 3-Tinggi 4-Terlampau

UNDANG-UNDANG KAWALAN BAHAN KIMIA ANTARABANGSA

AUSTRALIA
Semua zat dalam produk ini mematuhi Skim Pemberitahuan dan Penaksiran Bahan Kimia Industri Nasional
(NICNAS).

AMERIKA SYARIKAT :
Zat dalam sediaan ini termasuk dalam atau dikecualikan daripada Inventori (40 CFR 710) TSCA 8(b).

9 / 11
LEMBARAN DATA KESELAMATAN BAHAN
PRODUK

460-S0726 SOLN 1:1 Hydrochloric acid,


Form Liquid

CANADA :
Sebatian-sebatian di dalam penyediaan ini adalah termasuk dalam atau dikecualikan daripada Senarai Sebatian
Domestik (DSL).

EROPAH
Zat dalam sediaan ini termasuk dalam atau dikecualikan daripada inventori EINECS atau ELINCS.

JEPUN
Kesemua Bahan-bahan di dalam produk ini adalah komplian dengan Akta Kawalan Bahan Kimia dan kelah
disenaraikan dalam Senarai Kementerian Ekonomi, Perusahaan dan Industri (METI).

CINA
Semua zat dalam produk ini mematuhi Undang-Undang Kawalan Kimia dan disenaraikan dalam Inventori Kimia
Zat Sedia Wujud (IECSC).

KOREA
Semua zat dalam produk ini mematuhi Undang-Undang Kawalan Kimia Toksik (TCCL) dan disenaraikan dalam
Senarai Bahan Kimia Sedia Wujud (ECL).

FILIPINA
Semua zat dalam produk ini mematuhi Akta Republik 6969 (RA 6969) dan disenaraikan dalam Inventori Bahan
Kimia dan Zat Kimia Filipina (PICCS).

16. MAKLUMAT LAIN

Risalah Data Keselamatan Kimia produk ini memberi maklumat kesihatan dan keselamatan. Produk ini mesti
digunakan mengikut aplikasi yang konsisten dengan maklumat produk kami. Individu yang mengendalikan
produk ini hendaklah diberitahu mengenai langkah-langkah keselamatan yang disyorkan dan haruslah
mempunyai akses kepada maklumat ini. Untuk kegunaan lain, pendedahan hendaklah dinilai supaya cara
pengendalian dan program latihan boleh disediakan untuk memastikan operasi kerja yang selamat. Sila hubungi
wakil jualan tempatan kami untuk maklumat lanjut.

NALCO INDUSTRIAL SERVICES (SUZHOU) CO LTD; 88 Ta Yuan Road, Suzhou New Development Zone,
Jiangsu 215011 PRC

NLC NALCO INDIA LIMITED; 20/A Park St, Culcutta 700016 India

PT. NALCO INDONESIA; Jl. Pahlawan, Desa Karang Asem Timur, Citeureup, Bogor, Indonesia

NALCO INDUSTRIAL SERVICES MALAYSIA SDN BHD; No 1, Jalan Jururancang U1/21, Seksyen U1, Hicom-
Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

NALCO PHILIPPINES INC.; Barrio Real, Calamba, Laguna, Philippines

NALCO PACIFIC PTE LTD; 21 Gul Lane, Singapore 629416

NALCO INDUSTRIAL SERVICES (THAILAND) CO.; Rayong Plant, 109/19 M00 4, Eastern Seaboard Industrial
Estate, Soi ESIE 6, T. Pluakdaeng, A. Pluakdaeng Rayong 21140 Thailand

NOMBOR TELEFON KECEMASAN :

10 / 11
LEMBARAN DATA KESELAMATAN BAHAN
PRODUK

460-S0726 SOLN 1:1 Hydrochloric acid,


Form Liquid

CINA : 0080025378747 dan 0065 6542 9595


INDIA : +65 6542 9595
INDONESIA : +65 6542 9595
MALAYSIA : 03 556 94054
FILIPINA : 1800 10 8421250
SINGAPURA : 6542 9595
THAILAND : 02-104-0545

Perubahan-perubahan nyata dalam peraturan atau maklumat kesihatan untuk semakan ini telah ditunjukkan
dengan bar di sebelah kiri tangan dalam MSDS.

Disiapkan Oleh: Nalco Asia Pasifik, Pakar Keselamatan, Kesihatan dan Persikitaran.

11 / 11

Anda mungkin juga menyukai