Anda di halaman 1dari 8

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ASET/ALIH HARTA SEKOLAH

2012

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS ALOR SETAR

KEDAH DARUL AMAN

TARIKH : 10/01/2012

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : BILIK MAHSURI, SKPK ALOR SETAR

HADIR :

1. EN. JAFFRI JOHAN BIN ZAINUDIN PENGERUSI


2. EN. MOHD NOR BIN ABU BAKAR N. PENGERUSI 2
3. EN. JAMIL BIN OTHMAN N. PENGERUSI 3
4. EN. SUHAIMI YOP SETIAUSAHA (PEG ASET)
5. EN. MOHD NORHISHAM BIN OTHMAN
6. PN. SURIA BINTI MD ISA
7. EN. MOHD SALLEH BIN OMAR
8. EN. ZAINAL BIN IDRIS
9. EN. MOHD HAIRUL IZUAN BIN MANSOR

TIDAK HADIR :

1. EN. ZULKHAIRI BIN CHE PA


2. EN. UMAR BIN NORMAN
3. EN. SOLHI TAGOR BIN ABD HAMID
4. EN. ABDUL SATAR BIN YAHYA

1.0 UCAPAN PENGERUSI


Pengerusi mengalu−alukan kehadiran semua ahli jawatan kuasa dan membentangkan carta
organisasi jawatankuasa aset/ alih harta sekolah serta menerangkan bidang kuasa dan tugas kepada
semua ahli.
1. EN. SUHAIMI YOP Setiausaha (Peg. Aset)
2. EN. MOHD NORHISHAM OTHMAN Lembaga Pemeriksa Pelupusan
3. EN. UMAR BIN NORMAN Peg. Pemeriksa harta modal&inventori
4. PN. SURIA BINTI MD ISA Peg. Pusat sumber Sekolah
5. EN. MOHD SALLEH BIN OMAR Peg. Pembayaran
6. EN. ABDUL SATAR BIN YAHYA Peg. ICT Sekolah
7. EN. SOLHI TAGOR BIN ABD HAMID Peg. Bilik Pend. Jasmani
8. EN. ZAINAL BIN IDRIS Pembantu Pegawai
9. EN. MOHD HAIRUL IZUAN BIN MANSOR Pembantu Pegawai

2.0 MEMBINCANGKAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA ASET


Pengerusi juga menerangakan terdapat 6 tugas utama ahli jawatankuasa aset/alih harta (Pegawai
Aset) sekolah, iaitu:

1. Menyelaraskan semua urusan berkaitan dengan Pengurusan Aset Alih Kerajaan iaitu dari segi
penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, penggunaan, pemeriksaan, pelupusan, hapus kira dan
kes kehilangan aset alih Kerajaan;
2. Memastikan dua (2) Pegawai Pemeriksa yang telah dilantik menjalankan pemeriksaan ke atas
aset setiap tahun;
3. Memastikan dua (2) Lembaga Pemeriksa yang dilantik menguruskan pelupusan aset;
4. Mengemukakan Laporan Tahunan iaitu Laporan Harta Modal dan Inventori, Laporan
Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori, Laporan Perlupusan Aset Alih Kerajaan dan Laporan
Tindakan Surcaj / Tatatertib ke Jabatan pada setiap hujung/ awal tahun berikutnya untuk
disemak sebelum dikemukakan kepada Perbendaharaan oleh Bahagian Perolehan dan
Pengurusan Aset Kementerian Pelajaran Malaysia. Laporan tahunan aset disediakan sebelum 16
Januari setiap tahun.
5. Bertanggungjawab untuk mengurangkan jumlah aset /alih harta sekolah dengan berkesan.
6. Pegawai Aset Sekolah memastikan semua aset alih Kerajaan diuruskan mengikut Pekeliling
Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TOA) bil.5 Tahun 2007.

3.0 BUKU STOK


Pengerusi juga memaklumkan bahawa keadaan terkini buku stok sekolah tidak begitu baik. Ia tidak
di kemaskini dengan betul dan teratur dan berharap pada tahun ini perkara tersebut dapat
diselesaikan.

Puan Suria memaklumkan bahawa semua stok di Pusat Sumber sekolah berada di dalam keadaan
yang baik tetapi menghadapi masalah untuk mengisi nombor stok kerana beliau tidak
mengetahui apakan turutan yang betul bagi nombor−nombor tersebut.

4.0 PENDAFTARAN SEMULA ASET SEKOLAH


Pengerusi memaklumkan matlamat jawatankuasa pada tahun ini adalah mengemaskini stok sedia
ada. Perisian secara otomatik telah dibeli dan memohon kepada pegawai aset untuk memasukkan
segala data secara terus kedalam komputer. Komputer telah disediakan di dalam pejabat di dalam
bilik mesin fotostat untuk memudahkan kerja−kerja pemantauan.
Jawatankuasa telah memutuskan untuk mendaftar semula aset baru dan sedia ada (wujud) di
sekolah seperti:
1. Meja murid
2. Kerusi
3. Komputer
4. Projektor
5. Papan tulis
6. Almari
7. Katil
8. Tilam
9. Bantal
10. Cadar
11. Langsir
12. “water cooler”
13. TV
14. Barangan pejabat

Aset akan disemak mengikut tempat yang mempunyai guru/PPM/penjaga bilik. Menjadi
tanggungjawab pemilik tempat tersebut untuk mengemaskini maklumat aset menggunakan borang
yang akan disediakan oleh Pegawai Aset sekolah.

Mesyuarat juga memutuskan semua aset sediada perlu di kemaskini pada Mac 2012. Pengerusi juga
meminta Cikgu Suhaimi untuk menyediakan carta gantt untuk mencapai sasaran yang telah di
berikan.

5.0 HAPUS KIRA


Mesyuarat memutuskan untuk menghantar semula surat pelupusan aset untuk menyegerakan
proses pelupusan aset. Satu surat tindak ikut akan dikeluarkan bagi tujuan tersebut.
Pengerusi majlis memberitahu jika terdapat meja atau kerusi yang rosak sila letakkan di luar kelas
supaya pekerja am dapat membawa barang tersebut ke stor lupus.

6.0 HAL−HAL LAIN


En. Hairul bertanya jika printer rosak dan diganti baru adakah perlu di masukkan sebagai harta baru
sedangkan barang tersebut diganti. Pengerusi memaklumkan perkara tersebut perlu di kemaskini
di kad harta modal dan di masukkan sebagai aset baru.

En. Saleh memohon supaya semua aset yang akan di kemaskini di tampal pelekat aset. Jika barang
tersebut di selenggara perlu di kemaskini di dalam kad harta modal. Setiap aktiviti yang beraku
terhadap barang tersebut perlu di rekodkan dengan baik.
7.0 PENUTUP
Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan untuk memastikan aset
sekolah berada di dalam keadaan terkini.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−− −−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−
(SUHAIMI YOP) ( )
SETIAUSAHA ASET/ALIH HARTA SEKOLAH
CONTOH BORANG ASET SEKOLAH
Bil. Item Jumlah

Di sediakan Oleh Di semak Oleh

−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−− −−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−
TASKE FORCE ASET SEKOLAH SKPK ALOR SETAR

KELAS

KETUA

(EN NORHISHAM)

SURIA

PSS
BORANG ASET (SKPK ALOR SETA0R)

Bil. Item Jumlah

Di sediakan Oleh Di semak Oleh

−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−− −−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−−
*SILA PASTIKAN SEmUA ALATAN DI TULIS DENGAN KUANTITI YANG BETUL

Anda mungkin juga menyukai