Anda di halaman 1dari 1

KEPADA

Prof/ Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan

MEMOHON UNTUK TIDAK MENGHADIRI KELAS

Merujuk kepada perkara dia atas, saya, Ts. Dr. Mohd Amizan Bin Mohamaed @ Arifin, selaku
pengurus pasukan Orienteering Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM Shah Alam bagi Sukan Antara
Fakulti (SAF) 2023 ingin memohon budi bicara daripada pihak Prof/ Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan
untuk memberi kebenaran kepada atlet orienteering (Lampiran Senarai Atlet Orienteering SAF KPK)
untuk tidak menghadiri kelas pada hari Khamis, 12 Januari 2023 dari jam 5.00 ke 7.00 petang/ 6.00
petang ke 8.00 malam.

Ini adalah kerana atlet orienteering akan menjalani satu latihan bersama pengurus dan
jurulatih pada hari yang berkenaan bermula jam 5.30 petang hingga jam 7.00 malam. Latihan ini
adalah sangat penting sebagai persediaan atlet untuk meghadapi perlawanan yang akan dijadualkan
pada hari Sabtu, 14 Januari 2023 nanti.

Namun begitu, saya akan menasihatkan atlet orienteering yang terlibat untuk mengulangkaji
pelajaran yang tertinggal untuk sesi kelas tersebut dan juga permohonan ini adalah hanya untuk
tidak menghadiri kelas pada hari ini sahaja. Atlet adalah tidak terkecuali daripada sebarang
penghantaran tugasan/kuiz/ujian yang telah ditetapkan lebih awal daripada tarikh dan masa
tersebut.

Budi bicara daripada pihak Prof/ Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan saya dahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian.

(Ts. Dr. Mohd Amizan Bin Mohamed @ Arifin)

Pengurus
Pasukan Orienteering KPK SAF 2023

Anda mungkin juga menyukai