Anda di halaman 1dari 2

Surat Kami: 100-UiTMKS/FSPPP (Akd.

14/3/4)
Tarikh: 26 SEPTEMBER 2014

RADZI & CO.


NO 48-2, JALAN KOMERSIL SENAWANG 7,
TAMAN KOMERSIL SENAWANG
70450 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENEMPATAN MENJALANI LATIHAN PRAKTIKAL BAGI PELAJAR UiTM DARI


FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI (FSPPP), UNIVERSITI TEKNOLOGI
MARA (UiTM), SEREMBAN

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah berkaitan dan dirujuk.

2. Sukacita saya menarik perhatian tuan bahawa sejak semester Julai-November 2010 pihak
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) telah memulakan kursus ADS 666 (Latihan
Praktikal) bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat (AM225). Sehubungan itu program
ini akan diteruskan untuk semester ini dan akan berlangsung selama Enam (6) minggu mulai 20
Januari hingga 27 Febuari 2015. Dalam hubungan ini pelajar kami iaitu Amirul Husaini Bin Zainal
Abidin, No Matrik Pelajar: 2012861512 dari program di atas telah mengenal pasti organisasi tuan
sebagai tempat untuk menjalani latihan praktikal. Resume pelajar yang berkenaan seperti di lampiran.

3. Sehubungan dengan itu besarlah harapan kami agar permohonan pelajar ini dapat diterima
dan diluluskan oleh pihak tuan dan segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang maklumbalas bolehlah disalurkan menerusi salinan
Lampiran yang disertakan menerusi e-mel (u.p: Penyelaras Latihan Praktikal AM225)
norraidah@salam.uitm.edu.my dan difaksmili ke 06-6335815 atau nombor telefon bimbit 012-
9739737

4. Segala kerjasama dan maklumbalas awal yang diberikan oleh pihak tuan berhubung perkara
di atas adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

JADIKAN UiTM YANG TERBAIK


UTAMAKAN KOMPETENSI DAN PROFESIONALISME

Yang benar

(NORRAIDAH BT ABU HASAN)


Koordinator Latihan Praktikal AM225
b/p. Dekan
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi

Anda mungkin juga menyukai