Anda di halaman 1dari 2

Pegawai yang Berkenaan,

Unit Hal Ehwal Akademik,


UiTM Cawangan Negeri Sembilan,
Kampus Rembau,
Negeri Sembilan

PERMOHONAN PENDAFTARAN KURSUS KOKURIKULUM SUKSIS DAN PALAPES BAGI


PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA SEMESTER 4, 5 DAN 6

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya, Norsyazwani binti Ismail, pelajar Sarjana Muda Pengurusan Maklumat (Kepujian)
Perpustakaan, mewakili unit uniform SUKSIS dan PALAPES UiTM Rembau, ingin memohon
kepada pihak tuan agar pendaftaran kod kursus kokurikulum kami bagi semester 4, 5 dan 6
didaftarkan di dalam sistem pendaftaran subjek pelajar.

Hal ini demikian kerana pihak atasan SUKSIS dan PALAPES telah membuat rombakan dan
penstrukturan semula bagi semua kod kokurikulum kami. Untuk pengetahuan pihak tuan, kami
telah dipindahkan dari skuad Shah Alam ke Rembau kerana perpindahan fakulti dan urusan
pendaftaran kod kursus kokurikulum perlu dilakukan secara manual di UiTM Rembau

Di sini saya ingin menjelaskan bahawa sebelum ini pendaftaran kod kursus bagi unit beruniform
SUKSIS dan PALAPES hanya setakat semester 3 sahaja dan kini setiap semester kami
diwajibkan mendaftar kod kursus kokurikulum masing-masing.

Diharapkan pihak tuan dapat membuka dan mendaftarkan secara manual kod kursus
kokurikulum SUKSIS dan PALAPES dilakukan dengan segera untuk penyelarasan bersama
skuad kami di Shah Alam.

Kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

NORSYAZWANI BT ISMAIL
LAMPIRAN

Bil. Nama No.kad matrik Unit kokurikulum


1 NORSYAZWANI BT ISMAIL 2015283172 SUKSIS

2 MAZAITUL AZIRAH BT 2015409246 SUKSIS


MAZNAN
3 SITI QUALIJAH BT ABU 2015263316 PALAPES
THOLIB

Anda mungkin juga menyukai