Anda di halaman 1dari 3

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), CAWANGAN NEGERI SEMBILAN,

KAMPUS REMBAU

KERTAS CADANGAN

FREE ED 4 KIDS

ANJURAN

KURSUS KOKURIKULUM KHIDMAT MASYARAKAT (HPD133 D)

CAWANGAN NEGERI SEMBILAN, KAMPUS REMBAU

PENASIHAT

NASRULLAH BIN ZAINAL ABIDIN


1.0 IPTA
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau

2.0 Tujuan
Kertas cadangan ini disediakan bagi memohon kelulusan segera dari pihak
pengurusan UiTM Rembau untuk menganjurkan program FreeEd4Kids

3.0 Pengenalan dan Latar Belakang Program


Program FreeEd4Kids ialah aktiviti kanak-kanak yang dianjurkan bagi melatih pelajar
untuk menjadi seorang pembimbing yang memberi imej yang baik kepada masyarakat
atau komuniti. FreeEd4Kids dipilih sebagai nama program kerana ia sesuai untuk objektif
program ini dimana sumbangan dan kemudahan yang kami beri melalui pengajaran
percuma buat kanak-kanak yang tidak mampu untuk dihantar ke sekolah. Perkara ini
dapat meningkatkan pengetahuan kanak-kanak supaya dapat memberi manfaat pada
masa akan datang.

Program ini ditujukan khas kepada mahasiswa dan mahasiswi UiTM cawangan Negeri
Sembilan, Kampus Rembau bagi kod kursus HPD133. Program ini dapat membantu para
pelajar untuk melibatkan diri dalam majlis-majlis yang melibatkan organisasi dan komuniti
luar. Selain itu, melalui program yang diadakan ini, para pelajar dapat membina jati diri
yang bersifat tolak ansur dan prihatin terhadap mereka yang tidak berkemampuan. Hal
ini akan meninggalkan kesan yang baik dalam jangka masa yang panjang kepada
sesiapa sahaja tidak kira tempat dan masa.

Para pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang telah dikongsi dalam kehidupan seharian.
Selepas program ini dijalankan, pelajar dapat mewujudkan pengalaman yang tidak boleh
dibeli. Ilmu yang diperoleh akan melahirkan pelajar yang berpotensi untuk menjadi
pembimbing atau ketua yang cemerlang.
4.0 Objektif Program
● Memenuhi sukatan pembelajaran bagi kod kursus HPD133 (Khidmat Komuniti) dan
mempraktikkan teori pengurusan acara dengan teliti berdasarkan pelan yang
sistematik dan berkesan.
● Memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu praktikal dan pengalaman
supaya diamalkan dalam kehidupan seharian bermasyarakat
● Membantu para pelajar untuk meningkatkan status sosio-ekonomi masyarakat
sekeliling

5.0 Anjuran
● Penganjur 39 orang pelajar daripada Kursus Kokurikulum Khidmat Komuniti, UiTM
Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau

Anda mungkin juga menyukai