Anda di halaman 1dari 2

Kelab Kejuruteraan Aeroangkasa

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang,


Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 03-89466054/89466058 Fax: 03-89426469

Rujukan Kami
Tarikh

: UPM/BHEP/AEROS/HOMECOMING/1/15
: 7 SEPTEMBER 2015

Pelajar Alumni
Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa
Fakulti Kejuruteraan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor.
Tuan/Puan,
JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI PROGRAM HOMECOMING BACELOR
KEJURUTERAAN AEROANGKASA 2015
Dengan ini perkara diatas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Aerospace Engineering Society (AEROS) dengan
kerjasama Pihak Pengurusan Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa dan Bahagian Hal Ehwal
Pelajar, Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Program Homecoming Bacelor
Kejuruteraan Aeroangkasa 2015 seperti butiran berikut:
Tarikh
: 03 Oktober 2015
Tempat: Fakulti Kejuruteraan & Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia
Masa
: 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Pakaian
: Semi-formal (tidak berbasikal), pakaian sukan (berbasikal)
3.
Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa amat berbesar hati untuk menjemput
tuan/puan menghadiri program tersebut. Untuk makluman, program ini bertemakan riadah
dan perkelahan. Justeru itu, kami menyarankan tuan/puan untuk mengenakan pakaian yang
sesuai pada hari tersebut.
4.
Selain itu, pihak jawatankuasa ingin memohon jasa baik dan pertimbangan tuan/puan
untuk menghulurkan sumbangan kewangan seikhlas hati bagi membantu kelancaran
pelaksanaan program tersebut. Bersama-sama ini saya sertakan borang jawapan, surat
sumbangan dan tentatif program untuk perhatian saudara/saudari.

Segala kerjasama dan pertimbangan yang diberikan adalah amat dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,
BERILMU BERBAKTI
Yang menjalankan tugas,
MOHD FAZRI BIN SEDAN
Pengarah,
PROGRAM HOMECOMING BACELOR KEJURUTERAAN AEROANGKASA 2015
Kelab Kejuruteraan Aeroangkasa
Fakulti Kejuruteraan
Universiti Putra Malaysia.
Tel : +6011-19558752
Emel : fazrisedan@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai