Anda di halaman 1dari 3

KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA

Aksi Tarik Nafas (3x) ( Aksi )


Semua 5,4,3,2,1
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
Assalamualaikum, zao shang, vanakam
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia
( Shahrul ) Kawan – kawan Pamit ! Pamit !
Semua Dengarkanlah bicara berirama, Keluarga Malaysia Teguh Bersama,
Persembahan dari pelajar DTG
Semua Tenang rakan – rakan Fokus ! Fokus !
Shhhh…….
Semua Lembut lidah bila berkata – kata, hati – hati bila berkata – kata
Kami Anak Jati Malaysia,
Teguh Bersama mempertahankan negara
Jadikan ingatan sepanjang masa
(Fazrul ) Terpesona aku terpesona (lagu)
Semua Ku terpesona dengan keluarga Malaysia teguh Bersama
Semua Bagus (by row)
Semua Ini cinta yang luar biasa (lagu)
( Anis M ) Sudah berapa lama kita merdeka?
Semua 65 Tahun la kawan. Sudah lupa ka…
( Fattiha ) Negara mana yang pernah menjajah kita?
Semua Saya tahu (2x)
( Khairul ) Portugal
( Anissa ) Belanda
( Fatin ) Inggeris
( Syafiq ) Jepun
Semua Korang semua nak tahu Malaysia merdeka kerana kita telah mencapai kesepakatan
antara kaum.
Kesepakatan rakyat Malaysia telah dicapai selama 65 tahun !
Semua Uishhhh…… lamanya…..
Semua Dengar ni kawan – kawan
( Khairul ) Burung bangau di sawah padi,
Luka berdarah diikat tali,
Jika patriotism kurang disemati,
Mungkin sejarah lampau berulang Kembali.
Semua Sejarah mungkin berulang (lagu)
Semua Kita keluarga Malaysia teguh Bersama
( Danial ) Saya ada pantun untuk semua
Sampan kolek menuju ke hilir,
Sarat muatan si buah kelapa,
Jangan berkata hanya di bibir,
Cintakan negara apa buktinya?
Semua Errghhh…… (toleh kanan toleh kiri)
Semua Aduh…. Sentap mat…..
( Anis M ) Maaf, bertanya bila negara kita merdeka?
Semua Apa!!! 31 Ogos 1957!! (muka terkejut)
( Meen ) Itu pun tak tahu kata Anak Malaysia.
Semua Tenang kawan – kawan jangan marah – marah
Semua Ingat kawan kemerdekaan tidak dicapai dengan mudah,
Mereka sanggup bergadai nyawa, harta benda demi generasi kini.
( A.Aiman ) Dengar ini saya ada pantun untuk generasi kini
Langkah sumbang salahkan lantai,
Binasa badan bicara tak kawal,
Pinggirkan ketuanan negara tergadai,
Hilang maruah bangsa tergadai.
Semua Sebelum kami akhiri persembahan kami dengarkanlah
(Afiq Azizi) Dengarkanlah disepanjang malam aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta (lagu)
Semua Ehhh… bukan, bukan salah, salah… (ada aksi)
( Syafiq ) Tanah ini tanah melayu,
Pedagang datang ingin berniaga,
Serahkan budi bukan tanahmu,
Pertahankan negara, pertahankan bangsa.
( Sharmeen ) 在蓝天和迎风飘扬的国旗下,让我们庆祝我们的祖国,勇敢坚强的马来西亚
( Shahrul ) Di bawah langit biru dan bendera negara berkibar ditiup angin, marilah kita meraikan
tanah air kita, Malaysia yang gagah dan kuat
Semua Sambutlah Hari Kemerdekaan tahun ini dengan lebih bersemangat
Dengan jiwa yang penuh semangat patriotisme
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke – 65!
Sekian persembahan dari kami pelajar DTG,
Assalamualaikum semua. (penuh dengan semangat)
Semua Sekian Terima Kasih (Tunduk by line)

# Yang dalam ( ) adalah untuk yang solo.

Anda mungkin juga menyukai