Anda di halaman 1dari 1

Awal penciptaan Bahasa Indonesia sebagai jati diri bangsa bermula dari Sumpah Pemuda, iaitu

pada 28 Oktober 1928. Pada Kongres Nasional kedua di Jakarta, Prof. Mohammad Yamin
mengusulkan penggunaan Bahasa Indonesia sebagai bahasa untuk negara Indonesia selepas
kemerdekaan. Beliau memilih Bahasa Indonesia yang didasarkan daripada Bahasa Melayu yang
dituturkan di Riau.
Bahasa Melayu Riau dijadikan sebagai bahasa persatuan Republik Indonesia dengan beberapa
pertimbangan:

1. Apabila Bahasa Jawa digunakan, suku suku/puak puak lain di Republik Indonesia akan
merasa dijajah oleh Jawa, yang merupakan puak majoriti Republik Indonesia.
2. Bahasa Jawa jauh lebih sukar dipelajari dibandingkan bahasa melayu. Ada bahasa halus,
biasa, dan kasar, yang mana dipergunakan untuk orang yang berbeza dari segi usia,
derajat, ataupun pangkat. Bila kurang memahami budaya Jawa, boleh menimbulkan
kesan negatif yang lebih besar.
3. Bahasa Melayu Riau yang dipilih, dan bukan misalnya Bahasa Melayu Pontianak, atau
Banjarmasin, atau Samarinda, ataupun Kutai, dengan pertimbangan pertama suku / puak
Melayu berasal dari Riau, Sultan Melaka yang terakhirpun lari ke Riau setelah Melaka
direbut Portugis. Kedua, sebagai lingua franca, Bahasa Melayu Riau yang paling sedikit
terkena pengaruh misalnya dari bahasa Cina Hokkien, Tio Ciu, Ke, ataupun dari bahasa
lainnya.
4. Pengguna bahasa melayu bukan hanya terbatas di Republik Indonesia. Di tahun 1945,
pengguna bahasa melayu selain Republik Indonesia masih dijajah Inggeris. Malaysia,
Brunei, dan Singapura masih dijajah Inggeris. Pada saat itu, dengan menggunakan bahasa
melayu sebagai bahasa persatuan, diharapkan di negara negara kawasan seperti Malaysia,
Brunei, dan Singapura bisa ditumbuhkan semangat patriotik dan nasionalisme negara
negara tetangga di Asia Tenggara.

Bahasa Indonesia yang sudah dipilih ini kemudian dipiawaikan lagi dengan tatabahasa, dan
kamus piawai juga diciptakan. Hal ini dilakukan pada zaman Penjajahan Jepun. Terima kasih!

Anda mungkin juga menyukai