Anda di halaman 1dari 3

Makluman untuk Ibu Bapa atau Penjaga

bagi Murid Tingkatan 3 , 4 dan 5 serta Pelajar Tingkatan 6 pada 4 April 2022.

A. Waktu Persekolahan
1. Waktu persekolahan baharu dengan Pembukaan Semula Sekolah pada 4 APRIL 2022 bersamaan dengan hari Isnin
adalah seperti berikut:

(a) Isnin hingga Khamis


Tingkatan Waktu Mula Waktu Tamat
Enam Isnin :
3.10 petang*
6.50 pagi Selasa hingga
2.30 petang*
Khamis
Tiga,
Empat (4B, 4C, 4D), 6.50 pagi 12.20 tengah hari
Lima (5B, 5C, 5D)
4A & 5A 6.50 pagi 12.50 tengah hari
Empat (4S1, 4S2, 4S3, 4S4, 4EK),
6.50 pagi 1.20 petang
Lima (5S1, 5S2, 5S3, 5S4, 5EK)
Luar Sidang* 2.00 petang 4.00 petang
(b) Jumaat
Tingkatan Waktu Mula Waktu Tamat
Tiga, Empat, Lima 6.50 pagi 11.20 pagi
Enam 6.50 pagi 12.00 tengah hari
Luar sidang (BC & KC)* 11.30 pagi 12.30 petang

B. KETIDAKHADIRAN MURID

2. Ibu bapa / penjaga hanya menghantar anak yang tidak demam dan tidak bergejala (batuk, selesema, sakit tekak
dan sesak nafas) ke sekolah. Sekiranya anak anda BERGEJALA, JANGAN hantar anak tersebut ke sekolah dan
memaklumkan ketidakhadiran anak kepada guru tingkatan. Ibu bapa perlu menulis surat rasmi ketidakhadiran anak
dengan menyatakan SEBAB atau lampirkan bersama Surat Doktor (Jika Sakit).

C. LALUAN IBU BAPA SEMASA MENGHANTAR MURID

3. Ibu bapa/penjaga hanya menurunkan anak di persimpangan ( ) Chonglin Plaza dan keluar melalui Jalan Pisang atau
Jalan Green seperti dalam Rajah 1. Murid-murid akan berjalan masuk ke sekolah melalui pintu utama (G1).
Sekiranya hujan lebat, kenderaan dibenarkan masuk ke kawasan sekolah untuk menurunkan anak-anak di blok
pentadbiran. Kerjasama daripada ibu bapa/penjaga untuk mematuhi laluan baharu ini amat dihargai untuk menjamin
keselamatan bersama. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali.

Rajah 1
4. Motosikal murid yang mempunyai pelekat/sticker logo sekolah sahaja dibenarkan parkir di kawasan yang disediakan.
D. SARINGAN SUHU SEBELUM MASUK KELAS
5. Sebelum pukul 6.15 pagi, pengambilan suhu murid akan dilakukan oleh pengawal keselamatan di pondok pengawal
keselamatan.

Rajah 2
6. Selepas pukul 6.15 pagi, murid-murid akan beratur untuk ujian saringan suhu seperti dalam Rajah 2. Murid-murid Tingkatan 3, 4, 5
dan 6 akan menjalani ujian suhu di lokasi ditetapkan.

E. BUDAYA LEWAT

7. Budaya lewat datang sekolah TIDAK DIGALAKKAN. Murid yang datang selepas pukul 6.50 pagi dianggap sebagai LEWAT
kerana TAKLIMAT PAGI, KEBERSIHAN KELAS, TEMPAHAN MAKANAN dan PEMGAMBILAN KEHADIRAN MURID
akan diadakan dari 6.50 pagi hingga 7.00 pagi di kelas masing-masing. PdP akan bermula pukul 7 PAGI.

F. MAKANAN & MINUMAN MURID

8. Murid-murid DIGALAKKAN membawa bekal sendiri (HALAL) dari rumah atau MEMESAN MAKANAN daripada pihak kantin
pada awal pagi (0650 – 0730) melalui ketua kelas dan dipantau oleh guru tingkatan. Murid-murid dinasihatkan untuk membawa
minuman sendiri yang mencukupi dan TIDAK DIBENARKAN untuk membeli minuman dan makanan daripada kantin sepanjang
waktu pembelajaran. Murid-murid hanya dibenarkan memakan dan meminum di tempat duduk masing-masing semasa REHAT.

G. STANDARD OPERATIONG PROCEDURE (SOP) UNTUK MENGELAK COVID-19

9. Semua murid MESTI memakai PELITUP MUKA setiap masa di dalam sekolah dan di luar sekolah. Penjarakan 1 METER di antara
murid-murid diamalkan setiap masa.

10. Ibu bapa dinasihatkan membekalkan PELITUP MUKA, HAND SANITIZER dan KERTAS TISU yang secukupnya untuk anak-anak.

H. TELEFON BIMBIT

11. Murid Peralihan, Tingkatan 1 – Tingkatan 5 TIDAK DIBENARKAN membawa telefon bimbit ke sekolah.

I KETETAPAN PAKAIAN, KASUT DAN RAMBUT MURID

12. Murid-murid dibenarkan memakai baju sekolah, baju PJ, baju badan beruniform, baju-T kelab sekolah yang berkolar (sekiranya baju
sekolah tidak muat) dengan seluar yang sesuai (KECUALI JEANS dan LEGGING). Jika ada kemusyikilan, sila tanya guru
tingkatan untuk mendapatkan ketetapan sekolah.

13. Rambut murid lelaki mestilah PENDEK dan KEMAS manakala murid perempuan mesti mengikat rambut yang panjang.

14. Kasut Hitam atau Putih hanya dibenarkan sahaja di kawasan sekolah.

J. BILIK ISOLASI

15. Semasa waktu persekolahan, murid yang bergejala akan diarahkan ke bilik Isolasi (Bilik RBT) yang di bawah seliaan Cikgu Dayang
Nur Azuree Awang Ghazali. Sehubungan dengan itu, ibu bapa/penjaga boleh membawa balik anak selepas mendapat pas lawatan
dan pengambilan suhu di pondok pengawal.
K. LALUAN TRAFIK

16. Mohon kerjasama ibubapa memudahkan laluan trafik keluar/masuk ke sekolah.

17. Kerjasama ibu bapa/penjaga amatlah diharapkan untuk mengambil anak pada masa yang ditetapkan.

L. PELAN KELAS

Anda mungkin juga menyukai