Anda di halaman 1dari 2

PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMBUKAAN SEKOLAH 2020

WAKTU DATANG SEKOLAH


 Waktu hadir adalah di antara jam 7.10 pagi hingga 7.30 pagi. Elakkan datang terlalu awal

atau melebihi waktu yang telah ditetapkan.

 Hanya murid bersuhu normal (dibawah 37.5ºC) dibenarkan masuk ke kelas.

 Kenderaan waris tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

 Murid yang bergejala dan mempunyai imuniti rendah digalakkan memakai pelitup muka.

 Waris perlu memastikan murid mengambil sarapan di rumah kerana kantin tidak boleh

digunakan.

SEMASA REHAT

 Rehat Tahap 1 (Tahun 1-3) adalah pada jam 10.10 – 10.30 pagi (20 minit).

 Rehat Tahap 2 (Tahun 4-6) adalah pada jam 10.40 – 11.00 pagi (20 minit).

 Murid yang membawa bekal dari rumah perlu memastikan makanan tersebut dibawa dalam

bentuk bungkusan.

 Waris yang ingin menghantar makanan perlu memastikan nama dan kelas murid ditulis pada

bungkusan dan hanya boleh diserahkan kepada pengawal keselamatan bertugas sahaja.

Makanan perlu dihantar 15 minit sebelum rehat bermula. Waris tidak dibenarkan masuk ke

kelas untuk menghantar makanan.

WAKTU PULANG
 Waktu pulang bagi murid adalah seperti berikut :

TAHAP HARI WAKTU BALIK


ISNIN & SELASA 1.00 PETANG
1 (TAHUN 1-3) RABU & KHAMIS 12.30 TENGAHARI
JUMAAT 12.00 TENGAHARI
2 (TAHUN 4-6) ISNIN, SELASA & RABU 1.30 PETANG
KHAMIS 1.00 PETANG
JUMAAT 12.00 TENGAHARI
 Waris perlu mengambil murid mengikut masa yang telah ditetapkan dan tidak lewat dari
waktu yang dinyatakan.
 Kenderaan waris tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
 Waris hanya dibenarkan menggunakan pintu utama sekolah semasa menjemput murid
pulang.
 Tapak meletak kenderaan pentadbir akan dijadikan ruangan menunggu murid semasa
pulang.
 Murid tidak dibenarkan masuk semula ke kawasan sekolah setelah keluar dari pagar sekolah
semasa waktu balik.

KEHADIRAN KE SEKOLAH
 Sekiranya murid tidak sihat atau bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan
berdekatan.
 Mohon waris untuk maklumkan kepada guru kelas berkenaan ketidakhadiran murid dan sijil
sakit perlu diserahkan kepada guru kelas setelah murid kembali ke sekolah.

LAIN – LAIN
 Setiap kelas/bilik-bilik khas akan dinyahkuman setiap hari oleh pekerja selepas sesi
persekolahan tamat seperti tombol pintu, pemegang pintu, meja serta kerusi murid dan guru.
Selusur tangga akan turut dinyahkuman setiap hari. Namun murid digalakkan untuk tidak
menyentuh mana-mana permukaan yang tidak sepatutnya.

Anda mungkin juga menyukai