Anda di halaman 1dari 2

PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGOPERASIAN SEKOLAH

MAC 2022

WAKTU DATANG SEKOLAH


 Waktu hadir adalah di antara jam 7.10 pagi hingga 7.40 pagi. Pintu pagar sekolah akan

hanya dibuka bermula pada jam 7.10 pagi.

 Waris tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

 Semua warga sekolah wajib memakai pelitup muka.

 Waris perlu memastikan murid mengambil sarapan di rumah kerana kantin tidak boleh

digunakan.

 Murid perlu membasuh tangan sebelum masuk ke kelas di sinki yang disediakan.

SEMASA REHAT

 Rehat Tahap 1 (Tahun 1-3) adalah pada jam 10.10 – 10.40 pagi (30 minit).

 Rehat Tahap 2 (Tahun 4-6) adalah pada jam 10.40 – 11.10 pagi (30 minit).

 Murid yang membawa bekal dari rumah perlu memastikan makanan tersebut dibawa dalam

bentuk bungkusan. Murid perlu membawa bekalan makanan semasa hadir ke sekolah

sekiranya tidak membuat tempahan di kantin.

 Sistem pembelian makanan semasa rehat akan dilaksanakan secara tempahan

awal(preorder) melalui guru kelas selewat-lewatnya pada 10.00 pagi Khamis setiap minggu

beserta bayaran.

WAKTU HADIR DAN PENYURAIAN BERPERINGKAT MURID


Waktu
Prasekolah Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
Hadir
Sebelum
Setiap Hari Sebelum 7.40 pagi
8.00 pagi

Waktu
Prasekolah Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
Bersurai

Isnin 12.00 12.30 12.35 12.40 1.00 1.05 1.10

Selasa 12.00 12.30 12.35 12.40 1.30 1.35 1.40

Rabu 12.00 12.30 12.35 12.40 1.00 1.05 1.10


Khamis 12.00 12.30 12.35 12.40 1.00 1.05 1.10

Jumaat 11.35 11.45 11.50 11.55 12.00 12.05 12.10

Pendidikan Khas
Waktu Hadir
(Cerdik, Pintar, Cerdas, Potensi, Bijak dan Bestari)
Setiap Hari Sebelum 7.40 pagi
Pendidikan Khas
Waktu Bersurai
(Cerdik, Pintar, Cerdas, Potensi, Bijak dan Bestari)
Isnin 12.25
Selasa 12.55
Rabu 12.25
Khamis 12.25
Jumaat 11.40

 Waktu pulang bagi murid adalah melalui kaedah berperingkat.


 Waris perlu mengambil murid mengikut masa yang telah ditetapkan dan tidak lewat dari
waktu yang dinyatakan.
 Kenderaan waris tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
 Waris hanya dibenarkan menggunakan pintu utama sekolah semasa menjemput murid
pulang.
 Tapak meletak kenderaan pentadbir akan dijadikan ruangan menunggu murid semasa
pulang.
 Murid tidak dibenarkan masuk semula ke kawasan sekolah setelah keluar dari pagar sekolah
semasa waktu balik.

KEHADIRAN KE SEKOLAH
 Sekiranya murid tidak sihat atau bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan
berdekatan.
 Mohon waris untuk maklumkan kepada guru kelas berkenaan ketidakhadiran murid dan sijil
sakit/ surat makluman perlu diserahkan kepada guru kelas setelah murid kembali ke sekolah.
 Sekiranya murid tidak dapat hadir ke sekolah, waris harus menghantar surat makluman
kepada guru kelas untuk tujuan perekodan.

LAIN – LAIN
 Setiap kelas/bilik-bilik khas akan dinyahkuman setiap hari oleh pekerja selepas sesi
persekolahan tamat seperti tombol pintu, pemegang pintu, meja serta kerusi murid dan guru.
Selusur tangga akan turut dinyahkuman setiap hari. Namun murid digalakkan untuk tidak
menyentuh mana-mana permukaan yang tidak sepatutnya.
 Kedai buku sekolah akan dibuka setiap hari persekolahan dari jam 8.30 pagi sehingga 11.00
pagi sahaja.

Anda mungkin juga menyukai