Anda di halaman 1dari 3

LAMPIRAN 6

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR


DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
(KES SIVIL)
GUAMAN NO: WA-A72NCC-74561-5/2021

ANTARA

AHMAD ZAINI BIN JAPAR


(No. Kad Pengenalan: 770608-10-5549) … PLAINTIF

DAN

TL OFFSHORE SDN BHD


(No. Pendaftaran Syarikat: 398751-V) … DEFENDAN

NOTIS PERMOHONAN

BENARKAN semua pihak yang berkenaan hadir di hadapan Hakim (atau Pendaftar) dalam
Kamar pada hari RABU, pada 19 Haribulan Mei 2021 jam 10 Pagi, untuk mendengarkan satu
permohonan bagi pihak Plaintif , AHMAD ZAINI BIN JAPAR (NO. K/P : 770608- 10-5549)
selaras dengan Perintah 14 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk Penghakiman
Terus dimasukkan terhadap defendan seperti berikut:

1. Jumlah baki yang perlu dibayar sebanyak RM11,300,000


2. Faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi;
3. kos; dan
4. Sebarang relif lanjutan atau lain-lain yang difikirkan patut dan wajar diberikan oleh
mahkamah yang mulia

Alasan-alasan permohonan adalah seperti berikut :-

1. Defendan telah gagal membayar jumlah baki RM11,300,000 untuk khidmat nasihat yang
diberikan oleh Plaintif untuk mendapatkan kontrak bagi pihak Defendan dengan
Petronas Carigali dan ini telah melanggar perjanjian yang dimeterai pada 20.2.2018.
2. Defendan telah mengaku terhutang baki RM11,300,000 kepada Plaintif, tetapi Defendan
enggan membayar baki atau mana-mana bahagian daripadanya.
3. Plaintif percaya bahawa Defendan tidak mempunyai Pembelaan terhadap tuntutan
Plaintif atau mana-mana bahagian daripadanya.
4. Plaintif percaya bahawa tiada isu yang boleh dibicarakan dalam kes ini.

DAN alasan-alasan selanjutnya bagi menyokong permohonan ini adalah seperti mana yang
terkandung dalam Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Ahmad Zaini Bin Japar dan difailkan
pada 19.4.2021. Berdasarkan perkara di atas, adalah perlu untuk mendapatkan perintah
Penghakiman Terus terhadap Defendan dalam borang yang dinyatakan dalam permohonan di
sini.

Bertarikh pada 19 haribulan April , 2021

AZWAN IDRIS BIN


SENUSI
PENDAFTAR MAHKAMAH
……………………………………
TINGGI KUALA LUMPUR
Pendaftar
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

NOTIS PERMOHONAN ini difailkan oleh Tetuan Melissa & Associates, Peguamcara bagi Plaintif
yang beralamat berdaftar di Suite 1, AL707, Bangunan Akademik 2, Fakulti Undang-undang,
Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
[Ruj. No.: MAA/ASSJ/202105]

Anda mungkin juga menyukai