Anda di halaman 1dari 1

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat anda kesalahan bahasa.

Kenal pasti kesalahan


tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

i) Sultan meminta tabib istana yang handal itu merawat puteri kesayangan baginda yang
sedang gering.
Meminta→menitahkan

iI) Maisarah mengisi masa lapang dengan membaca novel yang kakak saya hadiahkan
kepadanya.
Yang kakak saya hadiahkan kepadanya→yang dihadiahkan oleh kakak kepadanya

iii) Ibu mengeluarkan senarai barang-barang yang hendak dibeli dari dalam dompetnya.
Senarai barang-barang→senarai barang

B. Dalam iklan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

Pihak kami ingin mempelawa individu yang mempunyai kelayakan untuk


mengisi kekosongan jawatan di bawah ini:
Jawatan: Juru hebah radio
Taraf jawatan: Tetap
Kekosongan: Tiga

Calon hendaklah mempunyai kelayakan yang berikut:


1. Memiliki diploma dalam dalam bidang penyiaran atau komunikasi massa
2. Mampu bekerja di bawah tekanan dan pengawasan yang minimum
3. Calon yang menguasai bahasa Inggeris akan diberi keutamaan

Faedah bekerja di syarikat kami:


1. Potongan KSWP dan PERKESO
2. Elaun bekerja lebih masa
3. Cuti tahunan untuk semua kaki tangan

Sila hantar borang permohonan yang lengkap diisi melalui emel ke alamat
kejoraFM@gmail.com. Tarikh tutup permohonan pada 31 Mac 2021.

i) juru hebah→juruhebah
ii) kaki tangan→kakitangan
iii) emel→e-mel

Anda mungkin juga menyukai