Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN VIRTUAL RUN MSSWPKL 2021

1. Pertandingan ini dijalankan secara individu, Peserta layak mendapat Penyertaan Peringkat Negeri jika
mematuhi semua peraturan yang berikutnya.

2. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja namun tiada had maksima diberikan
kepada sekolah atau daerah untuk menghantar peserta

3. Setiap peserta hanya dibolehkan menyertai satu kategori mengikut kategori umur.

4. Tarikh larian adalah mulai 26 Ogos -20 Sept 2021


5. Jarak larian
a. Kategori Bawah 12 tahun dan bawah 10 tahun = 3km
b. Kategori Bawah 15, 18 dan 18 tahun ke atas = 5 kilometer

6. Trek larian
a. Kawasan kejiranan
b. Bebas, selamat, bersesuaian dan tidak bersesakan.
c. Looping course atau trek ulang pusingan (contoh : padang awam) dibenarkan.
d. Peserta digalakkan memilih laluan yang paling mudah untuk menjalankan aktiviti larian.

7. Peserta perlu merekod jarak dan masa larian menggunakan aplikasi larian (running apps) STRAVA
sahaja di telefon atau peranti pintar.

8. Peserta juga perlu mengambil gambar semasa larian dilakukan.


a. Secara swafoto (selfie) atau;
b. Dengan bantuan ahli keluarga

9. Peserta perlu tangkap layar (screenshot) masa larian terbaik di aplikasi larian (running apps) STRAVA.

10. Gambar screenshot di running apps dan gambar semasa larian perlu dimuat naik (upload) di Google
Form yang disediakan oleh urus setia sebagai bukti larian.

PAKAIAN, PERALATAN DAN BANTUAN TEKNIKAL


1. PAKAIAN : Peserta diwajibkan memakai pakaian sukan yang bersesuaian, lengkap dan selamat.
Pemakaian pakaian yang beridentitikan sekolah amat digalakkan.  

2. PERALATAN : Semua peserta wajib menggunakan :


a. Telefon atau peranti pintar yang mempunyai aplikasi larian (running apps) STRAVA.
b. Muat turun STRAVA di pautan berikut:-
- Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.strava
- App Store : https://apps.apple.com/my/app/strava-run-ride-training/id426826309

3. BANTUAN TEKNIKAL (Panduan & Aktiviti Pra Larian)


a. Sila hubungi PTPS En Mohd Azim Faiz di Talian-

Anda mungkin juga menyukai