Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Kami : SKS100-17/2/4 bil ( 5 )


Tarikh : 16 Januari 2023

Semua Ibu bapa / penjaga,


Sekolah Kebangsaan Senawang,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tuan / Puan,

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2023

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa penyerahan Bantuan Awal Persekolahan tahun 2023


akan dibuat seperti ketetapan berikut :

Tarikh Penyerahan : 18. Januari. 2023 ( RABU)


Masa : 1.45 Petang -4.30 Petang
Tempat : Kelas masing-masing

3. Dokumen yang perlu dibawa bersama ketika hadir adalah seperti berikut:

a. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga


b. Surat hak penjagaan (bagi yang bercerai / anak angkat)
c. Borang wakil ( bagi wakil sila cetak borang wakil seperti pihak sekolah berikan)

4. Ibu bapa / penjaga dikehendaki untuk hadir seperti ketetapan di atas.

Kerjasama tuan puan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

................................................
(SUZIANA BT AWALUDIN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Senawang
70450 Seremban, Negeri Sembilan

s.k : Fail Bantuan Awal Persekolahan

Anda mungkin juga menyukai