Anda di halaman 1dari 1

Tentukan sama ada ayat-ayat di bawah ayat aktif transitif ( AT) atau ayat aktif tak transitif ( ATT)

1. Pelancong dari negara Perancis akan tiba pada pukul 10.00 pagi.
2. Abang melontarkan pendapat yang sangat bernas dalam mesyuarat tersebut.
3. Air sabun yang membasahi lantai bilik guru sangat pekat.
4. Tugas menghias kelas tanggungjawab kumpulan yang dianggotai oleh Ami dan Ama.
5. Adik bersin berkali-kali kerana kesejukan.
6. Pemandu jentera mendekatkan jenteranya ke dinding bangunan yang baru runtuh sebentar
tadi.
7. Syarikat itu menawari abang jawatan sebagai pengurus projek.
8. Pihak kerajaan harus melaksanakan pelbagai projek yang memanfaatkan rakyat.
9. Kami harus berhati-hati kerana pihak musuh sudah semakin hampir.
10. Selalunya Pak Mat akan berserban untuk ke masjid
11. Kami sedang mengumpulkan semua butir peribadinya
12. Mesin itu mampu mencetak segala hasil taipan anda.
13. Dalam bulan Ramadan, para belia akan berniaga sendiri di Bazar Ramadan.
14. Pelajar-pelajar aliran vokasional sekolah itu ingin menjadi pekerja profesional.
15. Baginda Yang di-Pertuan Agong akan merasmikan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa.
16. Air mata membasahi kedua-kedua belah pipi anak kecil itu.
17. Peluru tembakannya menembusi sasaran dengan tepatnya.
18. Peserta pidato itu berucap dengan petahnya dalam pertandingan tadi.
19. Saya menyimpan wang itu baik-baik di dalam peti simpanan.
20. Tsunami telah melanda Banda Aceh pada tahun 2004.
21. Anggota Kelab Sukan dan Rekreasi sekolah kami mendaki cerun bukit yang curam itu.
22. Jet pejuang tentera udara memecut ke ruang udara dengan pantasnya.
23. Pasukan bola baling kebanggaan kita berlatih pada setiap petang demi kemenangan nanti.
24. Para pelajar masuk dengan senyapnya dan tertibnya.
25. Burung-burung pemangsa terbang tinggi di angkasa.
26. Pengesan biometrik dapat mengenal pasti identiti seseorang dengan mudanya.
27. Mereka masuk ke dalam hutan untuk memburu binatang.
28. Polis telah menahan beberapa orang suspek di tempat kejadian tersebut.
29. Kami berbual-bual tentang penahanan suspek tersebut.
30. Negara kita telah menghulurkan bantuan kepda mangsa gempa bumi di Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai