Anda di halaman 1dari 4

PROFI

SYARIKAT
_____________________________________________
_______

KELKATU TRAVEL

2022
PROFIL SYARIKAT | KELKATU TRAVEL
________________________________________________________________________________

BUTIRAN SYARIKAT

KELKATU TRAVEL

KPK/LN: 9901

No 10-1, Jalan Puteri 2A/6, Bandar Puteri


Bangi ,43000, Kajang Selangor

kelkatutraveltour@gmail.com

+6013-2818981

Page : Kelkatu Travel

PENGENALAN

Kelkatu Travel merupakan sebuah agensi pelancongan yang dimiliki oleh Syarikat A & E Adventure
Sdn Bhd dengan status Bumiputera sepenuhnya. Ianya turut sah berdaftar di bawah Akta Industri
Pelancongan 1992. Penubuhan syarikat ini seiring dengan kehendak persaingan sihat bagi memberi
perkhidmatan penerokaan pelancongan dalam dan luar negara.

Sebagai tarikan, Kelkatu Travel tampil dengan konsep berbeza. Padat dengan pengisian tentang
tokoh dan kearifan watan (local wisdom) masyarakat setempat dengan nuansa pelancongan
pendidikan (edutourism). Skil seperti ini yang kurang diketengahkan di kalangan agen pelancongan.
Secara tidak langsung, selain dapat melancong, pelanggan juga dapat terdidik dengan latar belakang
dan realiti masyarakat dunia dan tidak hanya menikmati swafoto semata.

Pilihan pakej menarik untuk semua lapisan masyarakat tersedia dari bajet ke premium. Pakej yang
ditawarkan sesuai untuk trip persendirian, trip keluarga, institusi mahupun trip korporat. Ciri mesra-
muslim juga antara yang dititikberatkan untuk keselesaan majoriti pelanggan muslim.

1
PROFIL SYARIKAT | KELKATU TRAVEL
________________________________________________________________________________

JUSTIFIKASI NAMA ‘KELKATU’

Perkataan ‘’Kelkatu’’, atau [ke.le.ka.tu] | ‫ کلکاتو‬merujuk anai-anai bersayap yang mempunyai misi
membangun komuniti baru. Seringkali serangga ini dikaitrapat dengan ciri perosak, namun terdapat
falsafah di sebaliknya yang menjadi perhatian. Keberjayaan besar-besaran koloni anai-anai
berkembang adalah jasa dari kelkatu atau termite swarmer ini. Fungsi swarmer yang dibawa kelkatu
ini bertindak agresif meneroka tempat-tempat baru yang sesuai untuk apa saja misi yang dibawa
dengan menggunapakai sebanyak mana sumber yang ada. Berbekalkan badan sekecil biji kacang dan
dua pasang sayap halus, ia tetap mampu terbang jauh dalam keadaan panas kering mahupun hujan
berangin dan menurut nalurinya terbang ke cahaya semasa waktu malam. Hikmah ini yang dibawa
Kelkatu Travel dalam membekalkan perkhidmatan kembara agar terus cekal, konsisten dan
berdayamaju.

VISI

Menjadi penyedia perkhidmatan kembara terbaik.

MISI

 Memberi perkhidmatan pelancongan berkesan.


 Menyedia perkhidmatan edutourism melalui konsep kearifan watan (local wisdom).
 Mempelbagai pilihan perkhidmatan pelancongan untuk kepuasan pelanggan.
 Membangun hubungan strategik bersama badan kerajaan, badan berkanun dan swasta.
 Memperluas jaringan pelancongan mesra muslim dan mesra budaya setempat.

SLOGAN

“ Rekayasa Gembara anda” | “ Design Your Own Travel “

“ Terokai Mimpi Anda “ | “ Travel Your Dream”

“ Terbang Menuju Cahaya” | Fly Towards Light”

NILAI TERAS

Empat nilai teras menjadi pegangan syarikat;

CEKAP | KONSISTEN | KERJASAMA |BERTANGGUNGJAWAB

TERAS PERKHIDMATAN

2
PROFIL SYARIKAT | KELKATU TRAVEL
________________________________________________________________________________

Empat tarikan teras perkhidmatan untuk pelanggan;

JAMINAN SERVIS DIPERCAYAI BERLESEN SAH MESRA


HARGA TERBAIK PELANGGAN
BEST PRICE TRUSTED SERVICE CERTIFIED LICENSE CUSTOMER
GUARANTEE FRIENDLY

PENGISIAN PELANCONGAN

Antara pengisian pelancongan yang ditawarkan dapat dibahagi kepada beberapa bahagian yang
merangkumi pelancongan domentik dan luar negara*;

1 Teroka alami
Penerokaan alam semulajadi dengan pemandangan kehijauan dan pantai – Pariangan
Sumatera Barat, Langkawi Kedah, Pulau Sabang Acheh
2 Rehlah sejarawi
Penerokaan lokasi tinggalan sejarah agung – Langkasuka Selatan Thailand, Acheh, Pagar
Ruyung, Konstantinople, Andalus.
3 Selak Tradisi
Menelusuri warisan tradisional dan kebudayaan turun temurun masyarakat lokal – Istana
Besar Seri Menanti Negeri Sembilan
4 Moden
Melawati bandaraya gah dan moden – Kuala Lumpur, Putrajaya, Kuching
5 Lasak
Mendaki gunung, aktiviti air/sungai, berkhemah – Jeram Jumbang Kuala Pilah, Gunung
Silipat Betong Thailand

*Tertakluk kepada perubahan.

PERKHIDMATAN DITAWARKAN

DOMESTIK Dalam negara

Indonesia - Acheh, Padang, Jogjakarta, Bandung


LUAR NEGARA Selatan Thailand - Pattani
Turki

Universiti tempatan & luar negara


JARINGAN
Pusat budaya lokal

Anda mungkin juga menyukai