Anda di halaman 1dari 1

NASKHAH CALON

1103/3 - BAHASA MELAYU KERTAS 3 (UJIAN BERTUTUR)

BAHAGIAN A : INDIVIDU (40 Markah)

Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Pucuk pauh delima batu,

Anak sembilang di tapak tangan,

Biarpun jauh beribu batu,

Hilang di mata di hati jangan.

Setelah sampai tujuh tahun, maka waktu Temenggung Muar menghadap ke


Johor, dibawanya anak raja itu, dipertemukan dengan Laksamana. Dan serta
sampai Temenggung Muar di Johor kepada Laksamana, maka diambil
Laksamana. Dan selama anak raja itu di Johor, sehari-hari ia bermain di
makam paduka ayahanda di Kota tinggi. Dan segala budak-budak mengikut
pergi.

“Bahasa Jiwa Bangsa” dan “Bahasa Kebangsaan Bahasa Perpaduan” antara slogan Gerakan
Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) sekitar tahun 1960-an. Hal ini menunjukkan bahawa
usaha memartabatkan bahasa melayu telah tercetus sejak sekian lama dan hingga kini masih
diteruskan demi mempertahankan keagungan nilainya. Masyarakat wajar menghayati
keindahan bahasa seperti pantun Melayu dan prosa klasik agar warisan bahasa tidak
dipandang sepi. Selain itu, keindahan bahasa ini menunjukkan ketinggian nilai dan moral
dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Pada masa yang sama, masyarakat
hari ini dapat mempelajari adat dan budaya masyarakat lama agar tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas. Justeru, kita haruslah menguasai dan menghormati bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan negara.

Anda mungkin juga menyukai