Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN
PENYAMPAIAN SYAIR
SECARA MAYA
SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT DAERAH BALING
TAHUN 2020

ANJURAN :
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
(KOKURIKULUM)
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BALING
KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN PENYAMPAIAN SYAIR SECARA MAYA SEKOLAH MENENGAH


PERINGKAT DAERAH BALING
TAHUN 2020

1. LATAR BELAKANG

1.1 Deklamasi puisi ialah satu persembahan seni pentas yang amat popular
dalam kalangan penggiat sastera. Perkataan deklamasi berasal daripada
bahasa Latin yang bermaksud “declamare” atau “declaim” yang membawa
makna membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu
atau gerak tubuh sebagai aset dan alat bantu. Dengan kata lain, deklamasi
puisi ialah pembacaan puisi yang membabitkan suara, sebutan, nada,
intonasi, mimik muka, gerak badan dan sebagainya.

1.2 Kegiatan deklamasi puisi banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti
sekolah, institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan
dan organisasi tertentu termasuk DBP, sama ada bersempena majlis tertentu
ataupun dalam bentuk sayembara/pertandingan.

1.3 Bermula tahun 2020, Pertandingan Penyampaian Syair Sekolah Menengah


Peringkat Daerah Baling akan diadakan bagi membolehkan pelajar sekolah
menengah menunjukkan bakat dalam bidang deklamasi puisi.

2. OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang penyampaian syair.

2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk


mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera, sekali
gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.

2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu
khususnya puisi.

3. SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang sedang
belajar di sekolah menengah Daerah Baling di bawah kelolaan Kementerian
Pendidikan Malaysia, yang berusia 13-15 tahun (Tingkatan 1 – 3).

1
4. PERINGKAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat:

4.1 Peringkat Pertama

4.1.1 Pertandingan peringkat pertama ini memerlukan setiap sekolah


memuat naik video seorang peserta syair sekolah masing-masing ke
dalam ‘facebook’.

4.2 Peringkat Kedua

4.2.1 Lapan (8) peserta terbaik pada peringkat pertama ini akan
mendendangkan syair tersebut secara bersemuka untuk diadili oleh
para hakim.

4.2.2 Sebuah jawatankuasa pertandingan peringkat daerah perlu


diwujudkan.

4.2.3 Jawatankuasa pertandingan peringkat daerah hendaklah menetapkan


tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkan
mengenai keputusan pertandingan pada hari pertandingan
berlangsung

4.2.4 Peserta yang menyertai pertandingan peringkat daerah akan


diberikan sijil penyertaan oleh PPD Baling.

5. KAEDAH PERTANDINGAN

5.1 Peringkat Daerah Secara Maya


Pertandingan akan diadakan secara maya. Peserta perlu memuat naik
rakaman video persembahan syair melalui Facebook masing-masing
berserta nama, nama sekolah, judul syair, irama syair dan tanda pagar
(hastag) yang sudah ditetapkan oleh PPD Baling seperti yang berikut:

5.1.1 #PPSPDBaling2020

5.2 Pendaftaran peserta mestilah diisi oleh guru pembimbing melalui


pautan berikut : https://tinyurl.com/syairmenbaling .

2
6. PEMILIHAN SYAIR DAN IRAMA

6.1 Penganjur pertandingan akan menyediakan teks syair yang akan dipilih oleh
peserta.

6.2 Syair yang disenaraikan merupakan syair yang sedang digunakan dalam
komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) dan
sumber lain seperti yang berikut:

1. Syair Burung Pungguk


2. Syair Perahu
3. Syair Kelebihan Ilmu
4. Syair Bidasari (Teks Komsas Ting. 4 – Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)
5. Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman
6. Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah
7. Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)
8. Syair Perang Saudara di Pahang
9. Syair Panduan untuk Remaja
10. Syair Berbuat Jasa
11. Syair Definisi Orang Berakal
12. Syair Makna Riak

6.3 Berikut merupakan irama syair yang dibenarkan:

1. Irama Seledang Delima


2. Irama Tuk Kenali
3. Irama Perantau
4. Irama Narasi
5. Irama Mayang
6. Irama Batu Belah
7. Irama Hiasan
8. Irama Perindu
9. Irama Dodoi
10. Irama Dandan Setia

6.4 Syair yang akan disampaikan pada peringkat daerah hendaklah berdasarkan
senarai syair yang telah disediakan.

6.5 Pada pertandingan peringkat daerah peserta dikehendaki menyampaikan


satu syair berdasarkan teks/karya daripada padanan yang telah
disenaraikan oleh urus setia.

6.6 Penyampaian syair selain daripada syair yang disenaraikan akan


menyebabkan penyertaan peserta terbatal.

6.7 Teks syair di atas akan dimasukkan dalam e-mel sekolah masing-masing.

3
7. PERATURAN PERTANDINGAN
7.1 Peraturan Pertandingan

7.1.1 Peserta pada peringkat daerah hendaklah memilih dan


menyampaikan syair yang telah disenaraikan oleh pihak penganjur.

7.1.2 Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat bantu atau sebarang


peralatan muzik termasuk pita rakaman semasa menyampaikan syair.

7.1.3 Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang.

7.1.4 Peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas akan


dibatalkan penyertaannya serta-merta.

7.2 Peraturan Semasa Rakaman

7.2.1 Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan


komputer atau telefon bimbit dengan jelas merangkumi aspek visual
dan audio. Rakaman hendaklah menggunakan tripod. Format video
hendaklah dibuat secara melintang (landscape) bagi mengelakkan
video bersaiz kecil apabila dimuat naik.

7.2.2 Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Elakkan zum dekat
(zoom in) dan zum jauh (zoom out) semasa sedang merakam video
supaya tidak mengganggu penyampaian persembahan peserta.

7.2.3 peserta dikehendaki memastikan audio rakaman tidak terganggu oleh


bunyi-bunyi persekitaran seperti bunyi kipas, bunyi kenderaan dan
sebagainya.

7.2.4 Pencahayaan latar video mestilah baik dan tidak gelap.

7.2.5 Rakaman tidak dibenarkan melalui proses suntingan sama ada


suntingan audio atau video atau kedua-duanya.

7.2.6 Peserta yang dikenalpasti tidak menghafal atau menggunakan


telepandu (teleprompter) akan dibatalkan penyertaan.

8. HAKIM

8.1 Tiga orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat daerah dan
termasuk ketua hakim.

8.2 Hakim pertandingan peringkat daerah boleh terdiri daripada guru bahasa
Melayu, guru sastera dan pegawai pejabat pendidikan daerah yang
menguasai pelbagai irama syair.

4
8.3 Panel hakim tidak akan terpengaruh dengan reaksi emosi/tepuk sorak
penyokong.

8.4 Panel hakim tidak akan memilih peserta yang membaca nota/teks, membuat
perlakuan/menggunakan bahasa yang kurang sopan sebagai pemenang.

8.5 Panel hakim akan memerhatikan mimik muka, sama ada peserta
memaparkan wajah yang penuh yakin, atau dibuat-buat. Mimik muka itu
hendaklah bersesuaian dengan penyampaian. Jika syair itu memuatkan
perasaan sedih, mimik mukanya hendaklah berpadanan dengan perasaan
itu.

8.6 Panel hakim juga akan memerhatikan mata peserta bagi melihat keyakinan
peserta ketika menyampaikan syair.

8.9 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

9. ASPEK PENILAIAN
Aspek yang dinilai adalah seperti yang berikut:

IRAMA (40%) SUARA (40%) GAYA DAN JUMLAH


TEKNIK (20%) MARKAH
Bahasa Tubuh
Penghayatan/
Mimik Muka/

Penampilan/
IRAMA
Patah Lagu

Kelancaran

Ketertiban
Intonasi
Tempo

Vokal
Nada

MARKAH 20 10 10 10 20 10 10 10

10. PANDUAN KEPADA PESERTA

10.1 Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan
penyampaian syair.

10.2 Peserta yang yakin akan menumpukan matanya kepada penonton, manakala
yang tidak yakin akan lari ke atas atau ke lantai pentas. Oleh itu, peserta
perlu berani memandang wajah penonton.

10.3 Peserta digalakkan untuk menghafal dan menghayati syair yang ingin
disampaikan daripada membaca teks syair. Markah akan dipotong jika
melihat teks syair secara berterusan.

5
11. KELEMAHAN DAN PEMOTONGAN MARKAH

11.1 Markah yang diberikan untuk aspek yang dinyatakan di atas adalah
muktamad jika tiada kelemahan dalam penyampaian syair. Markah akan
dipotong jika terdapat kelemahan-kelemahan seperti yang dinyatakan di
bawah ini. Jumlah markah yang akan dipotong tertakluk pada seriusnya
kelemahan itu.

11.2 Membaca teks - Peserta yang membaca teks secara berterusan tidak layak
untuk diumumkan sebagai pemenang pada semua peringkat pertandingan
walaupun mampu menyampaikan syair dengan baik.

11.3 Mengubah teks syair lain daripada teks asalnya.

11.4 Tersasul atau tersilap menyebut perkataan dalam bait syair.

11.5 Tertinggal perkataan tertentu dalam syair.

11.6 Mengulang bait yang sama dalam rangkapan syair.


11.7 Mengulang rangkap syair yang sama.

11.8 Membuat perlakuan negatif di atas pentas. Antara perlakuan negatif ialah:
a. Ketawa dan tidak serius semasa menyampaikan syair.
b. Berkata-kata (selain teks syair) semasa menyampaikan syair.
c. Pergerakan yang keterlaluan.
d. Membelakangi hakim dan khalayak semasa menyampaikan syair.

12. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

12.1 Peringkat Daerah


Tarikh akhir untuk memuatnaik video ke Facebook : 20 Oktober 2020
Tarikh pertandingan secara bersemuka bagi 8 pemenang terbaik :
(akan dimaklumkan)

13. AM

14.1 Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep pertandingan ini tertakluk
kepada pertimbangan pihak penganjur.

14.2 Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk


kepada pihak penganjur.

14.3 Sebarang pertanyaan dan rujukan bolehlah merujuk kepada En. Muhammad
Solehuddin bin Abdul Roni (Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid,PPD
Baling - 0134011695) & Cikgu Mohd Fishon Bin Shuaib (SMK Jerai,
0124245082)

6
BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN PENYAMPAIAN SYAIR
SECARA MAYA TAHUN 2020

No. Giliran : ...................................


Nama Peserta : ………………………………........................................................
Sekolah : .......................................................................................................
Judul Syair : .......................................................................................................
Irama Syair : .......................................................................................................

IRAMA IRAMA (40%) SUARA (40%) GAYA DAN JUMLAH


TEKNIK (20%) MARKAH
YANG
DIPEROLEH

Bahasa Tubuh
Penghayatan/
Mimik Muka/

Penampilan/
Patah Lagu

Kelancaran

Ketertiban
Intonasi
Tempo

Vokal
Nada

MARKAH 20 10 10 10 20 10 10 10
PENUH

Ulasan keseluruhan:

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
________________________

Tandatangan Hakim : ……………………………..................


Nama : ……………………............................
Tarikh : .........................................................

7
8

Anda mungkin juga menyukai