Anda di halaman 1dari 2

Jika kamu memancing ikan……

Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu…..
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja……
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana biasanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan
MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitu juga……….

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN


kepada seseorang……….
Setelah ia mula MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya……..
Janganlah sesekali kamu………
meninggalkannya begitu saja…..
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu……….

Jika kamu menadah air, biarlah berpada


Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh….
Cukuplah sekadar KEPERLUANmu…..
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula……..
Akhirnya ia dibuang………
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi…..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,


TERIMALAH seadanya………..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
ISTIMEWA…
Anggaplah dia manusia biasa. 

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya…..
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA, boleh
jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti


baik untuk dirimu
Mengenyangkan…Berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain…..
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak
boleh memakannya 
Kamu akan MENYESAL..

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang


yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU……..
MENGASIHIMU………
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA
dengan yang lain
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.
Kita sebagai manusia kadangnya tidak peka dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Kita
tidak peka dengan kehendak dan harapan orang lain sehingga ada yang cuma mementingkan
diri sendiri dengan menidakkan kepentingan malah perasaan orang lain.

Kita kerap melakukan kesilapan dalam membuat keputusan.  Mungkin kerana kita tidak
berfikir panjang, kita tidak mahu beralah, terlalu menurut kata hati, tamak dan sebagainya
yang akhirnya mewujudkan kekecewaan dalam diri kita sendiri yang kadangnya boleh
menimbulkan penyesalan yang tidak berkesudahan.

Anda mungkin juga menyukai