Anda di halaman 1dari 1

Kadangkala kita tidak pandai MENGHARGAI kehadiran seseorang dalam hidup kita, kita MENOLAKNYA dan mensia-siakan kehadirannya

di sisi kita..dan apabila dia sudah KECEWA dengan kita, pergi menjauh dari kehidupan kita..apabila tiba satu masa kita mula menginginkannya, barulah kita SEDAR dan mula MENCARINYA semula, namun saat itu sudah TIDAK BERMAKNA lagi..kerana dia telah jauh membawa diri.... >>> Manusia akan MENGHARGAI sesuatu apabila dia telah KEHILANGAN NYA....<<<

menangis dan meraunglah wahai hati......tetapi.....senyumlah pada bibir dan mata mu......kongsikan kegembiraan bersama manusia.....tetapi rahsiamu biarlah dikongsikan dengan Rabb mu sahaja...... ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dlm kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yg kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yg lebih baik..InsyaALLAH. "Ya Allah, di ketika aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah kekuatan untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang lain melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku kekuatan untuk memberi kemaafan" "Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama seperti mana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali." "Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri."

Anda mungkin juga menyukai